Monday, October 30, 2006

Cerita penyapu.

Seminggu sebelum raya Kak Dah sibuk mencari penyapu sampah yang eluk dan nak tahan lama sikit, macam sekarang ni agak-agak boleh tahan ....dalam setahun -penyapu sambo, orang Kg. Sitiawan kata.Yang ade sekarang udah teruk beno.....cari punya cari, sudah tiada pilihan -main ambik je....Balik rumah , ketuk_ketuk dan rembeh dulu supaya habuk jerami tu kurang. Kemudian Kak Dah pun mulale menyapu...punyela sakit hati......bukan hanya habukje keluar malah dengan jerami-jeramiye sekali tercabut.......lupa pula masa beli tu ambil resit.....

Sambil maraah-marah , Kak Dah keluarkanlah alat yang canggih sikit tu,mengaum bunyinye....hajat hati nak jimat letrik in long term.....tapi penyapu buat hal pulak. Dekat seminggu jugale tak menyapu, dok guna alattu je.....

Satu petang Kak dah keluar ngan Bang Chik, singgah kedai hardware.....oop terlihat penyapu.....terus tanye toke tu, kalau jeraminye keluar camne? Katanye belum ade orang komplin lagi pasai penyapu ni... Kak Dah pun bukak ceritala.....Bang Chik kata dikedai ni la yang kami beli dulu ....Kak Dah senyumje sambil menafikannye.... Sambil belek-belek penyapu, Kak Dah tanya dia ada gerenti ka , gelak beso dia dengan pelanggan yang lain. Penyapu? Garenti? belum ada lagi orang tanye, katanye. Habis macammana? Kak Dah tanya dia..

Jalan penyelesaian; Kak Dah kata , saya beli, you bagi resit, kalau jeraminye tercabut banyak akan di pulangkan semula, dia setuju. Dia pulak sambung.....Kak, kalu itu macam nanti I hantar sama itu orang yang jual penyapu tu.... PUas hati Kak Dah dan Bang Chik kata, penyapu! penyapu!!!

Orang Kluang sonyap jo, kenapo.? Konyang makan laksami ke? Agaknye tengah buat account Gen 2 kot....kira untung....iala udah nak ujung tahun dah ni......

Berhenti dulu disini, nak tido....esuk pagi-pagi nak anto SiBongsu gi sekolah. Jam 5am udah kena bangun.

Kak Dah.

.

Saturday, October 28, 2006

Raya keDua dan Ketiga

Salam sejahtera kepada semua yang melayari blog ini!!! Se-awal jam 8.30am lagi kami telah serang jiran yang duduk dibawah sekali, kemudian kerumah Tim. Peng, makan laksa Pinang, dengan 3 keluarga ini, kami pergi pula kerumah orang Manong/Terengganu- sudah jadi 4 keluarga terus bergerak kerumah ketua Jabatan Perdagangan, disitu kami makan bihun kari---kemudian Bang Chik kata perutnya mula meragam......SiBongsu pula sudah berkali-kali called kata kawan-kawannya datang, jadi tergendalale aktiviti beraya kami. Setiap rumah yang kami lawati semuanya ada kopi, kata mereka "bos , kopi ada kalau nak....., kopi cap Hang Tuah."

Bang Chik tak berapa gemo kopi Sabah, tak biasa katanye. Kami disini memang susah nak dapatkan Kopi Cap Hang Tuah, kena import dari Semenanjung......begitu juga kopi Kapal Api(ade beberapa tempat je yang jual). Maka berhimpun le penggemar-penggemar kopi ni sambil sembang-sembang bab kopi.......

Kak dah dan Bang Chik balik rumah sebab nak layan kawan-kawan SiBongsu.SiBongsu kata tak payah buat apa -apa special, jamu je biskut raya. (kali ni demand dia kurang sikit, tak macam selalu). Perut Bang Chik masih meragam,penangan rendang pedas siput yang memang pedas kut.....Kak Dah memang jaga perut betul-betul sebab serik tahun lalu.....

Raya kedua ni tak banyak aktiviti, masih melayan tetamu hingga malam.

Raya ke Tiga.

Jam 6.30 pagi, kami berempat ke Pelabuhan nak hantar Yop balik ke Labuan. Jalan raya lengang, orang ramai masih bercuti lagi. Sambil tunggu kawan Yop tu, Kak Dah dok perati gelagat orang ramai, tapi yang banyaknye budak-budak baye Yop dan SiBongsu- rase-rasenye bebudak Matrik yang nak balik ke Labuan . Macam-macam perangai mereka tu.......ai tak taule pulak macammana perangai anak-anak Kak Dah bila tak nampak dimata. SiBongsu, Kak Dah perati sedang kumpul cincin silver hingga tak cukup jari......Bang Chik dok geleng kepala nampaknye....tak henti-henti bagi nasihat.

Lepas Yop naik feri, kami tiga beranak cari tempat nak sarapan, tak banyak yang buka....kalau adepun bercampur dengan yang menjual arak, masuk restoran Mamak, tak nampak orang melayan pun dan sedikit kotor, kami keluar, pusing -pusing bandar, baru jumpa restoran masih tak tahu Halal atau tidak, tinjau punya tinjau baru ternampak ayat-ayat Qur'an dan sorang dua bertudung makan disitu. Jadinye kami settle disitu, Kak Dah dan SiBongsu makan Laksa Sarawak dan Bang Chik makan Koayteaw goreng.

SiBongsu , hari ni nak beraya kerumah kawan-kawannye, jadi kami hantar dia kat bas stop dan kawannye sudahpun tunggu kat situ. Balik rumah terasa sunyi sangat, Bang Chik kata tak payah masak tengahhari, rilek je. Bang Chik kepejabat walaupun ambil cuti....masih banyak kerja....nak kena buat visa ke Canada la pulak....Tengah harinye Bang Chik pergi menobeh (istilah orang noghori) rumput yang tak panjang....bawa cangkui tumpul (tak bawa sabit)......tinggal le Kak Dah sorang... Orang nak datang raya ..tak jadi sebab Bang Chik takde.....Malamnye adele lima...enam orang datang.....

Hari ni masih ade jemputan tapi kami tak dapat pergi--Perut Bang Chik masih meragam..... Jemu makan daging, ayam dan siput, kami sarapan dengan mee sanggui, lunch- maggi mee dan dinner-roti canai--SiBongsu pekena dua keping roti telor, balik rumah mengadu lapar semula.......

Cerita SiBongsu, setiap rumah yang dilawatinye diKK ni, semuanye menjamu air tin dan air botol (air bergas), tak de le macam kita di Semenanjung ade sirap ais, sarsi yang dibancuh sendiri, kopi, teh atau nescafe.... Balik rumah perut dia pulak meragam sampai la ni. Kak Dah dan Bang Chik belum lagi pi kerumah Orang Sabah jadi tak tahu le air camne yang dihidangkan...... belum berkesempatan sebab Bang Chik tengah sibuk nak hujung tahun ni... Sabahan di Poly ni semuanye balik kampung...... agak jauh juga.....

Petang Ahad, bang Chik ke KL nak buat visa, hari Isnin baru balik KK, harap-harap siaple sehari katanye. Bab nak ke Canada ni, banyak le juga belanja..... + pulak hari raya dan nak balik kampung lagi hujung tahun ni, nasib baik tiket free.....

Kepada semua, Kak Dah sekali lagi menjemput ke kenduri kahwin anak buah Kak Dah di Kampung Sitiawan rumah Opah pada 24.12.06--sekeluarga ye!

Nak undur diri dulu.......nak kejan SiBongsu tenguk-tengukan bukunye.........

Kak Dah.

Friday, October 27, 2006

Hari Raya Pertama.

Awal -awal lagi Kak Dah sudah siapkan 2 pasang baju Melayu untuk Bang Cik (cendera hati dari geng-geng STTJ dulu----4 pasang kain untuk Bang Cik dan 4 pasang untuk Kak Dah) cuma pilih saja mana suka. Supaya tak susah mencari didalam gerobok, maka Kak Dah gantung di luar gerobok, Yop dan SiBongsu udah tahu dimana baju masing-masing, kemudian Kak Dah kedapur sediakan kopi untuk Bang Cik, Milo untuk Yop, Air kosong untuk SiBongsu dan sedikit nasi himpit beserta ngan rendang pedas siput sudu .

Tup....tup SiBongsu dan Yop kata Ma tak buat baju raya baru untuk ayah ke? La....Bang Cik beraya ngan baju lama hijaunye- baju sambut menantu tempuh hari, Kak Dah kata adela maksud tersirat tu...........

Kami berempat kePusat Islam di Poly,solat sunat raya jam 7.45am.,adelah 2 saf lelaki dan 11/2 saf wanita, ramai balik kampung. Selesai solat kami pekena nasi minyak dulu disitu......kemudian kerumah waden/ustazah yang sedia menunggu ajak kerumahnye....makan nasi dagang....sedap.

Balik rumah sudah ade orang hantar makanan untuk jamuan raya......seperti dalam gambo tu.Sambil tunggu tetamu, Kak Dah dan Bang Cik masukan duit kedalam sampul....Seperti yang dijangka tetamu mula sampai jam 11,30am. Riuh rumah dengan hilai tawa tetamu. Kak Dah selalunye biarkan tetamu bertenang dulu bila sampai rumah kami dalam 5 minit.....maklum le tercungap-cungap panjat 88 anak tangga...Kesian mana yang tengah sarat hamil...

Tetamu -tetamu yang akhir-akhir tu dapat le bawa balik buah tangan sikit....Lupa tadi nak cerita, ade tetamu kata, "kak saya dah buka pembalut kek tu, tak sabo saya nak rasa kek nye." Rupa-rupanye Kak Dah lupa.....

Ade juga yang tanye, mana laksami, macam Raya Haji dulu, ingat dapat makan lagi.....ye la, dengo ceritanye sedap, sambut yang lain pula..... Kak Dah kata takde stock....

Tetamu akhir balik jam 10.30 pm. Mungkin lepas Poly buka semula ada lagi yang akan berhari raya dirumah kami nanti. Rasanye taklah penat beno sebab tak payah basuh pinggan.....kata orang yang anto makanan tu.

Lebih kurang jam 2 am baru kami layan mata, setelah siap mengemas.

Lan sms pada raya ke2, dia diMelaka.. kata nye raya kedua ni .....teringatkan laksami tapi stock tak da, Yan pagi tadi sms Bang Cik .....katanye sekarang dirumah Mak Bt.51 makan laksami, Man petang tadi , katanye,...pagi makan laksami petang pulak makan laksa Sri Lekir dirumahnye.....buka blog Pak Ngah, buat laksa Penang pulak . Ni yang buat kami "merengkam "ni.

Kak dah kena stop dulu ni, sebab nak potong kain nak buat baju untuk jamuan raya di Poly pada 1st Nov nanti. itu pun kalau siap....

Jumpa lagi, harap-harap tak jemu baca blog Kak Dah yang kadangkala merapu sikit......

Kak Dah.

PELABUHAN

Hari ke tiga raya, seawal 6.30 pagi, kami berempat bertolak ke Pelabuhan Kota Kinabalu. Feri ke Labuan bergerak jam 7.30 pagi. Dipaparkan beberapa keping gambar sekitar pelabuhan, untuk adik beradik yang belum sampai kesini.

(KakDah berpesan dengan sibongsu)

(Yop dengan kawannya Shahril selepas beli tiket feri)
(KakDah berpesan dengan Yop)




Wednesday, October 25, 2006

Hari Raya AidilFitri 2006.

Cerita sehari sebelum raya.

Selamat bertemu kembali, setelah berehat seketika dari menulis(bukan kerja-kerja lain ), kini Kak Dah kembali membuka cerita. Hari last puasa, Kak Dah masak nasi tomato, gulai kambin, ayam goreng dan siput sudu yang dimasak dengan kulitnye sekali (resepi Bang Cik), kesiankan Yop......selalu tanye Ma masak ape apabila dia called siBongsu.....dan siBongsu pula bom semacam......

Lepas solat Magrib, cadang nak berlunjur kaki kejab sementara tunggu Isyak kemudian nak kedapur semula masak rendang pedas. Mobile phone Kak Dah dan Bang Cik tak henti2 berlagu dengan ucapan dan sms Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin , antara yang kami terima sms berbunyi begini "Apa kata kami kerumah pengarah bertakbir raya dan terus buat tahlil".Terpempan sekejab sambil mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadrat Allah......tanpa disangka begitulah rahmat Allah......Katanye nak sampai jam 8.30mlm.

Bang Chik dan anak-anak cepat-cepat bentang kapet dan menyusun atur perabut rumah supaya selesa kepada tetamu dan Kak Dah pula kedapur buat ape yang patut. Malam raya goreng keropok....Buatkan teh dan kopi serta masukkan biskut raya kedalam balang. Rupa-rupanya mereka sampai jam 8 mlm cepat 30 min. Nasib baik sempat. Bila takbir bergema dirumah secara live....tak tahu macammana nak digambarkan......Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka semua, semoga Allah memberkati anda semua.
Tamat cerita sehari sebelum raya.

Dalam minda KakDah memang ada macam-macam nak tulis mengenai Hari Raya tahun ini 2006. Nantila sari dua lagi, bila ada masa, dan mood raya pun reda. Semua gambar-gambar dalam post terdahulu, siBongsu yang snap, dia minat. Upload gambar dalam blog BangChik yang buat kerana KakDah belum mahir lagi, nantila sebulan dua kedepan, bolehla kut, nampak macam senang je BangChik click sana click sini.

Sekali lagi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
dari kami sekeluarga di Kota Kinabalu Sabah.

(Dengan jiran, staf dan beberapa orang yang lain buat takbir dan tahlil pada malam raya tempuh hari .............................)


(nanti sambung lagi.......)


KakDah





Tuesday, October 24, 2006

Raya Puasa Tahun ini 2006, sepintas lalu.

(Keempat-empat kami,
gambar ambil dah lewat petang,
yop dah salin baju.)
(Teringat kampung kut)

(sibongsu dengan kawannya Rahim anak orang kastam)

(bergambar dengan jiran rumah bawah, yg lelaki orang Gunung Semanggol,
yg perempuan orang Melaka. Ameera tu nak dapat adik hujung tahun ni)

(bergambar dengan jiran blok yg sama tapi ikut tangga lain,
yag lelaki orang Manong, yg perempuan orang Terengganu, baru je kawin)

(bergambar dengan jiran betul-betul bawah rumah,
orang kadazan dengan pupu mereka dan anak-anak.)

(bergambar dengan staf pejabat, orang Penampang, KK,
kaum Kadazan dan pupu lamainya )

(bergambar dengan kawan-kawan golf dan
keluarga mereka)

(Tetamu menjamu selera)

(bergambar dengan student dari Semenanjung
yang tak balik kampung)

(menjamu selera)

(KakDah dengan anak jiran yang dari Gunung Semanggol tu,
Ameera namanya, panggil KakDah "Mak", panggil BangChik "Atok")

(KakDah dengan kengkawannya)

(anak staf, orang Kelang)

(Masih menunggu)

(bangChik pun tolong sama)

(KakDah tengah masukan RM1 dalam sampul)
(Juadah dah siap menanti, org tak mari-mari...hehehe)

Sunday, October 22, 2006

Selamat Hari Lahir.

(ADIDAS: Ayahnye nak bergaya ke negara daun maple)
(Birthday flowers Ayahnye)





Selamat Hari Lahir kepada Bang Chik yang ke..........
semoga panjang umur,
dilimpahi rezeki yang halal, rumahtangga yang dipenuhi dengan kasih sayang dan hidup aman damai hingga keakhirat. Pada 22.10.1957 yang lalu Abang Chik telah lahir kedunia, terima kasih kepada Almarhum Ayah dan Allahyarhamah Mak yang telah membesarkan dan mendidik Bang Chik dengan susah payah hinggalah menjadi seorang insan yang baik didunia ini.

Petang tadi pergi ambil Yop dipelabuhan,
kami berbuka di pelabuhan saja dan terus solat disitu. Pelabuhan kian cantik dan kemas. Sebelum tu Bang Chik, Kak Dah dan Sibongsu gi window shopping kat Center Point nak intai2 kamera (yg lama udah rosak) cadang nak terus beli tapi Bang Chik kata ambil Yop dulu boleh bincang...Sibongsu kata kalau boleh ayah tu nak bawa kakak dan tanya kakak sama....Kak Dah tergelak besar kerana kami udah biasa begitu....mesti tanya semua anak-anak.....
Terlupa yang kakak sudah punya kehidupannye sendiri..

Nampak Bang Chik ceria...
mana tidak anak seorang lagi sudah ada didepan mata sambil tu kakak masih dalam ingatan. Ada dua cadangan samaada nak ambil videocam atau camera, nampak Bang Chik berat nak ambil videocam tu tapi kata Yop dan Bongsu lebih baik ambil digital camera.....jadi yang second tu menjadi pilihan. Jalan-jalan jumpa kedai kasut, Bang Chik kata nak beli kasut ala-ala Fung Kiung, anak-anak punya pasai capai Adidas... nak guna di Canada sebab masa tu nanti winter.

Sebelum keluar kebandar tadi,
kawan Bang Chik hanto siput sudu yang Bang Chik minta 3 ikat tapi dihantonya 5 ikat, kecut dan pedih tangan kami dibuatnye sampai sekarang tak habis lagi rasa....., minta 3 ekor ikan merah tapi diberinye 5 ekor dan tembikai 4 biji. Rezeki raya kalau ada orang datang beraya....

Rumah kami sudah bising semula
apabila adik dan abang sudah ada, ada je yang dicakap, dibincang tak habis- habis dan Bang Chik sudah kepejabat nak bereskan kerja mana yang patut sebelum berangkat.....dan cuti raya.

Kak Dah berhenti disini
dulu sebab nak pasang cangkuk langsir yang dibasuh 4 hari sudah boleh minta tolong Yop dan Bongsu gantungkan. Sibongsu tengah melaram sneakers Bang Chik.........

Ni , Kak Dah paparkan
jambangan bunga dan buah2 yang Bang Chik terima dari kawannye sebagai birthday wish dan kicks (istilah budak2 sekarang ni) yang baru dibeli tadi.
Gambar-gambar diambil dengan kamera yang baru beli tadi SONY DSC-N2.


Semoga bertemu lagi,
Kak Dah.

Friday, October 20, 2006

Kenangan

Semalam rindu dengan kenangan silam, cari cd Kakak Farah wedding, jadi layan diri masa dua tahun dulu.....Maka nampakle geng-geng di STTJ, tetamu-tetamu yang datang merupakan kenalan Kak Dah dan Bang Cik juga adik beradik yang lain terubatle juga hati ni.

Dalam bulan yang mulia ini dan Syawal yang kian menjelma......apabila melihat gambar-gambar Opah dan ALmarhum Tok Ayah beserta dengan terdengar suara-suara mereka aduh....Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya....

Kalau dulu sebelum balik kampung Kak Dah dan Bang Cik sibuk mencari dan memilih buah tangan untuk Arwah Mak Bt. 51, Arwah Tok Ayah dan kini untuk Opah sahaja......
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Arwah Ayah, Arwah Mak dan Arwah Tok Ayah dimana ketika mereka menghembuskan nafas terakhir kami tiada disisi.

Semalam Kakak Farah kata nak buat Biskut Candy Mary tapi tak tahu resepi, kalau dekat bolehle Kak Dah buatkan. Ini udah jauh nampaknye cuma boleh emailkan resepinye saja. Kesian pula.... itule hati mak....
Kalau nak dipos bila sampai alamat belengasle...silap-silap tak boleh makan.

Kepada Pak Tam yang hantar email via sms tu pasai biskut raya..............takut hancur bila sampai Kluang nanti. Tu yang jemput datang beramai-ramai beraya ke KK nih.

Ok, Kak Dah stop kat sini dulu, nak masak kari kepala ikan atas permintaan Bang Cik dan mesti lengkap dengan bendi, tomato, cili belah dua, sambal belacan, ikan goreng, toge goreng dan pastinye SiBongsu monyok kerana dia tak berapa suka kari....dan air masih tak ade lagi....kalut...

Kak Dah.

Wednesday, October 18, 2006

Menjelang Hari Raya

(Gambar lama Yop rilek2 dalam LRT dengan kawan-kawan dia di KL, selepas SPM 2005, dan gambar ni sibongsu yang snap. Masa sebulan musim periksa SPM tu, KakDah, Yop dan sibongsu tumpang rumah Cikgu Raden, Seremban)

Lama dah KakDah tak tulis apa-apa dalam ni. Sari dua ni sibuk sikit, buat kueh raya.
Sabtu lepas, Kak ikut rombongan kaum ibu politeknik ke kedai Bake With Me, di Luyang, beli bahan-bahan kueh raya, dan Bang Chik hari tu tinggal dirumah je dengan sibongsu. Dapat la KakDah merasa naik coaster politeknik (bas pendek). Bergendung-gendung la bawa balik bahan-bahan untuk buat kueh raya. Kalau beli kueh tunjuk pun boleh sebenarnya, tapi tak pueeehhhh laaa. Naluri isteri dan ibu tetap meninggi untuk hidangkan hasil tangan sendiri.

Yang dah siap baru dua jenis; biskut kacang dengan biskut almond london. Akan muncul ada banyak lagi. KakDah teringat beli kueh raya borong hari last puasa di kompleks PKNS dan Plaza Masala di Shah Alam suatu masa dulu.

Pagi ni buat kueh Tart Nenas. Yang ini khas untuk layan selera anak-anak, kegemaran mereka. Rasanya untuk raya nanti nak buat nasi himpit dengan rendang siput sudu. BangCik dah order siput sudu dari kawan dia yang ternak siput tu kat Tariyong, 5 Km dari rumah kami. Bab mengopek siput sudu KakDah serah pada BangCik je la, sebab dia suka.

Petang nanti BangChik akan kePutrajaya. Katanya Ketua Pengarah nak jumpa berkaitan dengan trip ke Kanada. Ada le tu, benda-benda yang nak dipesan dek KP tu. Keesukannya baru BangCik balik.

Ini je la yang KakDah nak tulis. Senang nanti sambung lagi. Penutup kata dari kami sekeluarga "Selamat berpuasa dan bersiap-siap untuk Raya". Tahniah pada cikgu akim kerana blognya pun dah muncul.


Dari Negeri Bawah Bayu

Tuesday, October 10, 2006

Monday, October 09, 2006

Ke Canada...

Bang Chik nampaknya comfirm ke Canada dari 4.11.o6 hingga 18.11.o6 ni.Insyaallah. Jadinya tinggalle Kak Dah dan Sibongsu berdua, harap2 Yop balik ke KK sebaik sahaja habis peperiksaannye...Bukan apa kesian kat Sibongsu.....Hari pertama ambil exam nanti ayahnya dalam perjalanan pulang dari Canada ke KK. Doakan yang pergi selamat sampai dan selamat pulang kepangkuan keluarga.

Kalau tiada aral melintang kami akan balik kampung sekitar 22.12.06 hingga 31.12.06 atau 1.1.07 nanti. Disini Kak Dah menjemput sedara mara di Nenering, Sarawak, Bumi Hijau, Pantai Remis, Sg Batu dan Keluang ke Kg Sitiawan kat rumah Opah kerana ada majlis kendhuri kahwin anak buah Kak Dah (anak Kak Cho- Suri) pada 24 dan 25.12.06.-maaf Kak Dah terlupa tarikh yang tepat(nanti akan diberitahu). Dikampung nanti kami patah kaki.......asyik menumpang kereta je le......Kesian kami ye....

Kak Dah berhenti disini dulu, nak potong baju raya.... sambung balik yang terhenti tadi.....
Assalammualaikum,
Kak Dah.

Sunday, October 08, 2006

FOTO: tayangan semula

Ipar dan biras
sedara-sedara

Amera tenguk mana?


Dah makan dan tengah makan.



Tunggu makan.














Wednesday, October 04, 2006

SIBONGSU DAN CALCULATOR

Masa berbuka semalam adik cakap calculatornya hilang. Sudah 3 kali tahun ni calculatornya hilang.Samaada dikebas atau tersalah letak Kak Dah tak tahule. Dia minta duit nak beli masa balik sekolah nanti. Minggu ni trial exam SPM, kalau balik sekolah pi bandar kemudian balik rumah mahu jam 6 petang baru sampai. Buka puasa disini jam 6.11 pm. Letihnye tak tau nak cakaple nanti. Lepas tu macammana nak ulangkaji.......

Semalam masa Bang Cik hantaq Iwan kesekolah Kak Dah pesan isikan minyak, Bang Cik kata minyak ada lagi.Petang, Kak Dah jemput Iwan dari sekolah, masa nak balik tu tenguk minyak udah...............Dalam hati ada sedikit geram sebab duit tinggal mangga tu la, ingat nak beli barang dapur sikit... tu la tu...Bang Cik pula bila nak guna duit baru pi withdraw. Adui....bank pulak takla dekat...Pak Ngah tau la berapa jauhnya dari rumah kebandar.

Terima kasihla bebanyak kepada Pak Ngah dan Pak Tam sebab memberi semangat dan galakkan untuk berpersatuan, sebenarnya Kak Dah sudah pi meeting dan bengkel belanjawan sebanyak 2 kali dah. Nun diKL. Dapat duduk seorang satu bilik lagi tapi bila malam ajak kawan teman tidoq, takut. Adala 2 malam 3 hari diKL. Tapi tula Bang Cik asyik talipon tanya bawang kat mana dan banyaklah lagi kat mananya...

Kepada Pak Ngah dan Bang Cik begitulah rencah kehidupan....membuatkan kita lebih matang dalam menghadapi dunia hari ini....Pengalaman itu adalah pedoman untuk hari esuk. Bila Bang Cik cerita hal Pak Tam kecik dulu....Yop dan adik cakap, biasala ayah, bongsukan.......Begitula adanya.

Tuesday, October 03, 2006

menu hari ni

Menu hari ni; kanji, kerabu toge, sambai tomeih ikan curut (org sini kata ikan pasong), ayam masak kicap, kopi kaw buat bang cik, air jarang utk sibongsu, ayaq tembikai kuning dan tentunye buah korma.

Pagi tadi ja, udah 3 kali Bang Cik talipon nakkan menu ni. Kalu nak tukaq kena bagi notis kat dia dulu. Bulan posa ni Bang Cik kalut sikit. Semalam pi keja pukui 7 pagi, balik jam 6 ptg. Kata nak tolong masak....tp terus tolong makan.

Tadi Kak Dah pi SIRIM atas arahan penasihat Puspanita kiranya Bang Cik la tu, dan Kak Dah ni pengerusinya (ISTERI KEPADA KETUA)..pi la dgn setiausaha, dengaq talk amanah raya bab wasiat dan hibah ......penting tu!!. Jadi cikgu2 bolehla panggil amanah raya kat sekolah atau maktab masing2 bagi penerangan sikit. Nanti Kak Dah kena buat benda serupa disini.

Sabtu lepas Puspanita buat demo buat kek dan biskut raya, nasib baik ada chef yg ajaq kalau tidak haru. Bayaq RM2 dpt 4 jenih biskut. Sabtu depan pulak kami (ahli Puspanita) nak buat kanji : 2 jenih, 1 cara Kelantan sbb ramai org Kelantan dan 1 lg ala Kg Sitiawan cum Batu 51 - atas permintaan pengerusinya.

Hanya kanji cam tu ja yg bang cik dan Kak Dah boleh makan. Lepeih tu nak buat hari kanak2 - Nov ni dan akhir tahun ada ladies night. Kiranya Puspanita kami ni aktifla jugak. Sebab pi SIRIM pg tadi Kak Dah miss cerita 'dia' kat Astro dan Princess Lulu kat TV 2, cerita Bawang Putih tak minat sangat. Mak Ngah Serawak kalau dia tenguk Princess Lulu mesti dia suka.

Amera, mama tak masak mee kicap ka...
Zaim adakah Tadarus Quran...
Mak Lang nak masak ni, nanti Pak Lang bising.....jumpa lagi ya!

Kak Dah minta diri dulu..

Monday, October 02, 2006

Belum habis puasa dah teringat RAYA.




Nampak gayanya, tahun ini, kami sekeluarga akan beraya di Kota Kinabalu saja, di apartment B-5-6. Angka 5 tu maksudnya tingkat 5 dari paras bumi. Paya Bakau di belakang apartment, mampu memutar nostalgia mengenai asas-asas kehidupan iaitu:-
Apa itu Lokan
Apa itu bakau
Apa itu buah berus
Apa itu kayu api
Apa itu buah nipah
Apa itu kelebo'
apa itu tambo'

Berbalik kepada Raya tahun ni, confirmlah kami beraya di Kota Kinabalu . Janganlah tanya sangat tentang persiapan-persiapan, baik kueh mahupun baju. Buat sedih saja... Ini bukan cerita beraya di Thailand lagi, malah macam beraya di Mindanau.

Yop akan balik dari Labuan dari 22hb hingga 26hb oktober. Kakak pulak akan berkisar di Sg Wangi, Pantai dan Ipoh la. Dengar cerita kakak sibuk menyusun lampin, barut, bantal kecil, tilam kecil... senang katanya kalau apa-apa hal. Sibongsu pula akan ambil SPM tahun ni.

Entahlah, Abg Chik balik kerja tadi sibuk bercerita, orang putrajaya minta faks muka depan passport antarabangsa. Canada kot katanya, 4hb hingga 17hb November. Apa-apa pun KakDah tetap disini, setia dengan apartment B-5-6, dengan latihan mendaki 88 biji anak tangga saban hari, pagi, tengahari dan petang. Apa KakDah nak komplen, kan kita jadi permaiSURI RUMAH sepenuh masa.....

Berbuka tadi dengan nasi minyak yang lengkap. Bukan jenis tunjuk-tunjuk kat bazar ramadan, tapi sendiri tanak, kacau, tumis, ceduk dan hidang!!

Selamat Cekal Berpuasa dari kami bertiga.