Wednesday, September 27, 2006

Radio Hitz FM; tiap-tiap pagi


Hantar sibongsu kesekolah dah jadi lebih dari rutin harian. Macam automatik...... Celik-celik mata saja, dari Isnin sampai Jumaat, tau dah, jam 6.00 pagi kena start kereta bawa sibongsu kesekolah. Turunkan dia disekolah, patah balik, dan sampailah rumah lebih kurang 7.00 pagi, lepas panjat 88 biji anak tangga .


Dalam kereta tu ada radio dan stesen radio hitz FM sedia terpasang, tak tukar-tukar channel, ingat dekat setahun dah. Tiap-tiap pagi dengar la celoteh Rudy and JJ mengenakan orang. Dah habis kenakan orang, secara chorus ke2 mereka jerit "gotcha!!". Itulah jenaka yang kami dengar tiap-tiap pagi. Ada orang kata jenaka ni, ringankan beban2 dibahu, cairkan minda yang membeku, dan lembutkan hati keras macam batu.

No comments: