Sunday, December 31, 2006

Kain Pelikat


Minta maaf le gambo paktam tak dapat tampal, sebab dalam koleksi tiada berkain, semuanye berpentelon saje.... saja bangcik tempek menempek....hehehe.

RAYA

Selamat Hari Raya Aidil Adha
dari kami sekeluarga
di Sabah

Saturday, December 30, 2006

Wajah-wajah di kenduri kahwin

AyahCho dan MakCho; selalunya AyahCho tuck-in baju melayu, tapi untuk hari kenduri buat stail johor sebab panas dan saja bagi poket ternganga!
Tok Tan (atuk pengantin lelaki, sebelah abahnye) dan TokChu (adik Opah). Kedua-dua berketayap putih.
(Pengantin tak kenyang...yang lain kenyang!) ; AbgnGah dan siBongsu .............................................
(Along anak MakUda Roslina ......... dan Yong Ya anak MakYang Zam ...... ....... ........ ....... ........ ........ ...............)
(Tok nDak Norsiah; org sarawak ingat lagi?)
(Kakak dan MakTeh)
(Aman dan Jalilah)
(Kina bertudung oren tengah khatam quran)
(Awie anak kedua AyahCik Baha)
(KakDah nolong-nolong)
(Aiman )
(buka hadiah tetap dengan suspennya untuk anak-anak.)
(Aiman mengajuk MaknDah Intan yg sarat)
(tak tau apa cerita ayah cho sebenarnya)



Selamat pengantin baru untuk EGI.

Beberapa foto semasa perkahwinan EGI dan Rafidah di Kampung Maran dan Kampung Sitiawan baru-baru ini.





KakDah bantu EGI kenakan samping di Surau Kg Maran



(di Kampung Maran)

di Kampung Maran
di Kampung Sitiawan

kedua-dua besan




AbgNgah dan siBongsu dapat panggu.


3 beradik anak MakUda; along, wani dan kah
Rebana; muzik rakyat orang Kg Sitiawan.

KakDah dengan rebana.

Monday, December 18, 2006

Khas untuk AMAN!!

Message yang diterima pada 18-Dec-2006 jam 16:17:43,

"Alhamdulillah. Bru slsai 4 x akad. Nak kluar blik dah. Aman tgl d chuping."

Tahniah Aman, moga dicucuri rahmat sepanjang hayat. Apa-apa pun jangan lupa Mak, Abah dan adik beradik yang lain.

Dari Mak Lang, dan Pak Lang.

Kehilangan....

A very sad day. Life is always brittle and you never know when is your turn.



Old age, sickness, accidents etc are just full stops (.) to the cycle of life. Just be thankful with what we have, be gracious, and share joy and sorrow with the many. May our life be blessed.



Seorang pelajar lemas baru-baru ini. KakDah dan Abang Cik sempat turun ke Masjid dan tunggu hingga van bergerak. Ramai juga dari PKK; staf dan pelajar. Ramai juga sanak saudara allahyarham ada disitu. Foto-foto berikut adalah disekitar Mimpian Jadi.

(written by abang chik)




Pos Bomba

Pos Polis

Resah dan sedih

Yang kecil belum mengerti erti kehilangan....


Saturday, December 16, 2006

Weekend apa nak buat ek?

Sabtu..., cerah-cerah tanah Bang Chik dah hilang dengan Katana set . Balik dari canada itu hari nampak macam nak cerah sikit..., hehehe..., lepas ni gelap macam asal le dengan aktiviti berjemur.

Lunch paling ringkas: nasi goreng, sup, dan ikan masin. Bang chik goreng nasi dan goreng ikan masin, Kak Dah buat sup je. Terima kasih le Bang chik, kerana sari dua ni, rajin menolong..... TQ very much.......!

Jengah lagi kami ke market filipina, ziarah kedai favourite; Hajjah Fauziah. Bertukar-tukar barang petang tadi, barter trade..., kami bagi duit, dia bagi crystal dan pearl!! Tadi ada seorang budak pompuan ingat dalam umur 5 tahun, ulang alik ikut lorong sempit dalam market filipina. Dia pakai eye shadow warna hijau, singlet hijau dan seluar pendek! Rasa-rasanye anak orang berniaga digerai tepi laut sana. Tenguk gaya ulang alik budak tu, mahu hari ni saja dia dah buat brisk=walking 10 Km.....

Kak Dah nak sambung menjahit...... hobi Kak Dah yang masih kekal... nak beria-ria sangat dengan gardening kita duduk di B-5-6. Setinggi-tinggi tempat!!

Friday, December 15, 2006

Jemu makan di kedai.

Empat hari dah sibongsu balik kampung. Selama itu juga lah, kami tingal berdua saja. Rutin pagi-pagi meronda ke Likas hantar sibongsu, terhenti seketika. Pagi jadi lengang.

12hb dan 13hb tempuh hari, langsung dapur tak berasap. Makan di luar je kami berdua, Kakdah dan Bangchik selama dua hari: pagi, tengah hari dan malam! Kalau ada arwah Ayah, komen yg sesuai mungkin begini "Berdua... Mmmmm... aku tenguk hang, hang tenguk aku .. lepas tu gelak kik kik kik!". Lepas dua hari makan di kedai , rasa JEMU dan tak mau dah.

Kakdah rasa rindu sangat dengan anak-anak..........

Wednesday, December 13, 2006

SiBongsu balik sendiri

Sibongsu travel alone on the 12th December
breakfast at the airport
As they say, a young bird will soon grow and fly

Tuesday, December 12, 2006

TAMU di Tuaran


Hampir tiap-tiap hari Ahad, Kakdah dan Bangcik akan ke Tuaran. Orang sini sebut pekan sari sebagai TAMU. Tamu di Tuaran sedikit moden, yang original seperti di Kota Belud lebih original lagi, siap dengan pondok2 kecilnya. ... Buat tatapan yang belum sampai sini....

Monday, December 11, 2006

2 minggu kebelakangan ni.............

29.11.06 - Kak Dah dan setiausaha Puspanita memenuhi jemputan Majlis Makan Malam Puspanita Sabah diHotel Promenade, macam biasa le ade ucapan, kareoke, makan2, poco2 dan pertunjukan fesyen yg digayakan oleh ajk2 tertinggi ..........kebaya dan kurung.......

3.12.o6 - jemput Timbalan Pengarah Poly KK dan isterinye minum petang di rumah dan Fauzi di bawah turut di jemput. Kak Dah buat laksa asam, bubur kacang dan ade pula bubur pulut hitam yg diberi dek jiran rumah bawah. TP 1 ni baru ditukarkan ke KK dari Poly PD tapi isterinye tak ikut pindah kesini......sayang nak tinggal rumah, pokok2 bunganye, anak yang masih diting 4 dan Kuittho.....juga anak2 murid yg di didik dari tahun 4 ke 5 dan 6....nak tenguk hasil UPSR tahun depan katanye......TP 1 ni orang Tampin dan isterinye orang Parit...rancak le Kak Dah bergebang .....loghrat Perak.....diselang seli dengan loghrat Nogogri.....lebih senior dari Bang Chik......kalau tidak dia ni dulu menggantikan Bang Chik di STTJ.....ditolak...last dapat surat tukar ke KK...


4.12.06 - malam dihotel yang sama Kak Dah dan Bang Chik telah dijemput oleh 'delegasi PSA' bersama-sama mereka makan malam disitu. Mereka kesini bermesyuarat serta lawatan kerja....Pengarah nye sekarang ialah En Amir yang kahwin dengan Orang Putih tu.........dulu masa Kak Dah dan Bang Chik kahwin mereka ade datang ke Batu 51.....Kak Dah dan Bang Chik dapat le buah tangan dari mereka......tapi kami pergi dengan tangan kosong.....terlupa nak bawa cendera hati.........segan pun ade......

Semasa nak melangkah turun tangga nak ke jamuan tu, Yop sms katanye nak sambung belajar lg kat Matrik....boleh bawa lagi ni..........dah dapat result le tu.......kalau tidak sebelum tu sibuk....daftar nama on line nak ke UiTM.........risau....exam susah sangat......kita pun naik takut di buatnye.....Alhamdulillah ....syukur ke hadhrat Allah.

Sesekali gi jenguk Nor dibawah tenguk baby baru dan Kak Longnye yang kekadang jerit dari bawah memanggil Mak.........dan Atok.......


10.12.06 - DAPAT sms dari Man........semoga kerja baik ....ape yg sedang diuasahakannye menjadi.......Kakak juga sms minta link kan dia ke blog Kak Dah, udah beberapa minggu belajo baru berjaya....siap tampal gambo2 lagi.


Mansor biras Pah Ndak Yan yg tinggal di Kampung Subang tu anto sms.....katanye mereka sekeluarga sedang bercuti di KK ni, cadang nak ke Pulau Manukan tapi cuaca tak eluk......Bang Chik janji nak jumpa dia dibando........kemudian dia sms katanye nak gi jugak ke pulau tu. Malam baru kami pergi jumpa di hotelnye.....nak bawa kerumah tak muat kereta lagi pun jadual mereka ketat...bercuti sakan.....sampai KK hari Khamis dan hari Ahad baru bagi tahu dan hari Isnin udah nak balik.......lupa katanye.......yg kami ni udah di KK. Sempat juga mereka ke Kundasang dan Poring Sabtu lalu tp tak nampak gunung ,cuaca tak elok ..kabus. Sebelum tu mereka bercuti ke Kucing........siap guna pemandu van yg juga pemandu pelancung ereka........murah sikit kate nye.....
Pak nDak Yan dan Mak nDak Imah bila nak mari ?...
Orang Kg Melayu Subang dah sampai !!!!....................

11.12.06 - called Opah tanyekan keadaannye dan persiapan menerima cucu menantunye.....so far okey.....cerita Opah semalam ke Rumah Pak Ngah Chan jemput kenduri kemudian kerumah Aziah tapi tak de orang, lalu kad jemputan di tinggalkan kat rumah jirannye. Opah dan Mak Cho nak minta Aziah tolong jemput adik beradik yang lain.......akan disusuli dengan panggilan talipon nanti.....

Cerita Opah lagi: 22.12 malam nak buat kendhuri arwah, 23 pagi dalam jam 10 gitu nak pergi menganto ke Kati dan 24 menyambut menantu di rumah Opah. Siapa yg ade masa tu jemput le ke Kg Sitiawan bila2 mase je.....sambung Opah lg Projek Managernye Mak Yang...adik Kak Dah..Zam....Ibu bapa, Opah dan Atuk (sebelah Abg Cho) diminta mengenakan baju Melayu
siap ngan beg beso......menyambut tetamu. Kami yang lain2 ni tenguk2kan makanan dan melayan tetamu...Mak Ndak (Intan yg tengah sarat tu) ditugaskan ke paso beli bahan2 lauk pengantin ....tukang masaknye.... Kak Dah tak berani tanye......takut....nanti kena suruh......ape pun kerja yg nak diberikan nanti Kak Dah terima je le.......masa orang meeting dulu Kak Dah tak de.......Tapi Kak Dah udah boleh agak ape yg kena buat nanti.......Sambung Opah masa nak menganto nanti lelakinye pakai baju batik......jangan nampak macam boria udah le.....

Baru kejab tadi terima sms dari Ustazah Rahimah kata nye nak panggil meeting berkenaan Qurban dan Akikah mlm Rabu ni.......untuk raya haji nanti. Cadang nye nak ambil satu bahagian....

Kakak! nampak gayanye ..spaghetti tu lepas kendhuri Abg Egi.......cari bahan2nye ye..........termasuk 1 botol tomato paste-leggo's , 2 tin PREGO SOS SPAGHETTI- traditional-campbell's dan yg lain2nye.Kalau nak tunggu mama carikan mungkin tak sempat.Kita makan bersila di bawah macam yg ayah suka sambil pegang mangkok/pinggan sediakan tissue, kopi Hang Tuah tapi mama nak duduk di bangku.......sakit lutut le nak bangun...he...he..e dan siapa yang sukakan makanan tu bolehle joint sekali......ni Opah dan anak2 Mak Uda mesti suka, silap2 mama kena buat 2 kali.....sekali di Sitiawan dan sekali lagi di Ipoh atau P. Remis....Nak pajeri nenas tak.....tapi Yop tak de le pulak.....

Stop kat sini dulu nak masak nanti ayah nak balik makan.....lupa nak cerita masa kemas kabinet dapur terjumpa 2 ketul laksa mee ape lagi.....balas dendam le kami 2 hari berturut2.....laksa mee...lunch , dinner dan sarapan......semuanye laksa mee......

Sunday, December 10, 2006

Google Earth: Bungalow Pak nDak Yan


Baru-baru ini, belek google earth, zoom in kat Pantai Remis dan nampak dengan jelas rumah Pak nDak Yan. Kelapa sawit kat belakang rumah pun nampak. Tapi ayam, kucing, itik angsa ayam piru dan pokok cili tak nampak!! .....hehehe.... Ada masa nanti nak trace rumah di Sri Iskandar, tempat menetap lepas abang chik pencen esuk.

Sibongsu cuti sekarang ne, jadi dia le tunjuk-tunjuk benda-benda tu.

Selamat Bercuti semua ....

Sunday, December 03, 2006

BANJIR?

208 Penduduk Kampung Dipindah Akibat Banjir Di Pantai Remis


IPOH, 30 Nov (Bernama) -- Seramai 208 penduduk Kampung Padang Serai, Pantai Remis, 120 km dari sini, dipindahkan semalam akibat banjir berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.Jurucakap Bilik Gerakan berkata kesemua mereka daripada 53 keluarga itu kini ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Remis.Air naik sedalam satu meter akibat hujan lebat disertakan limpahan dari Sungai Rotan dan Sungai Beruas yang berhampiran.Jurucakap itu berkata belum ada tanda-tanda air akan surut berikutan hujan yang turun pada sebelah petang.

Friday, December 01, 2006

Menyusur usia.

( Kepada sedara mara, anak siapakah ini? ..... )
Azilah
Ada PakLang maklumkan, menerima sms dari Ilah tentang akad nikah Aman pada 18hb disember ini. Kemudian disusul pula dengan telefon dari Mak Long. Nampaknya setakat ini jadual balik kampung ialah 22hb dis - 29hb dis. . Kalau tarikh balik tu kekal, nampaknya tak dapatlah kami menyertai rombongan. Apa-apa pun kami doakan semua rancangan dapat berjalan lancar. Untuk Mak Long dan Pak Long, selamat menerima menantu pertama, dan bertambah lagilah ahli keluarga kita. Kenduri bulan 2 tahun depan, insyallah akan diikhtiarkan untuk bersama-sama disana, harap-harap dimaklumkan awal-awal tarikhnya.
Salam dari Mak Lang, Pak Lang dan Adik Wan.