Saturday, September 16, 2006
Kota Kinabalu, where i stay
Kak Dah sekeluarga berpindah ke Kota Kinabalu sejak setahun lalu. Mula-mula rasa jauh sangat dari kampung halaman, tapi sekarang dah ok sudah, sebab dengan MAS dan AirAsia, jarak bukan dalam batu atau kilometer lagi, tetapi dalam 2jam setengah sahaja.
Ini hari pertama Kak Dah memulakan blog ini, dengan bantuan abg. Dalam kesibukan urusan seharian rumahtangga, Kak akan curi-curi ruang masa untuk menulis satu dua perkara yang terlintas. Sekarang kurang sikit sibuk, berbanding 4, 5 tahun dulu masa dalam rumah ada 5 orang. Yang sulung dah berumahtangga, tinggal di Ipoh, insyaAllah hujung tahun ini, kak kena biasakan diri dengan panggilan nenek pulak. Yang ke2 sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Jadi sekarang tinggal 3 orang saja, kak, abg dan sibongsu yang sedang dalam tingkatan 5.
Kota Kinabalu sekarang sedang berkembang pesat. Rumah dibina disana sini. Entahlah siapa yang nak beli, yang dah siap tak berpenghuni pun, berlambak seperti di Petrajaya. Supermarket berpuluh-puluh. Siap kelak Borneo One, bersebelahan UMS tu, kak tak tau la. Pulangan pelaburan mereka tu yang berbillion ringgit, tentunya datang dari kita, termasuk kak, abg dan anak-anak dengan menyerahkan wang dari poket selepas membeli belah atau makam minum disana. Setidak-tidaknya dia orang ambil duit parking, seringgit dua. Entahla, dengan kenaikan harga petrol, laju benar wang ringgit keluar. Takut!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment