Monday, October 02, 2006

Belum habis puasa dah teringat RAYA.




Nampak gayanya, tahun ini, kami sekeluarga akan beraya di Kota Kinabalu saja, di apartment B-5-6. Angka 5 tu maksudnya tingkat 5 dari paras bumi. Paya Bakau di belakang apartment, mampu memutar nostalgia mengenai asas-asas kehidupan iaitu:-
Apa itu Lokan
Apa itu bakau
Apa itu buah berus
Apa itu kayu api
Apa itu buah nipah
Apa itu kelebo'
apa itu tambo'

Berbalik kepada Raya tahun ni, confirmlah kami beraya di Kota Kinabalu . Janganlah tanya sangat tentang persiapan-persiapan, baik kueh mahupun baju. Buat sedih saja... Ini bukan cerita beraya di Thailand lagi, malah macam beraya di Mindanau.

Yop akan balik dari Labuan dari 22hb hingga 26hb oktober. Kakak pulak akan berkisar di Sg Wangi, Pantai dan Ipoh la. Dengar cerita kakak sibuk menyusun lampin, barut, bantal kecil, tilam kecil... senang katanya kalau apa-apa hal. Sibongsu pula akan ambil SPM tahun ni.

Entahlah, Abg Chik balik kerja tadi sibuk bercerita, orang putrajaya minta faks muka depan passport antarabangsa. Canada kot katanya, 4hb hingga 17hb November. Apa-apa pun KakDah tetap disini, setia dengan apartment B-5-6, dengan latihan mendaki 88 biji anak tangga saban hari, pagi, tengahari dan petang. Apa KakDah nak komplen, kan kita jadi permaiSURI RUMAH sepenuh masa.....

Berbuka tadi dengan nasi minyak yang lengkap. Bukan jenis tunjuk-tunjuk kat bazar ramadan, tapi sendiri tanak, kacau, tumis, ceduk dan hidang!!

Selamat Cekal Berpuasa dari kami bertiga.

5 comments:

Pak Ngah said...

Lokan kalau buat rendang pedas, huih mak datuk... sedap oi. Buah berus boleh buat lepat. Nak buang kulit, guna kaca botol dan buah berus letak di tapak kaki. Kalau nak cari lokan tu, kena le meranduk keleboq dan tamboq.

Raya di mana2pun sama. Solat sunat raya tetap sama, cuma kekadang tu memang le sedih, pilu dan sayu. Kami dah lali tentang tu.

Tahniah awal kami ucapkan kepada sesiapa le yang nak dpt naik pangkat... jadi tok @ tokwan @ opah. Kami, nampaknya mcm lambat lagi.

Hai.. ke Kanada pulak ka, bakal tokwan oi. Kami cuma nak tunggu tengok gambar2 kenangan tu nanti. Selamat pergi dan kembali.

Sehari semalam: 88 x 2 (pagi) x 2 (tghari) x 2 (ptg) = ????
... senaman percuma... alhamdulillah... sihat walafiat... tapi anak2 penakan kata, "pasai apa paklang tu nampak makin montel? Dia tak guna tangga kut, pakai lift"

KakDah said...

Disini pun ada jual lokan. Tapi apa nak buat aii, RM10 untuk 12. Saja nak tanya sesapa yang pakar bahasa, lokan ni kita nak sebut 12 ekor ka atau 12 biji?

azlanlin said...

PENJODOH BILANGAN :
lihat pada spesis, usah terlalu terikat dgn rupa bentuk.... sama gak ngan kepah....hehehe

Pak Ngah said...

Sebut le apa pun, yang penting orang yang dengar dan yang nak jual tu paham. Senangkan? Nak guna biji boleh.. nak guna buah boleh.. nak guna ketoi pun boleh... tapi.. ye le... cuma orang gelak le kat kita.. sebab orang tu tau yang kita ni memang tak tau penjodoh bilangan. Susah2 sangat tunjuk je kat lokan tu dan katakan "berapa harga lokan tu?".

Bila tersebut ketoi tu.. terlintas di fikiran kepada tok penakan yang rumahnya kira2 sejengkal je dari rumah arwah mak dan ayah.. iaitu arwah Tok Mat Ali Ketoi Arang.. Alfatihah kepada sedara mara dan kaum muslimin dan muslimat yang dah mendahului kita... Amin.

KakDah said...

abc