Sunday, December 31, 2006

Kain Pelikat


Minta maaf le gambo paktam tak dapat tampal, sebab dalam koleksi tiada berkain, semuanye berpentelon saje.... saja bangcik tempek menempek....hehehe.

RAYA

Selamat Hari Raya Aidil Adha
dari kami sekeluarga
di Sabah

Saturday, December 30, 2006

Wajah-wajah di kenduri kahwin

AyahCho dan MakCho; selalunya AyahCho tuck-in baju melayu, tapi untuk hari kenduri buat stail johor sebab panas dan saja bagi poket ternganga!
Tok Tan (atuk pengantin lelaki, sebelah abahnye) dan TokChu (adik Opah). Kedua-dua berketayap putih.
(Pengantin tak kenyang...yang lain kenyang!) ; AbgnGah dan siBongsu .............................................
(Along anak MakUda Roslina ......... dan Yong Ya anak MakYang Zam ...... ....... ........ ....... ........ ........ ...............)
(Tok nDak Norsiah; org sarawak ingat lagi?)
(Kakak dan MakTeh)
(Aman dan Jalilah)
(Kina bertudung oren tengah khatam quran)
(Awie anak kedua AyahCik Baha)
(KakDah nolong-nolong)
(Aiman )
(buka hadiah tetap dengan suspennya untuk anak-anak.)
(Aiman mengajuk MaknDah Intan yg sarat)
(tak tau apa cerita ayah cho sebenarnya)



Selamat pengantin baru untuk EGI.

Beberapa foto semasa perkahwinan EGI dan Rafidah di Kampung Maran dan Kampung Sitiawan baru-baru ini.





KakDah bantu EGI kenakan samping di Surau Kg Maran



(di Kampung Maran)

di Kampung Maran
di Kampung Sitiawan

kedua-dua besan




AbgNgah dan siBongsu dapat panggu.


3 beradik anak MakUda; along, wani dan kah
Rebana; muzik rakyat orang Kg Sitiawan.

KakDah dengan rebana.

Monday, December 18, 2006

Khas untuk AMAN!!

Message yang diterima pada 18-Dec-2006 jam 16:17:43,

"Alhamdulillah. Bru slsai 4 x akad. Nak kluar blik dah. Aman tgl d chuping."

Tahniah Aman, moga dicucuri rahmat sepanjang hayat. Apa-apa pun jangan lupa Mak, Abah dan adik beradik yang lain.

Dari Mak Lang, dan Pak Lang.

Kehilangan....

A very sad day. Life is always brittle and you never know when is your turn.



Old age, sickness, accidents etc are just full stops (.) to the cycle of life. Just be thankful with what we have, be gracious, and share joy and sorrow with the many. May our life be blessed.



Seorang pelajar lemas baru-baru ini. KakDah dan Abang Cik sempat turun ke Masjid dan tunggu hingga van bergerak. Ramai juga dari PKK; staf dan pelajar. Ramai juga sanak saudara allahyarham ada disitu. Foto-foto berikut adalah disekitar Mimpian Jadi.

(written by abang chik)




Pos Bomba

Pos Polis

Resah dan sedih

Yang kecil belum mengerti erti kehilangan....


Saturday, December 16, 2006

Weekend apa nak buat ek?

Sabtu..., cerah-cerah tanah Bang Chik dah hilang dengan Katana set . Balik dari canada itu hari nampak macam nak cerah sikit..., hehehe..., lepas ni gelap macam asal le dengan aktiviti berjemur.

Lunch paling ringkas: nasi goreng, sup, dan ikan masin. Bang chik goreng nasi dan goreng ikan masin, Kak Dah buat sup je. Terima kasih le Bang chik, kerana sari dua ni, rajin menolong..... TQ very much.......!

Jengah lagi kami ke market filipina, ziarah kedai favourite; Hajjah Fauziah. Bertukar-tukar barang petang tadi, barter trade..., kami bagi duit, dia bagi crystal dan pearl!! Tadi ada seorang budak pompuan ingat dalam umur 5 tahun, ulang alik ikut lorong sempit dalam market filipina. Dia pakai eye shadow warna hijau, singlet hijau dan seluar pendek! Rasa-rasanye anak orang berniaga digerai tepi laut sana. Tenguk gaya ulang alik budak tu, mahu hari ni saja dia dah buat brisk=walking 10 Km.....

Kak Dah nak sambung menjahit...... hobi Kak Dah yang masih kekal... nak beria-ria sangat dengan gardening kita duduk di B-5-6. Setinggi-tinggi tempat!!

Friday, December 15, 2006

Jemu makan di kedai.

Empat hari dah sibongsu balik kampung. Selama itu juga lah, kami tingal berdua saja. Rutin pagi-pagi meronda ke Likas hantar sibongsu, terhenti seketika. Pagi jadi lengang.

12hb dan 13hb tempuh hari, langsung dapur tak berasap. Makan di luar je kami berdua, Kakdah dan Bangchik selama dua hari: pagi, tengah hari dan malam! Kalau ada arwah Ayah, komen yg sesuai mungkin begini "Berdua... Mmmmm... aku tenguk hang, hang tenguk aku .. lepas tu gelak kik kik kik!". Lepas dua hari makan di kedai , rasa JEMU dan tak mau dah.

Kakdah rasa rindu sangat dengan anak-anak..........

Wednesday, December 13, 2006

SiBongsu balik sendiri

Sibongsu travel alone on the 12th December
breakfast at the airport
As they say, a young bird will soon grow and fly

Tuesday, December 12, 2006

TAMU di Tuaran


Hampir tiap-tiap hari Ahad, Kakdah dan Bangcik akan ke Tuaran. Orang sini sebut pekan sari sebagai TAMU. Tamu di Tuaran sedikit moden, yang original seperti di Kota Belud lebih original lagi, siap dengan pondok2 kecilnya. ... Buat tatapan yang belum sampai sini....

Monday, December 11, 2006

2 minggu kebelakangan ni.............

29.11.06 - Kak Dah dan setiausaha Puspanita memenuhi jemputan Majlis Makan Malam Puspanita Sabah diHotel Promenade, macam biasa le ade ucapan, kareoke, makan2, poco2 dan pertunjukan fesyen yg digayakan oleh ajk2 tertinggi ..........kebaya dan kurung.......

3.12.o6 - jemput Timbalan Pengarah Poly KK dan isterinye minum petang di rumah dan Fauzi di bawah turut di jemput. Kak Dah buat laksa asam, bubur kacang dan ade pula bubur pulut hitam yg diberi dek jiran rumah bawah. TP 1 ni baru ditukarkan ke KK dari Poly PD tapi isterinye tak ikut pindah kesini......sayang nak tinggal rumah, pokok2 bunganye, anak yang masih diting 4 dan Kuittho.....juga anak2 murid yg di didik dari tahun 4 ke 5 dan 6....nak tenguk hasil UPSR tahun depan katanye......TP 1 ni orang Tampin dan isterinye orang Parit...rancak le Kak Dah bergebang .....loghrat Perak.....diselang seli dengan loghrat Nogogri.....lebih senior dari Bang Chik......kalau tidak dia ni dulu menggantikan Bang Chik di STTJ.....ditolak...last dapat surat tukar ke KK...


4.12.06 - malam dihotel yang sama Kak Dah dan Bang Chik telah dijemput oleh 'delegasi PSA' bersama-sama mereka makan malam disitu. Mereka kesini bermesyuarat serta lawatan kerja....Pengarah nye sekarang ialah En Amir yang kahwin dengan Orang Putih tu.........dulu masa Kak Dah dan Bang Chik kahwin mereka ade datang ke Batu 51.....Kak Dah dan Bang Chik dapat le buah tangan dari mereka......tapi kami pergi dengan tangan kosong.....terlupa nak bawa cendera hati.........segan pun ade......

Semasa nak melangkah turun tangga nak ke jamuan tu, Yop sms katanye nak sambung belajar lg kat Matrik....boleh bawa lagi ni..........dah dapat result le tu.......kalau tidak sebelum tu sibuk....daftar nama on line nak ke UiTM.........risau....exam susah sangat......kita pun naik takut di buatnye.....Alhamdulillah ....syukur ke hadhrat Allah.

Sesekali gi jenguk Nor dibawah tenguk baby baru dan Kak Longnye yang kekadang jerit dari bawah memanggil Mak.........dan Atok.......


10.12.06 - DAPAT sms dari Man........semoga kerja baik ....ape yg sedang diuasahakannye menjadi.......Kakak juga sms minta link kan dia ke blog Kak Dah, udah beberapa minggu belajo baru berjaya....siap tampal gambo2 lagi.


Mansor biras Pah Ndak Yan yg tinggal di Kampung Subang tu anto sms.....katanye mereka sekeluarga sedang bercuti di KK ni, cadang nak ke Pulau Manukan tapi cuaca tak eluk......Bang Chik janji nak jumpa dia dibando........kemudian dia sms katanye nak gi jugak ke pulau tu. Malam baru kami pergi jumpa di hotelnye.....nak bawa kerumah tak muat kereta lagi pun jadual mereka ketat...bercuti sakan.....sampai KK hari Khamis dan hari Ahad baru bagi tahu dan hari Isnin udah nak balik.......lupa katanye.......yg kami ni udah di KK. Sempat juga mereka ke Kundasang dan Poring Sabtu lalu tp tak nampak gunung ,cuaca tak elok ..kabus. Sebelum tu mereka bercuti ke Kucing........siap guna pemandu van yg juga pemandu pelancung ereka........murah sikit kate nye.....
Pak nDak Yan dan Mak nDak Imah bila nak mari ?...
Orang Kg Melayu Subang dah sampai !!!!....................

11.12.06 - called Opah tanyekan keadaannye dan persiapan menerima cucu menantunye.....so far okey.....cerita Opah semalam ke Rumah Pak Ngah Chan jemput kenduri kemudian kerumah Aziah tapi tak de orang, lalu kad jemputan di tinggalkan kat rumah jirannye. Opah dan Mak Cho nak minta Aziah tolong jemput adik beradik yang lain.......akan disusuli dengan panggilan talipon nanti.....

Cerita Opah lagi: 22.12 malam nak buat kendhuri arwah, 23 pagi dalam jam 10 gitu nak pergi menganto ke Kati dan 24 menyambut menantu di rumah Opah. Siapa yg ade masa tu jemput le ke Kg Sitiawan bila2 mase je.....sambung Opah lg Projek Managernye Mak Yang...adik Kak Dah..Zam....Ibu bapa, Opah dan Atuk (sebelah Abg Cho) diminta mengenakan baju Melayu
siap ngan beg beso......menyambut tetamu. Kami yang lain2 ni tenguk2kan makanan dan melayan tetamu...Mak Ndak (Intan yg tengah sarat tu) ditugaskan ke paso beli bahan2 lauk pengantin ....tukang masaknye.... Kak Dah tak berani tanye......takut....nanti kena suruh......ape pun kerja yg nak diberikan nanti Kak Dah terima je le.......masa orang meeting dulu Kak Dah tak de.......Tapi Kak Dah udah boleh agak ape yg kena buat nanti.......Sambung Opah masa nak menganto nanti lelakinye pakai baju batik......jangan nampak macam boria udah le.....

Baru kejab tadi terima sms dari Ustazah Rahimah kata nye nak panggil meeting berkenaan Qurban dan Akikah mlm Rabu ni.......untuk raya haji nanti. Cadang nye nak ambil satu bahagian....

Kakak! nampak gayanye ..spaghetti tu lepas kendhuri Abg Egi.......cari bahan2nye ye..........termasuk 1 botol tomato paste-leggo's , 2 tin PREGO SOS SPAGHETTI- traditional-campbell's dan yg lain2nye.Kalau nak tunggu mama carikan mungkin tak sempat.Kita makan bersila di bawah macam yg ayah suka sambil pegang mangkok/pinggan sediakan tissue, kopi Hang Tuah tapi mama nak duduk di bangku.......sakit lutut le nak bangun...he...he..e dan siapa yang sukakan makanan tu bolehle joint sekali......ni Opah dan anak2 Mak Uda mesti suka, silap2 mama kena buat 2 kali.....sekali di Sitiawan dan sekali lagi di Ipoh atau P. Remis....Nak pajeri nenas tak.....tapi Yop tak de le pulak.....

Stop kat sini dulu nak masak nanti ayah nak balik makan.....lupa nak cerita masa kemas kabinet dapur terjumpa 2 ketul laksa mee ape lagi.....balas dendam le kami 2 hari berturut2.....laksa mee...lunch , dinner dan sarapan......semuanye laksa mee......

Sunday, December 10, 2006

Google Earth: Bungalow Pak nDak Yan


Baru-baru ini, belek google earth, zoom in kat Pantai Remis dan nampak dengan jelas rumah Pak nDak Yan. Kelapa sawit kat belakang rumah pun nampak. Tapi ayam, kucing, itik angsa ayam piru dan pokok cili tak nampak!! .....hehehe.... Ada masa nanti nak trace rumah di Sri Iskandar, tempat menetap lepas abang chik pencen esuk.

Sibongsu cuti sekarang ne, jadi dia le tunjuk-tunjuk benda-benda tu.

Selamat Bercuti semua ....

Sunday, December 03, 2006

BANJIR?

208 Penduduk Kampung Dipindah Akibat Banjir Di Pantai Remis


IPOH, 30 Nov (Bernama) -- Seramai 208 penduduk Kampung Padang Serai, Pantai Remis, 120 km dari sini, dipindahkan semalam akibat banjir berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.Jurucakap Bilik Gerakan berkata kesemua mereka daripada 53 keluarga itu kini ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Remis.Air naik sedalam satu meter akibat hujan lebat disertakan limpahan dari Sungai Rotan dan Sungai Beruas yang berhampiran.Jurucakap itu berkata belum ada tanda-tanda air akan surut berikutan hujan yang turun pada sebelah petang.

Friday, December 01, 2006

Menyusur usia.

( Kepada sedara mara, anak siapakah ini? ..... )
Azilah
Ada PakLang maklumkan, menerima sms dari Ilah tentang akad nikah Aman pada 18hb disember ini. Kemudian disusul pula dengan telefon dari Mak Long. Nampaknya setakat ini jadual balik kampung ialah 22hb dis - 29hb dis. . Kalau tarikh balik tu kekal, nampaknya tak dapatlah kami menyertai rombongan. Apa-apa pun kami doakan semua rancangan dapat berjalan lancar. Untuk Mak Long dan Pak Long, selamat menerima menantu pertama, dan bertambah lagilah ahli keluarga kita. Kenduri bulan 2 tahun depan, insyallah akan diikhtiarkan untuk bersama-sama disana, harap-harap dimaklumkan awal-awal tarikhnya.
Salam dari Mak Lang, Pak Lang dan Adik Wan.

Sunday, November 26, 2006

Malam semalam Bang Chik kunci jam nak bangun pukul 4 am, Bang Chik minta Kak Dah masak nasi lemak nak bawa memancing dan dijangka bertolak jam 5.30 am. Sibuk le Bang Chik malam tu mencari alat memancingnye dan topi. Entah macammane Kak Dah tersedar jam 5.45am,ape lagi kelam kabut......cuma dapat siapkan airkopi je dan bekalkan biskut segera. Jam tak berpungsi. -+ 6 am, baru Bang Chik and the geng bertolak.

Nasi lemak tetap dibuat tapi yg simple tanpa bilis dan kacang goreng serta timun, sambal bilis tetap ada. SiBongsu bising ,nasi lemak tak lengkap........

Sedang belek2 berita on line, dengar orang beri salam......Bila di jenguk Rahim kawan SiBongsu datang dengan buah tangan...sebiji kek coklat dan kari lembu......ha...ha...rezeki lagi dan tak perlu masak untuk tengah hari.....terima kasih banyak2.

-+ jam 1.30pm dpt sms dari Bang Chik, on the way nak balik katanye.....enjin bot rosak......tunda pd minggu depan.

Sebenonye Kak Dah baru je selesai ironed pakaian kerja Bang Chik sambil minta Bang Chik bincang ngan Yop cuti Raya Haji nanti. Jadi comfirmed kami beraya di KK je. Masa kami dikampung ialah dari 22.12 till 28.12 ni. 29.12 fly back to KK.


SiBongsu called Kakak , sembang ape yang Bang Chik bawa balik dari Kanada.....kemudian Kak Dah sambong ........tanyekan khabo dan persiapan Kakak menyambut baby.....


Hari ni Kak Dah tak kemana, duduk kat rumah je.....malas .....sambil layan mata tonton tv.

Hati Kak Dah tergerak sangat nak call Opah pada 24.11 malam, tp disambut oleh Mak Cho sambil mengatakan mereka buat doa selamat sebab nak ke Kati, Kuala Kangsar...Ijab kabul anaknye tu...Egi. Lewat malam baru Si Egi called menceritakan perkembangan terkini.
25.11 pagi, Kakak sms kata dia dan suami on the way ke Kati mengiringi Abang Egi nye.
Kemudian Egi called, semuanye berjalan dengan lancar seperti dirancang........"Sekali lapaz je Ma...", gitu le kate nye.

Seminggu lepas, masa balik dari anto SiBongsu ke Perpustakaan KK, Kak Dah singgah supermarket nak beli barang....rasa nak buat speaggeti, masa melangkah nak masuk tu....Kakak sms tanye bila nak balik S'jung, boleh buat spaghetti.......maka Kak Dah tak jadi beli bahan2 tu, capai barang lain.Mujur baik tak bercerita nak masak Spaghetti pada SiBongsu......nanti di soundnye pulak......,kalau buat dlm masa terdekat ni..mau tak tersuap.....tp tenguk le dlm 1,2 minggu lagi....kesian SiBongsu.

Saturday, November 25, 2006

Jemputan Ke Program Malam Tautan Ukhuwwah ----23.11.06

Lepas solat Isyak, Kak Dah bersiap-siap nak gi kejemputan tersebut. Jam 8.30 pm. Kak Dah udah park kereta kat Parking Pengarah, dimana Pengarah Program dan Ajk2 sudah sedia menunggu. Sambil bersalam-salaman tu sempat juga Kak Dah mengusik..........jawab mereka,
biasa le tu Puan....ia le bila udah dressup tu....pensyarah dan siswi......keliru pulak kite jadi nye.

Kak Dah diiringi oleh mereka ke Dewan Kuliah Utama....naik 22 anak tangga, Kak Dah berada ditenggah2....cadang nak pegang sambil berpaut pada railing tangga...maklum le lutut sudah berbunyi kruk krak.....orang muda panjat tangga tentunya cepat....tapi Kak Dah maintain je...orang kata ambil masa....

Rupa2nye ada paluan kompang ........sambil2 tu puji le....pandai kamu main kompang......
Acara diteruskan macam biase le.....Kak Dah sekali lagi kepentas nak berucap...tenguk teks ucapan...panik ....ee e..e kenapa tulisan ni kecik sangat..tak nampak...tetiba semua disitu diam...
agaknye mereka nak tahu ape terjadi, memang terhenti seketika......o..o..spontan Kak Dah kata,
"Sekejap ia nak kenakan teropong", disambut ngan ketawa.Nasib tak lupa bawak cermin mata.

Habis berucap terus di ajak ke Jamuan Makan, panjat tangga lagi..Masa makan tu sembang2 ngan ustazah dan Ajk Helwa...Kemudian Kak Dah cakap kepada ajk gi le masuk dewan semula..tenguk kawan2nye buat persembahan......aktiviti akhir tahun. Ambil kesempatan bincang tentang nak buat qurban dan akikah-Raya Haji nanti. Ustazah juga kata mereka sedia memberi kerjasama kalau Puspanita nak anjurkan aktiviti2 keugamaan.
Katanye masa order makanan....pengusaha kantin tu kata.....menu ni Kak Dah suka....nasi tomato......la......cepat2 Kak Dah ucapkan terima kasih banyak2.

Tadi janji nak tenguk persembahan students......lepas makan...Bila kenangkan nak turun naik tangga disitu dan kat rumah nanti......lalu..Kak Dah minta maaf dan kata nak balik. Semalam dpt sebakul buah2an disedekahkan dan malam ni dapat semula....ingat nak bagi pada students tapi nanti unfair pulak pd yg lain.

24.11.06

Pagi, rutin macam biasa,,,bangun siapkan sarapan untuk Bang Chik dan SiBongsu. Kemudian prepare untuk lunch-hari Jumaat.....nak makan awal sebelum solat.

Cadang nak gi hospital melawat Noriza yang sudah selamat dibedah pd 22.11,dapat anak perempuan. Semalam Kak Dah dan Bang Chik udah pergi jenguk baby baru....comel, siap dihulurkan dek Pozi(abah baby) baby tu pd BangChik.....agaknye suruh praktis kut....ade le dlm 2,3 min dipegang oleh Bang Chik.....kemudian di hulurkan pd Kak Dah. Si Ameera (kakaK baby) macam merajuk je.....tumpuan udah kpd yg lain.....Lalu Atuk bawa jalan2 kejab tp rajuk masih tak hilang.. Kak Dah bawakan kanji , ala2 Mc Donald.. ....tp rasanye tak le kut..itu yg dipesannye sebab tak boleh makan benda keras lg...

Tapi Kak Dah tak jadi pergi sebabnye.....No udah nak balik rumah.....malamnye baru Kak Dah gi jenguk kerumah depa, disambut di ramah tamah Ameera yang tak kami faham sembangnye....


25.11

Pagi ni kami sarapan mee magee......ee..ee....atas permintaan SiBongsu. Bang Chik nak gi ambil Pegawai dari Putrajaya yang nak melawat Poly pagi ni. Si Bongsu nak ke Library KK dan Kak Dah nak jumpa Setiausaha Puspanita diLpl. Bersembang sambil bincang ngan dia satu, dua perkara....semalam dapat jemputan ke Majlis Bersama Toh Puan Datin Seri ......-Isteri Tuan Yang di Pertua Negeri...tp untuk seorang je.....Pengerusi Puspanita le tu.....

Kalau boleh nak le berteman...minta setiausaha tolong tanye dan minta satu tempat lagi...tenguk le dulu macam mane....kalau sorang tu berat sikit....Habis urusan tu pegi supermarket beli ayam dan sedikit sayur. No minta tolong buatkan kanji lagi......


Cadang nak tenguk cerita hindustan...tp mengantuk....layan mate le sudah nye.

Friday, November 24, 2006

Ladies Night... few photos.

Diaorang anto gambo kat kak dah pakai email je... Jadi yg ini je la Kak Dah uploadkan.. Entah la, Kak Dah pun heran, dah usia-usia gini baru Kak Dah berpeluang dengan ICT. Tapi takde le susah benar, click-click je, tekan delete, tekan button back dan press enter!



Kak Dah baca teks... udah kene pakai speck le ne.













Kak Dah masa cabutan bertuah.













Kak Dah dengan Timbalan Pengerusi












Potong Kek. Lilin ada satu je, tahun pertama
puspanita PKK....tapi sudahnye kek
dipotong, lilin tak ditiup... lupe dan gabra!











Kak Dah bersama dgn wakil Puspanita Sabah serta bendahari dan penolong bendahari












[ ] [ ] Mak Ngah: Kite fotogenik tak?.. he ee.


[ ] [ ] Along n Angah: handbag baru tu nampak talinye je...

Sambungan Ladies Night......details......

Ketika nak melangkah masuk dewan tu, ustazah menyapa......Kak Dah....kami nak jemput akak merasmikan PROGRAM MALAM TAUTAN UKHUWWIAH.....boleh ke? Spontan Kak Dah jawab boleh.....dalam hati tak kan Bang Chik larang kut......pulak tu acara glamor nak pergi....tak kan yang ni tak boleh......Pantas, ustazah menghulurkan surat jemputan. Cuba bayangkan kalau Kak Dah kata......tenguk le dulu. Disambungnye lagi nanti kami beri teks ucapan....

Sambil makan tu Kak Dah bersembang ngan wakil Sabah, kalu boleh nak tumpang aktiviti mereka, maklum le....nak joint yang di KPTM......walaupun 2 1/2 jam perjalanan , belanja beso tu....katanye kami akan jemput.

Bila bertanya tentang menu makanan, mereka kata sedap dan cukup rasa cuma tak berkuah....sup tom yam dihidangkan awal2 lagi jadi tak dapat makan ngan nasi. KJ Hospitaliti pulak komen cuma combination colour masakan tak berapa kena....Bendahari kata....kalau ada lagi makan2 ni akan diminta pendapatnye...Nanti akan ada penambah baikan.....+ve thinking.

Kak Dah juga bertanya kepada salah seorang pensyarah hospitaliti...tahun depan boleh sponser ke kek.....Wau....boleh tak ade masaalah katanye...Nanti boleh le ditunjukkan kepakaran students nye. Ada juga yang tawarkan diri nak memberi ceramah masa bengkel grooming dan etika meja makan nanti. Sorang lagi tambah, Kak..nanti beritahu bila nak adakan ceramah Tentang Perkahwinan dan Perceraikan,Hak Suami dan Isteri tentang anak.....mengikut Hukum Sivil dan Islam....kami akan cuba cari peguamnye untuk bagi ceramah.....Bravo.....input semuanye +ve.

Masa nak balik...gi jumpa Pn Satriah dari Bilqis Butik....ucapkan banyak2 terima kasih.......dia pulak kata, Terima Kasih kerana sudi memperagakan busananye.....kira Puspanita bantu promosi usahawan bumi la ni....ia le dia kata nak ambil peragawai pro mahal......

Pada Kak Dah...memang puas hati le perjalanan acara malam tu....ahli2 tak nak terlalu formal.
Balik rumah....lega...dalam kepala udah merancang untuk tahun depan......Kot2 Penasihat kata boleh buat lagi.

Lupa nak tulis tadi,....ketika menunggu kenderaan pd malam tu...terserempak dengan kaum Adam....siap mereka kata.......orang ada Ladies Night....boleh le......kami nak minta Men Night jugak le....Kak Dah kata,kami ni nak gi Jamuan Penutup Raya..je....bye, bye....

Malam tu Kak Dah sudahi ngan rangkap pantun , entah kena entah tidak berbunyi,

Cantik bergaya Dara dan Mak Dara,
Bergaya sakan ke jamuan makan,
Bersamalah kita beramah mesra,
Menambahkan lagi ahli persatuan.

Setakat ini dulu....malam nanti akan adalagi lapuran terkini......

Pak Tam....sms tentang gambo2 tu............lewat la agaknye...kena tunggu urussetia siapkan dulu, Kak Dah bawa gambo tp lupa nak snap, risau akan kelancaran perjalanan majlis...........Baru tahu macammana Bang Chik rasa..........

Ladies Night.....the details..........

Mula2 nak buat high tea je tapi sudahnye jadi dinner, Ha...haa.....di Nexus Karambunai......Hotel 5 Star lagi......!

Dengan kutipan antara Rm10 ke Rm15 mengikut pendapatan suami masing2 ....magic dan berbaloi le tu dengan 6 jenis lauk pauk, kek ,buah2 dan kopi atau teh.

Di rancang 2 bulan sudah tapi dek bulan puasa kena tangguh, pada mulanye nak buat 17.11 tapi Tim Pengerusi kena pi UK tu yang buat pada 22.11, itu pun ade yang tak boleh datang sebab kena pergi kdc....berbunyi juge le.....udah tak boleh tangguh lagi.....Penasihat kata buat cepat...tu Abang Chik le .

Seminggu sebelum tarikh tu Kak Dah memang sibuk sikit....ye le....kena tenguk2kan mana yang perlu dibantu dan di komen....Alhamdulillah Ajk2 Puspanita ni cekap dan pantas lagi ligat.....orang muda......

Dalam mesyuarat Ajk, kami bincang nak buat ape....ramai yang nak kareoke, Kak Dah minta kalau boleh cuba adakan pertunjukkan fesyen yang bersesuaian maka tema nye pakaian ke pejabat. Kemudian mereka nak cabutan bertuah walaupun harganye tak seberapa dan Miss Glamorous. Slide Show PUSPANITA adalah perkara WAJIB.

Dalam perbincangan.......duit tak cukup nak bayar peragawati.....timbul cadangan.....ajak staf memperagakan tidak pun minta students......dapat feedback...pensyarah2 sudi.....lega....jadi juga.

Maka bertungkus lumus le Ajk 2 nye di tambah pula komen2 Kak Dah...agaknye pening juga le mereka.....Nak buat macam mana.......

3 hari sebelumnye, Kak Dah, Setiausaha dan Bendahari pergi ke hotel nenguk tempat....ok...macam2 juga le kami minta....Dapat le tajaan Lunch for 2 untuk pemenang Miss Glamorous. Bill talipon rumah Kak Dah naik le bulan ni....Malas nak gi Pej LPL(Urusan Puspanita). Masaalah d selesaikan dengan bertalipon je le........

Bang Chik tanye ucapan udah selesai ke belum......ni yang panik ni...nak tulis ape....siap draf tunjuk pd Bang Chik....,katanye ok. Maka latihan demi latihan dibuat....tanye SiBongsu....adik bagi C+, katanye......Kak Dah jawab..Ma ingat dapat D......Abang Chik kata ok tu....cuma jangan laju sangat.......

Petang 22.11..Bang Chik balik jam 6, la ..tak siap lagi....gi bersiap katanye....Jam 7 pm Kak Dah turun tunggu orang ambil......sampai 7.20 belum nampak bayang.....Katanye transport untuk Pengerusi sudah diatur. Tunggu lagi....sampai satu ketika bas berhenti, Kak Dah naik, ajak dek Tim Peng, jangkanye kami naik KIA. Dalam bas Kak Dah bising ,mana Kia tak datang.......peluh mercik-recik ni,habis ape yang ditampal kat muka cair.....pada hal gementar nak bagi ucapan nanti....tetiba muncul driver.....Kak Dah kata,"kamu nak ambil Kak ke, Mus? ia Kak, Kia rosak lagi",jawabnye. Malas nak turun bas, tp kesian pulak kat dia.....

Sampai di hotel, sudah ramai yang datang, termasuk tetamu2 jemputan dari PUSPANITA Sabah. Gebang sekejab sambil menunggu yang lain nye masuk dulu. Masih berpeluh walaupun econ dipasang.........Masuk dalam dewan lagi le dup dap......MC sudah memainkan peranannye........Maka Kak Dah pun berucap le.....tak berani nak tanye...ok ke tidak..Ni nak potong kek pulak....bila dijemput .....Kak Dah pun pergi.......Kek dipotong tapi lilin tak ditiup.....gabra .....walapun Tim sudah berbisik.....

Pembentangan slideshow ade masalah sikit je........Setiausaha yang dari awal lagi bertungkus lumus tak dapat datang.........tetiba demam...........Maka digunakan Plan B.......Bendahari ambil alih.......Gambar pengerusi, rupanye diambil dari blog...gambo yang.....

Memang hapening .....bergaya sakan......ahli2 Puspanita. Lapang hati bila melihat wajah ceria mereka. Ada yang sampai pergi ke salon.......merapi diri.....ia le malam buat kami tapi masih berlandaskan rukun negara....Kesopanan dan kesusilaan...mengikut masyarakat majmuk negara ini.

Acara yang dinantikan......peragaan fesyen...peragawati2 nye bergaya...kalah Nasha Aziz dan Noorkumalasari.....waktu ni waiter lelaki diminta keluar dulu...gamat.......selamba je mereka bergaya, ada ketikanye hampir berlaga.........

Kemudian Ustazah dijemput membacakan doa.......Kami makan sambil dihiburkan oleh penyanyi2 sukarela...staf2 le tu. Macam-macam gaya dan ragam ketika beraksi pi pentas.


Berkareoke sambil makan diselang seli dengan cabutan bertuah.......hadiah ..walaupun murah tapi diterima dengan hati terbuka.......loyang kuih pun ade.....Kak Dah kata boleh bakar biskut Puspanita...

Ade ketikanye pelayan leka melihat penyanyi2 Puspanita...terlalu menghayati agaknye hingga dipanggil nakkan sesuatu pun tak sedar......

Kemuncak acara pengumuman MISS GLAMOROUS, gamat...apalagi bila di selepangkan ....berebut2 nak bergambar dengannye.....memang banyak hadiah yang dibawanye pulang.

Acara berakhir dengan pemberian cenderahati kepada tetamu jemputan dan Kak Dah pun dapat sama.....sebakul buah2an....

Selepas makan menu utama, Kak Dah sempat ke meja2 ahli yang lain, ia le bertanya khabar........Rata-rata bertanya....
Tahun depan boleh buat lagi ke?Jawab Kak Dah, kalau ramai yang aktif dan banyak aktiviti2 yang dapat memuaskan hati ahli2 dan juga ramai yang memberi kerjasama......kita boleh buat acara tahunan.Bah....ba.ba jawab mereka.

Majlis tamat mengikut jadual. Harap2 ramai le yang berpusahati.......dan masih banyak yang perlu dibaiki lagi...Sebakul buah2an tadi Kak Dah berikan kepada Driver kerana di rumah masih ade lagi.......

Sampai di rumah kena bagi report on spot........walaupun letih...nak buat macam mana boss yang minta report...Dapat sms daripada Bendahari....Kak ...kalau ade yang kurang minta maaf ye.....Kak Dah call dia sambil ucapkan bebanyak terima kasih.....suruh dia rehat....bakal menimang cahayamata kedua.....

OH....oo....lupa, dekat2 acara nak tamat dapat sms juga...Noriza sudah selamat menjalani pembedahan.....anak perempuan.....bakal ahli puspanita le kut bila beso nanti.....sempat buat pengumuman lagi...

Ngantuk sangat ni.....sambung lain kali pulak....kalau tak jemu le......

To
MIssredcherry...udah sedia nak joint ke........ambil borang kat rumah Kak Dah.....

Thursday, November 23, 2006

Bang Cik di Canada (11) Niagara Fall








Niagara Fall bewarna warni, waktu malam
L to R, En Ahmad Tarmizi (Pegawai MSD Ottawa), Pak Lang dan En Sahul
(depan niagara fall, lampu warna warni ditembak ke arah air terjun)


niagara fall at night