Thursday, March 12, 2009

Kak Dah jadi pengasuh

Salam.

Seminggu dua ni Kakdah jadi pengasuh sepenuh masa kerana bangchik baru lepas operate. La ni bangchik dah boleh turun ke dapur tolong-tolong masak... Ikan haruan yang Nazri beri itu hari dah habis. Lepas balik dari Hospital, hari-hari kakdah buat sup untuk Bangchik..... Mula-mula tu, guna ikan haruan dari pasar presint 15 untuk sup, sebab ikan tak besar mana jadi tulang dia banyak, merata-rata. Jenuh perisi tulang ukan, sungut bangchik.

Hari Isnin ni, tamatlah peranan kakdah sebagai pengasuh sepenuh masa. Bangchik akan pergi kerja macam biasa. Sibuk-sibuk pun sempat jugak Kakdah godek-godek, jahit baju cucu-cucu ..... hehe ...

Hari Sabtu lepas, kami berdua ke surau presint 11, mengikuti kursus haji. Bangchik pun gagah pergi jugak.... sebab itu hari pertama. Lusa hari sabtu adalah yang kedua. Dengar cerita Maklong nenering kena kursus haji di baling. Opah pulak kursus di Sitiawan. Kalau diizinkan Allah, Kakdah, Bangchik, Opah dan Maklong akan ke tanah suci berempat. Kalau dapat tahun ni, kalau tahun depan pun tak mengapa ...... Anak-anak pun dah besar-besar, boleh urus hidup masing-masing.

Bangchik bagitau ada mesej dari Akim, udah dapat baby-girl dan Ida pun sihat, alhamdulillah. Siap dengan gambo baby lagi .... Secantik ibu dan bapanya ..... Tahniah.

KakDah, wassalam