Sunday, August 19, 2007

Pokok di ruang depan yang sempit

Kakdah sebelum datang ke Sabah pernah tinggal di rumah kedai tingkat atas. Masa itu di Tendong, Kelantan tahun 1987. KakDah tahu, ramai dari kaum Tiongha menetap di tingkat atas bangunan kedai. Pada peringkat awal perniagaan, taukeh sekeluarga tinggal atas kedai. hanya selepas berjaya, dengan untung terkumpul barulah taukeh sekeluarga berpindah ke bungalow sendiri. Tentu ada yang ingat Kee Hong di Pantai Remis.

Tapi di Sabah ni, Kakdah tinggal di tingkat 5. Dan KakDah bukan peniaga!!

Minat menanam pokok masih ada, tapi kena kawal sebab ruang sempit dan tempat tinggi beno menyulitkan angkat tanah dan pasu. Tanaman memberi ruang untuk therapi psikologi, selain menambah oksigen ke ruang udara. Setiap pagi KakDah mengangkat sebaldi air dan menyiram. KakDah rasa segar di sebalik usaha menyegarkan tanaman. Daun kunyit dan pandan KakDah tuai dari masa kemasa untuk melengkapkan bahan resepi.

FOTO: snap dari depan pintu menghala ke jalan besar. Depan sana ialah kilang-kilang di kawasan KKIP ( Kota Kinabalu Industrial Park)

FOTO: close-up daun kunyit

FOTO: close-up keladi bunga

FOTO: close-up, pokok palma

FOTO: close-up daun buluh kecil yang hampir-hampir gugur, kekuningan.

FOTO: close-up keladi bunga
FOTO: close-up asam batu

KakDah: Koleksi pasu dan tanaman kakdah terbanyak adalah masa bermastautin di Ampangan, Seremban. Koleksi yang paling sikit adalah di Tendong (kosong langsung!)

1 comment:

azlanlin said...

Ada benarnya iklan petronas! Hidup mesti memandang ke depan.... minat hiburkan hati jangan dikesampingkan (tambahan sendiri)...asal tak ganggu orang lain..

azlanlin