Sunday, August 10, 2008

Kak Dah dah sampai Kepala Batas.

Minggu lepas, Kak Dah mengekur lagi.... Kali ni ke utara Malaysia. Bangchik ada hal di Seberang Perai. Kami lajak terus ke Kepala Batas, kemudian Bangchik patah balik keSeberang Perai dengan urusan dia.

Masa lepas sikit Butterworth, kami nampak signboard "Kepala Batas", kemudian Bangchik ambik exit highway.... hehe ... kemudian masuk balik highway menuju ke Kepala Batas Kedah!! .. Bayar tol kat Hutan Kampung. Kemudian lajak lagi sampai tertulis Kepala Batas. Dulu kakak kata "kalau sampai ke Jitra, tu maknanya dah terlajak"

Masa dekat nak sampai exit Kepala Batas Kedah, telefon kakak, katanya "mama keluaq highway, jumpa simpang tiga beluk kanan, jalan lagi, ada masjid besaq belah kanan, ada traffic light, mama beluk kanan kemudian cepat-cepat beluk kiri..... jalan lagi jumpa simpang tiga, ambik kampung naga... jumpa bendang... jumpa kampung.... jumpa bendang.... jumpa taman kami"

Bangchik kata boleh kot dengan panduan jalan kakak tu.... tapi sampai dekat masjid, Bangchik renti kereta, nak beli goreng keledek. Penjual tu kata "Lepas traffic light, PakLong lalu celah-celah pasar malam tu......."

Orang Kepala Batas tak kata "Pakchik" tapi "PakLong!!".

Nanti KakDah sambung lagi....... nak makan kejap.

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... dia nak panggil TOKLONG tak sampai hati kot...

Sharifah Hassan said...

Salam...

Atau nak panggil pakcik..terasa pula dia lebih tua dari si paklong tu...

bangchik said...

Dia nak beramah... layan pelanggan goreng keledek(keledek goreng?)...tapi paklong ada dinenering!!... haha

PakTeh said...

salam.. kira panggil paklong tu ok la.. yang susah kalau dia panggil yop atau awang saja. memang boleh jadi muda belia balik.