Saturday, December 16, 2006

Weekend apa nak buat ek?

Sabtu..., cerah-cerah tanah Bang Chik dah hilang dengan Katana set . Balik dari canada itu hari nampak macam nak cerah sikit..., hehehe..., lepas ni gelap macam asal le dengan aktiviti berjemur.

Lunch paling ringkas: nasi goreng, sup, dan ikan masin. Bang chik goreng nasi dan goreng ikan masin, Kak Dah buat sup je. Terima kasih le Bang chik, kerana sari dua ni, rajin menolong..... TQ very much.......!

Jengah lagi kami ke market filipina, ziarah kedai favourite; Hajjah Fauziah. Bertukar-tukar barang petang tadi, barter trade..., kami bagi duit, dia bagi crystal dan pearl!! Tadi ada seorang budak pompuan ingat dalam umur 5 tahun, ulang alik ikut lorong sempit dalam market filipina. Dia pakai eye shadow warna hijau, singlet hijau dan seluar pendek! Rasa-rasanye anak orang berniaga digerai tepi laut sana. Tenguk gaya ulang alik budak tu, mahu hari ni saja dia dah buat brisk=walking 10 Km.....

Kak Dah nak sambung menjahit...... hobi Kak Dah yang masih kekal... nak beria-ria sangat dengan gardening kita duduk di B-5-6. Setinggi-tinggi tempat!!

2 comments:

Pak Ngah: said...

::Mak Ngah kata:...memborong sakan le tu...ye le...cenderahati kenangan untuk nak dibawa balik ujung disember ni.

Zuraidah said...

Kak Dah beli hadiah untuk hadiahkan kepada pasangan pengantin-baru, ada 3 jemputan yang menanti. Sebelum balik ke kg, ada yang pesan barang 2...mujur le depa masukkan pulus kedalam account.Tak ambil untung pun......kira adik beradik....he..he...Beli pada yang memesan saje........