Thursday, June 05, 2008

Salam,

Dalam 3 minggu ni Kak Dah asyik mengeko Bang Chik kemana je...Johor, Selangor dan Perak...berulang alik.....La ni dok tengah demam selesema. Masa kat Seri Iskandar tu....dok sapu sawang dan habuk.....kena hujan pun sama. Malam td bersin hampir 10x tp Bang chik buat dak je...leka ngan jenguk laman organik dalam webside.....huhhuh...sabo je le....dalam pada tu bila dia turun.....'Dah, air kopi habieh'.......' tak larat ni...buat sendiri la...', jawab Kak Dah. Pagi ni bila turun bawah ...nampak mug ....dalamnya ada lebihan' air jarang......'

Petang semalam adik Kak Dah called bertanya samaada rumah tu sudah ada orang atau belum.....ada yg berminat.....kalau tau awal boleh la lawan harga.....hehehe....rasanya tak sampai hati nak letak sewa yg bukan2...tapi tentunya mereka dapat elaun rumah.....

Kek coklat moist yg ditunjukkan cara membuatnya oleh Pn. Syarifah dan menggunakan microwave oven Mak Njang Aziah yg baru dibeli masih belum Kak Dah cuba lagi.......nanti bila budak2 berdua tu balik baru nak buat....

Hari Isnin lepas Pak Ndak Yan sekeluarga dan ipar duai serta birasnya datang ziarah rumah kami di Putrajaya....janjinya petang......tapi ..dalam jam 11.30 pagi mereka sampai. Kata Imah petang nak balik Perak.....Kak Dah kelam kabut sikit.....Ipah kan ada hehehe....Jadi Ipah tolong buat air dan goreng keropok..sementara Kak Dah siapkan lunch...kari untuk 4 org makan sudah jadi menu untuk 14 org....kangkong rebus , sambal belacan, masak air kobis, ikan dan ayam goreng....itu je yg sempat....sbb mereka nak balik awal. Bang Chik pun tak sempat nak jumpa...masa tu Bang Chik tengah meeting.... Bila bang Chik nak makan nasi,.....'Dah, awat gulai chayag....'

Kak Dah seronok tenguk Ahmad....kesana kemari ngan bola....tetiba nangis nak keropok...'Mad tak makan lagi'. Ipah rajin.....digorengnya lagi untuk Ahmad. Sudahnya ...sorang pun tak mahu tinggal duduk ngan kami masa cuti ni...tak seronok kata Ahmad....hehehe.


Kejap tadi SiBongsu called minta ambil barang2nya di hostel hari Ahad nanti......Poly mula bercuti pada 10.6.2008....sebulan. La ni tengah exam...

Nak renti ketuk abjad2....bila tunduk air mata dan air hidung meleleh.....nak masuk seminggu tak ilang2 lagi selesema....

3 comments:

Sharifah Hassan said...

Salam,

Tengah tunggu air tangan orang Putrajaya pulak buat moist chocolate cake!Jangan lupa masuk gambor bila jadi...

Pak Ngah: said...

:: salam... hubungan tiga penjuru dunia... Putrajaya... Bumi Hijau dan Taiping... ada cake & cendawan... emmm...

Sharifah Hassan said...

Salam,

Hahahah! Kebetulan...pada hari keluar beramai2 ke Taiping cari microwave, dapat call orang Putrajaya nak ke Pantai...bergegaslah balik!