Sunday, December 03, 2006

BANJIR?

208 Penduduk Kampung Dipindah Akibat Banjir Di Pantai Remis


IPOH, 30 Nov (Bernama) -- Seramai 208 penduduk Kampung Padang Serai, Pantai Remis, 120 km dari sini, dipindahkan semalam akibat banjir berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.Jurucakap Bilik Gerakan berkata kesemua mereka daripada 53 keluarga itu kini ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Remis.Air naik sedalam satu meter akibat hujan lebat disertakan limpahan dari Sungai Rotan dan Sungai Beruas yang berhampiran.Jurucakap itu berkata belum ada tanda-tanda air akan surut berikutan hujan yang turun pada sebelah petang.

3 comments:

Pak Ngah said...

Namun...Mak Teh masih mampu mengharungi air separas bumper KIAnya ketika dalam perjalanan dari Pantai Remis ke SMK Raja Shahriman (BRUAS)untuk menyempurnakan tugas Ketua Penyelia peperiksaan.

Farah said...

"Minggu lepas kakak balik kampung, air dah surut tapi masih lagi penduduk kampung tinggal di pusat penempatan sementara di Sekolah Agama Rakyat Kampung tersebut. Apa yang sedihnya habis bau lumpur satu kampung

KakDah said...

Sini pun ada bau jugak. Tapi sekali sekala saja, tenguk la arah mana angin tu datang..... ada ternakan dekat bukit sana!