Friday, December 01, 2006

Menyusur usia.

( Kepada sedara mara, anak siapakah ini? ..... )
Azilah
Ada PakLang maklumkan, menerima sms dari Ilah tentang akad nikah Aman pada 18hb disember ini. Kemudian disusul pula dengan telefon dari Mak Long. Nampaknya setakat ini jadual balik kampung ialah 22hb dis - 29hb dis. . Kalau tarikh balik tu kekal, nampaknya tak dapatlah kami menyertai rombongan. Apa-apa pun kami doakan semua rancangan dapat berjalan lancar. Untuk Mak Long dan Pak Long, selamat menerima menantu pertama, dan bertambah lagilah ahli keluarga kita. Kenduri bulan 2 tahun depan, insyallah akan diikhtiarkan untuk bersama-sama disana, harap-harap dimaklumkan awal-awal tarikhnya.
Salam dari Mak Lang, Pak Lang dan Adik Wan.

1 comment:

Pak Ngah: said...

Masa balik ke Pantai (30/11-1/12/06) selepas mesyuarat di Pangkor (27-30/11/06), nampaknya tarikh tu semacam kekal je. Kak dan Abg Mail mengesahkannya. Pak Teh kata ketika tu, dia ada mesyuarat penting. Pak Ndak pula kata nak buat IC si Nur Afifah..tapi kalau pihak Jab. Pendaftaran Negara dapat bertolak ansur..dapat le ikut sama. Orang Kluang, Sabah dan Sarawak..nampaknya awal2 lagi beritau tak dapat nak bersama2.

Namun, Abg Mail kata..sekurang2nya 2 buah van dan sebuah kereta (Ilah) akan menuju ke Felda Chuping nanti.

Insyaallah.. apa yang dirancang tu berjalan dengan lancar.