Thursday, September 28, 2006

BAM DATES; Kurma Madu Rotab






Abg baru-baru ni beli dua tiga kotak buah kurma untuk berbuka puasa. Kak cuba catit disini semua perkataan yang ada pada kotak tersebut;









Bahagian atas kotak
BAM DATES
KURMA MADU ROTAB
AL-Safa
Keep Cool & Dry
Net: 600g+- 50g when packed
Cop Halal Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
Sebelah tepi sini kotak
Diimport/Diedar:
SAG,Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn. Bhd. 29&29A Market Street, 10200 Penang, Malaysia.
Best Before: may 2007
6260478418224
Product of IRAN
Sebelah tepi sana kotak
Nutrition Facts per 100g
Calorie 676/163
Water 59.00g
carbohydrate 37.60g
Fiber 1.30g
dan banyak lagi lah......




Masa kecil dulu kak masih ingat lagi, jenis kurma yang kita semua makan untuk berbuka, yang kita beli dari kedai KM. Jenis ceduk pakai sudip, melekat-lekat, dan bubuh dalam kertas surat kabar saja. Sama caranya macam kita beli asam jawa dan asam katok!. Dan zaman tu, buah kurma hanya satu jenis saja, bungkus dalam kertas surat kabar, tiga kupang pun dah berlambak, dan kadang-kadang terlekat sekali dengan tali "gundi", rumput kering dari India atau Iran. Sedap kurma zaman itu melebihi dari zaman sekarang, walau la ni, kelihatan segak dengan pakej menarik.

Mengenai tulisan yang ada pada kotak kurma, abg ada satu cerita: Kononnya dulu ada kawan dia mati-mati kata roti yang dibeli dikantin sekolah bagus sebab orang melayu buat. Kawannya kata nama orang melayu yg tertulis diplastik roti tu ialah "THE BAKERY OF IPOH". Ye la, Bakery macam Bakri je.

2 comments:

Pak Ngah: said...

Bukan setakat buah korma dijadikan bahan berbuka yang sesekali dapat dirasa, tapi kenangan hantar menghantar juadah kepada arwah toksu, arwah maklang ba'yah dan makngah minah masih melintas di fikiran dan mencuit benak. Alfatihah kepada semua yang dah meninggalkan kita.

PakTeh said...

Adapun, kurma boleh ditanam di Malaysia. tapi untuk ia berbuah; syaratnya minimum mesti ada 2 pokok berdekatan; 1 jantan 1 betina. yg betina tu, lagi banyak pokok lagi bagus. bila tiba musim mayang kurma berbunga (lebih 5 tahun), ambil satu mayang bunga pokok kurma jantan, ketuk-ketuk sikit pada mayang bunga kurma pada pokok betina. proses pendebungaan berbantu lah ni. buat perkara yang sama untuk semua mayang pokok kurma betina. Insya Allah boleh berbuah (ikut fakta Jabatan Pertanian). sebab nak harap serangga bantu mendebungakan susah sikit, sebab bunga mayang kurma agak besar untuk diangkut ke sana sini oleh serangga spesis Malaysia..hehe.
Teringat pernah semai 7 biji kurma iran jenis (lupa).. di belakang rumah kuaters tu.. masa bulan puasa 2002, semua idup atas batas kecil. masa tu musim ujan & dingin (macam iran la kot). seronok tengok ia semakin membesar, pucuknya hijau meninggi 3-4 bilah. satu hari, lepas raya, jenguk belakang rumah lepas sekolah, ketujuh2 anak kurma putus kat pangkal. warghh.. pemesin rumput punya kerja. amatlah besar kefrustan saya kala itu.. arakian adanya.