Friday, December 15, 2006

Jemu makan di kedai.

Empat hari dah sibongsu balik kampung. Selama itu juga lah, kami tingal berdua saja. Rutin pagi-pagi meronda ke Likas hantar sibongsu, terhenti seketika. Pagi jadi lengang.

12hb dan 13hb tempuh hari, langsung dapur tak berasap. Makan di luar je kami berdua, Kakdah dan Bangchik selama dua hari: pagi, tengah hari dan malam! Kalau ada arwah Ayah, komen yg sesuai mungkin begini "Berdua... Mmmmm... aku tenguk hang, hang tenguk aku .. lepas tu gelak kik kik kik!". Lepas dua hari makan di kedai , rasa JEMU dan tak mau dah.

Kakdah rasa rindu sangat dengan anak-anak..........

1 comment:

Pak Ngah said...

:: Di akhir usia tua kita begitu le jadinya. Tinggal berdua je. Sorang duduk di pintu depan, sorang lagi di pintu dapur. Anak2 akan berkeluarga akhirnya (jika ada jodoh) dan akan membina hidup berkeluarga di rumah masing2. Jika ada kelapangan dan terbuka pintu
hati masing2 untuk menjengok
"orang tua" yang semakin tua..riuh rendah le rumah kita nanti.

:: Masa sebegitu akan datang juga nanti...dan kita perlu tabah menghadapinya.

:: Sebab itu le...kadang2 ada yang sanggup "jaga" cucu...supaya tak sunyi sangat.