Sunday, January 28, 2007

Terkunci Dua Jam lewat Malam

Hari Sabtu semalam macam sabtu-sabtu yang lain... Boleh rileks sikit. ... siBongsu keletihan selepas 8 jam bekerja. Yop dirumah dengan kawan dia Shahril. Ayahnye turun kepadang awal-awal pagi. KakDah macam biasa ngurus dan buat apa yang patut.

Malam semalam ada dinner perpisahan untuk dua pegawai. Buatnye di Seafood Restaurant. Nelayan. Orang ngajak jadi KakDah ikut je .... Kereta Yop pakai untuk ambik kawan dia Azim kat Airport. Azim, orang Sarawak, kawasan Serian (rasanye la). Berkumpul kat KK le kirenye, untuk bertolak keLabuan sama-sama pada hari Ahad.

Habis dinner. .... Sampai rumah jam 10.00mlm dan tenguk rumah berkunci. Abang cik telefon Yop, katanya nak pegi ambik kawannye Azim dan nak kerumah Shahril ambik barang lepas tu. Kunci rumah ada pada dia.

KakDah duduk le kat luar berdua dgn Abang cik dari jam 10.00 sampai jam 12.00mlm. Kejap duduk kat kerusi di taman permainan kanak-kanak depan rumah, kejap duduk kat tembuk jalan. Nyembang sambil tampar nyamuk dan agas.

Masa KakDah tulis ni, baru lepas balik dari nganto Yop dan Azim kat terminal bas tepi Parkson. Diaorang naik bas dari KK ke Menumbuk, lepas tu sambung dengan feri ke Labuan. Tinggal le kami bertiga di B-5-6, 88 anak tangga dari aras bumi.

Saturday, January 27, 2007

Politik setakat yang KakDah tahu

Minat KakDah dengan politik setakat mengikuti perkembangan negara dan pemimpin-pemimpin yang ada.... Tidak lebih dari itu. Abang Cik pun cenderung.... tapi macam KakDah jugak. Kami selalu jugak bincang-bincang, cerita-cerita dan kupas-kupas. ... Anak-anak pun perasan aliran pemikiran kami berdua. .. Kadang-kadang mereka pun menyelit ... "Sebab apa Mama dengan Ayah suka sangat pemimpin sekian-sekian".

Dulu kami melekat depan TV tenguk perhimpunan agung UMNO, terutamanya ucapan gulung oleh Presiden. Yang baru lepas KakDah tenguk sorang-sorang je. Abang Cik ke Kanada masa tu... Tenguk sorang-sorang tak berapa seronok sebab takde regu untuk komen-mengomen.

KakDah sentiasa terpesona dengan pemimpin yang kita rasai ketekunan dan kesungguhan yang dipamirkan. Abang Cik pulak suka dengan pemimpin yang kelihatan cerdas dan tangkas melakar laluan negara untuk berpuluh-puluh tahun kedepan.

Setakat itu saja yang KakDah nak coretkan........

Friday, January 26, 2007

Tenguk-tenguk jadual flight.

Hari ni Kak Dah membelek jadual flight di internet. Bukan untuk melancung pun..... Kut-kut dapat rasa makan gulai lembu ternakan sendiri di kawasan Kroh, di utara Perak dan kut-kut boleh dokong cucu Lynn.

Memang hari tu teruja sangat nak balik Perak. Sekarang ni pun hati masih melonjak. ..... Masih teruja...... Masih dan masih.

Yop anto adik dia pergi kerja hari ni. Kak Dah masak nasi beriani, kurma daging, masak sweet sour ikan putih, sayur kubis + kunyit + biji sawi. Kotak kopi Revell dibuka juga tgh ni dan nampak abang cik selesa je dengan kopi jenama baru ni....... Mmmmm.

Terkini: Abang cik beritahu butiran flight. Bertolak 8hb feb jam 7.00am, Balik 12hb feb jam 5.00pm. Terimakasih abang cik...

Apa yang Kak Dah rasa, dalam sari dua.

Hari ini abang chik sibuk telefon sana sini. ... KakDah tahu juga pokok cerita .. Apapun tahniah la. KakDah sebut tahniah kenangkan keluh kesah abang chik menyiapkan assignment tempuh hari. Masa tu nak tolong pun tak tahu, lagipun orang tak minta tolong ,,,,,,, Tapi yang kak dah tolong ialah tolong bancuh kopi. Kopi Revell yang abang chik beli dengan stockist masih dalam kotak, belum berbuka! ...Nampak tadi abang chik nyembang lama jugak dengan PakNgah. KakDah faham sikit-sikit je.

Itu hari ada Yop kata ... Yop tak akan kecil hati dan rasa apa-apa .. Yop tak kisah ... Yop rasa lebih baik Ma belikan kereta untuk adik ..... sebab motosikal rasanya lebih bahaya ... Yop sendiri pun takut, bila membonceng dengan kawan. KAKDAH TERDIAM DAN TERLOPONG!! Entahlah..., si Abang nampaknya cuba memberi pandangan terhadap rengekan si adik nak kan motosikal. Setakat ni Kak Dah masih berjaya dengan jawapan yang standard "Dapatkan lesen kemudian pi bincang dengan ayah".

Hari pertama sibongsu kerja.
Nampak OK je. KakDah hantar dan ambik. Rasanya gaji dia esuk lepas le kos petrol pergi balik nganto ..... Ingat hati biarla dia rasa tanggungjawab dan komitmen disebalik kerja. Harap-harap dia mengerti erti kerja, hidup, berjimat dan bersyukur.... Suatu masa dulu, masa bulan puasa, dia ada belikan Laksa untuk KakDah, buah melaka untuk yop dengan duit belanja sekolahnya tanpa diminta...... Alhamdulillah. Dimasa-masa depan KakDah taktau le macam mana....

Menu hari ni ringkas je..... kari daging, sambal tumis ikan kembung, dan sayur. Itu le menu tengahari dan itu le menu malam! Tadi masa balik ambik sibongsu, singgah makan sate 4 beranak kami kat Anjung Selera dan beli 2 biji durian!!

KakDah teringat macam-macam dalam sari dua ni. Melihat anak-anak memanjat usia, dan perubahan-perubahan mereka dari setahun kesetahun, KakDah tahu, akan datang suatu masa nanti mereka akan terbang meninggalkan sarang dan kita terus berdoa kesejahteraan kehidupan mereka.

Wednesday, January 24, 2007

tsunami

Baru-baru ini dapat mesej dari PakTeh... "Tsunami, warning". Terima kasih... Alhamdulillah, Akhirnya tsunami tak ada, mahupun di Tawau... apatah lagi KK. Apa-apa pun terimakasih... amaran jadikan kita lebih beringat.

Sunday, January 14, 2007

Mendong

Cuaca mendong sudah menjenguk hampir 2 minggu.....hujan di KK ni tak le lebat beno....Kakdah jua turut dalam mood mendong.......nak releks je...perut asyik berkeroncong minta diisi....kemudian di buai mimpi....he..he..

Ade mase jenguk blog2...baru tahu dan nampak betapa teruknye banjir yang melanda Johor ketika ni.Sesetengah tempat, air naik melebihi 13 kaki.......gerun....Nyawa juga turut hilang.....penyakit bawaan....mungkin merebak....

Tentunye mereka2 yang terlibat resah dan keluh kesah dengan kejadian yang melanda.....harap2 mereka dapat bersabo banyak2..

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL....

Wasalam

Thursday, January 11, 2007

Harga ayam

Tadi pagi pergi KK dengan siBongsu. Masa nak balik singgah Pasar Besar. Harga ayam sekilo RM8.50! Sayur tetap seikat RM1.00 tapi kuantitinya tak macam dulu lagi. Berkurangan.

Secara umum harga barang makin meningkat. Kita kena buat adjustment dengan shopping dan kehidupan.Wassalam.

Tuesday, January 09, 2007

cucu oh cucu

Bila tenguk gambo2 cucu....ade rase sayu dan sedih juga...sebab tak boleh sentuh, acah, dokong....salinkan pampersnye... Opah Dah cuma boleh tenung je...sesekali sentuh gambo dlm blog. Tu yang minta Tok Teh mms gambo tempuh hari. Bertambah lagi ahli keluarga kita .......

Kak Dah juga dapat anak saudara perempuan 1 mingu lalu iaitu anak Mak Ndak Intan. Husna namanya.

Bertalu-talu Kakak sms bertanyakan nama babynye.....yg ini, yg itu.......boleh ke.....Bangchik kata Farah Liana, SiBongsu pulak cadangkan Syazyana dan Kak Dah syorkan letak Lyn or Lin diawal nama......... sempena nama Tok Wan Lin.....ape2pun keputusan muktamad terletak pada kedua2 ibubapanye.Kalau panjang sangat...nanti tak muat petak nak isi borang........

Merungut juga Kak Dah pada Bang Chik .....teruja yang amat sangat nak tenguk cucu...kot2 boleh balik......Insyallah kata Bangcik... mmmm.....

Sunday, January 07, 2007

PUSPANITA: flashback

Bengkel Masakan anjuran Puspanita:
Bengkel ini telah dijalankan masa bulan puasa tempu hari. Gambar-gambar yang tertera ini KakDah ciluk dari blog En Fauzi suami Puan Rokiah. Terimakasih je la..... Harap2 tak kenakan royalti kut.....
Ulasan KakDah cuma: Terimakasih je la pada semua yang menyertai program tempuhari, ajk yang terlibat, lebih-lebih lagi chef dan assistant chef.















Hari Ahad ke 2375...

Ini ada gambar cucu.... menantu anto email tadi..... malam baru KakDah boleh buka....









Hari ini Ahad muncul lagi. KakDah buat sedikit congak dan mendapati kesemuanya 2375 hari Ahad yang KakDah telah tempuhi dari kecil hingga sekarang. Belum pasti, berapa lagi hari Ahad yang akan muncul dalam hidup KakDah.... Pastinya selepas 2375 kali menempuhi Ahad, cucu baby pompuan akan berubah wajah, se tua KakDah juga.....
Hari ini, tiada api, bekalan putus. Kabarnya sekitar kawasan KKIP saja, kerana kerja pembaikan. Jadi selepas zohor, kami pergi shopping di Centre Point. Bukan beli ape pun.... DVD player je.... Tak sempat jalan dan belek puas-puas, kerana BangCik dah set time... "whatever, by 4pm, we go home".

............................................................... tengah test suara kot..............................................




Thursday, January 04, 2007

Kena biasakan diri....

Assalamualaikum.

Mulai hari ini, Khamis 4 haribulan Januari 2007, ramai orang kena biasakan diri dengan panggilan baru, berkaitan dengan mesej yang diterima pagi tadi.

Mesej 1: Farah dah masuk wad bersalin hospital taiping pkl 7 am td sakit pkl 3 am, skrg d dewan bersalin tp lelaki xblh masuk - ramli 07.58.06, 04-01-2007

Mesej 2: farah dah besalin dlm kul 11 am td, baby perempuan smua selamat, nurse br bg iqamat pkl 11.30 am 11.55.34, 04-01-2007.

Ada orang hari ni dapat pangkat TokLong, ToknGah, ToknDak, TokTeh dan TokTam............

Wassalam.

~~~~~Tambahan mesej yang diterima dalam Nokia 7200 jenis lipat dan Nokia
lama yang yg tak boleh lipat:
:
Mesej 10: Alhamdulillah. Dah bleh pggil opah ye.
Mesej 11: Sms diterima, dia salin kat mana. Baru kemarin dia dtg tengok bb kita.
Mesej 12: Tahniah jadi Tokwan. cucu sulong dlm keluarga Che Mah Lin.
Mesej 13: Tahniah!. Bos xtau lg ke?. Masih tgah mesy.
Mesej 14: Huhu. dah jadi nenek....
Mesej 15: Akum...Tahniah sbb brglar tokwan/opah.
Mesej 16: Mak ada sini, rumah intan, tel letak tak betul kut.
Mesej 17: Tahniah. dapat cucu. Alhamdulillah dah selamat tak susah macam nor nak bersalin.
Mesej 18: Ok smua selamt dah masuk wad mlm ni tido sini, mak n pak ndak skeluarga tgh
bziarah.
Mesej 19:
Akum...kami ada kt spital teping tenguk baby farah pompuan.
Mesej 20: Dah slmt tiba di kuchg. Lps ni ke sibu. Pastu br ke kapit...... (Akim)

Wednesday, January 03, 2007

Qurban - Raya ke 2


(Kedua-dua foto di atas grabbed daripada blog en norashady suami farah.... tq... kami terlupa bawa kamera hari tu)

Seawal 7 pagi lagi Kak Dah dan Abang Chik tercegat kat bawah,tunggu Asleh jemput ke Kg Karambunai Baru. Beberapa orang staf sudah sedia menunggu di surau dan kemudiannye kami ke rumah Pengerusi JKK kg tersebut. Agak lame juga menunggu .....ade sedikit miss komunikasi.........

kakDah dan ustazah Rahimah dijemput masuk kerumah oleh isteri pengerusi tu.....seronok berbual dengan dia.........Tenguk gelagat anak2 ustazah ,Kakdah teringat kisah Yop dan SiBongsu.......berlari kesana sini, tak tahu henti...

Kerbau yang telah di sembelih dibawe ke surau menggunakan lori kecil PKK....untuk di lapah....diagih2kan dagingnye dan ade yang dimasak untuk kenduri tengahhari tu. Tulang temulangnye di buat sup ala mamak......

Kami bergotong royong .....yg wanitanye ade sesi potong2 bawang dan sayur. Kakdah dibawah khemah bersama org kg dan yg lainnye didapur surau....buat ape yg patut. Orang kg nak makan masakan org poly. Tu le...dibawakan chef2 dr poly .......Chef of the day Chef Syaiful...berasal dari Sungai Tinggi......jln nak ke Taiping tu, belum kahwin lagi.....seronok sembang ngan dia.....ramah.

KakDah and the gang membantu dan jadi tukang sibuk dan tukang bising......Bila nampak pokok mangga dan pokok jangguih, ape lg.....kami berpakat ngan Pn Ngah juga Na ...buat kerabu mangga, sambal belacan berualam pucuk jangguih......ade lagi..ulam raja.....

Bila makan ramai2 dan berebut2 serta riuh dengan suara anak2. gurau senda memang berbalui...asyik bertambah je....

Kakdah nak cerita ni......semasa nak pergi tadi.....BangChik dan KakDah sempat bawa jambu batu,kuah rojak dr kg (air tangan opah), serba sedikit biskut raye(buat kudapan untuk2 budak2).....Ape lagi menyicah sakan le .......ditambah pula ngan buah mangga......orang Kelantan cakap "cholek".....berebut-rebut ngan budak menyicah.........gerun pun ade..takut ade yg sakit perut...Tenguk Pn Ngah dan Farah menyicah........"hantu" asam mereka ni.....Farah tu mom to be.....kalau tak silap udah 3 bulan.....semua nak rase.....lebih kurang kakak juga......

Bila kakDah sembang ngan org kg.......mereka kata sedap sup tulang ala mamak tu, masak kicap daging......tapi mereka tak tahan ngan sambal belacan yg extra pedas.........tadi menangis bila potong bawang, lepas tu nangis bila rase sambal belacan..(total cili padi).....

Lepas makan....kemas....dan mane yg lebih tu tapau pd org kg dan kami bawe balik......nak nolong kemas lame sikit tapi BangChik nak balik.....badannye rase tak sedap.......balik rumah demam.......

Nanti, sambung lagi........

Monday, January 01, 2007

Raya Haji: hari kedua.

[ ][ ] - Korban dan Akikah di Kampung Karambunai Baru
Hampir semua staf disini balik kampung masing-masing untuk beraya, sebab sekarang ni tengah cuti. Ada la tinggal beberapa kerat. Korban dan Akikah turut dijalankan, bukan di poli, tapi di Kampung Karambunai Baru. Majlis ni juga berkait dengan usaha berapat dan berkenal dengan masyarakat sekitar. Majlisnya ringkas, sembelih kerbau, lapah, masak dan makan. Daging juga diagihkan untuk orang kami dan orang kampung. Jadi abang Chik pun kena la berucap dalam surau kampung tu........ Kak Dah sibuk didapur, nolong-nolong.....
PS (gambar ni di grabbed dari blog staf/rakan kami, dengan izin...hehe..tq en fauzi suami pn rokiah)

Dalam surau Kampung Karambunai Baru.
Bang Chik tengah sembang-sembang dengan Pengerusi JKK Kampung Batangan Baru dan Imam muda Kampung Karambunai Baru. Cerita hal-hal biasa saja........

Kak Dah nolong-nolong di dapur surau.....

Bang Chik serah cenderamata pada Ketua Kampung Karambunai Baru En Killi b Jaafar
Bang Chik kena berucap dalam surau... cakap-cakap biasa, terimakasih, nak bersedara, gitu gini..... (bukan ceramah politik/agama!!)
Sedikit cerita kampung karambunai baru:
Sebuah kampung tepi sungai dan tak jauh dari kuala. Tanah disitu berpasir, macam pantai remis jugak. Pokok janggus banyak. Pokok kemunting masih ada. Karambunai adalah sebuah daerah dibawah naungan kerajaan kesultanan brunei masa dulu, dan diketuai oleh seorang Pengeran.... Tapi dengan pembangunan pesat kawasan sekitar, masa depan kampung-kampung disini adalah mencabar...................

Antara nama-nama penting:

Ketua kampung karambunai baru: En Killi bin Jaafar
Tuan Imam: Tuan Hj Risin b Hj Diasin
Pengerusi JKK Kg Karambunai Baru: Awang Hashim b Awang Hassan
Pengerusi Surau: Mat Slee b Hj Kassim
Timb. Pengerusi JKK Kg Karambunai Baru: En Abd Rashid b Saidin
Ketua Kampung Batangan Baru: En Yahya Salleh
Pengerusi JKK Bantangan Baru: Awang Bongsu