Hari Ahad. Tiga-tiga kami dirumah saja. Tengah hari sikit baru ke Indah permai. Beli barang sikit dekat Giant. Sampai situ terus hantar kereta untuk washing, habis shopping tunggu lagi tepi kereta. Basuh kereta RM10 dan shopping RM74.54. Harga barang pun melonjak naik tanpa rasa belas.
Ada beberapa foto sekitar IP:- (Gerai depan Giant, sudah tak beroperasi buat beberapa bulan. Tak tahu sebab apa)
Ada nampak 2, 3 orang sedang bersihkan gerai air depan giant. Macam operasinya nak disambung semula
pandangan depan giant menghala ke kanan sikit.
kompleks kedai baru IP. di hujungnya ada car - wash .
sudah dibasuh, letak diluar biar kering. Agaknya la.
ada macam pondok kecil tepi tu. Nampak cara budak-budak keluar masuk, seolah pondok itu jadi tempat tinggal.
kerenah budak-budak tu mencuit hati. Mungkin anak2 pekerja car wash.
1 comment:
BERSAWANG: nampaknya blog kak dah udah dicuci semula...pelbagai halangan akan ditempuhi demi minat sendiri....apa2pun, semakin menarik pengisiannya! TAHNIAH. Sekurang2nya, semakin banyak aktiviti2 seharian yang menarik. Kutiplah semula setelah, kebanyakannya ditinggalkan sejak dulu. Kini anak2 dah besau (kata orang melaka), banyak le masa untuk diisi demi kepuasan kendiri!.. It's very important!
Post a Comment