Thursday, May 17, 2007

Salam,

Malam semalam Bang Chik balik dari Seremban, 3 hari disana bermesyuarat. Katanya sempat jenguk tempat kerja lamanye semasa waktu lunch...STTJ. Peminat 2 lamanye masih meminati Bang Chik hehehe......cikgu2 dan staff2 le tu..tak dapat sembang lama sebab kena sambung kerja.

Untuk lunch tadi Kak Dah masak gulai daging payau/rusa, ikan goreng, kubis goreng berencahkan udang kering, dan sambal belacan. Serbuk kari Kak Dah terpaksa minta sikit daripada jiran .....Noriza, terlupa nak beli semalam.Terima kasih No juga Pn Pazidah kerana bagi daging payau tu. Bang Chik balik lunch lambat dekat 2.30 pm, ada meeting katanya.
Masa Bang Chik balik , Kak Dah tengah bersiap nak gi meeting......Bang Chik minta Kak Dah temankan dia makan tapi Kak Dah masa tu tak ada selera....kari...jadi mengadap Bang Chik makan sambil berbual kosong.

Semalam petang Betsy called minta datang ada mesyuarat.....bincang beberapa hal, pemeriksaan kesihatan untuk wanita, hari wanita, siapa yg nak kahwin, siapa yang dapat baby baru.....ada le tu yang nak diaturkan.......agenda Puspanita....dan beberapa aktiviti lagi........Hasil jualan gerai dulu bila sudah tolak apa yang patut dapat le Rm 500 lebih.....dapat la juga menambah dana....hehehe.....

Masa nak balik jalan ngan Zira, Kak Dah tanya nak ke kari daging payau.........boleh juga katanya....mereka suami isteri puasa hari ni. Pukul 5 suaminya dtg ambil kari.......... sbb Kak Dah tak larat turun naik tangga berulang kali. Kemudian Kak Dah minta tolong SiBongsu hanto masakan yang sama kepada No.

Lebih kurang jam 5 , Bang Chik called......nak keluar malam ni berjumpa dengan Mantan Pengarah Pelajaran Perak. Kata Bang Chik, Datok called beritahu dia ada di KK.Pak Teh Man mesti kenal........bekas Pengetua Sek Anderson dulu....masa Kak Dah menaip ni Bang Chik belum balik lagi........

SiBongsu belek internet hari ni....semak sana ...sini.....Ma ! adik dapat masuk Poly ......Dip Hospitaliti and ..........(Kak Dah lupa hujungnya) tapi kat KK.....boleh tukar ke Poly lain ke.......
Tahniah!!! adik........belajo betui2....nanti bila habis dip sambung belajo lagi ye.....kata Kak Dah...Nasib le dapat kat KK ni....ada le kawan Kak Dah nak bergaduh, berbaik dan melawak...tak la sunyi......

Berhenti disini dulu....
Kak Dah.

1 comment:

Bangchik and Kakdah said...

pakteh man masa tu sixth form kat anderson. sebenarnya pakteh tak buat salah apa-apa, cuma terlupa minta kebenaran waden untuk tenguk midnight movie kat panggung wayang. itu je. baru paktek tahu rupanya lalang kat tepi pagar hostel, tak adala tebal sangat. biasa-biasa saja.

we all grow up as time goes on