Friday, January 26, 2007

Apa yang Kak Dah rasa, dalam sari dua.

Hari ini abang chik sibuk telefon sana sini. ... KakDah tahu juga pokok cerita .. Apapun tahniah la. KakDah sebut tahniah kenangkan keluh kesah abang chik menyiapkan assignment tempuh hari. Masa tu nak tolong pun tak tahu, lagipun orang tak minta tolong ,,,,,,, Tapi yang kak dah tolong ialah tolong bancuh kopi. Kopi Revell yang abang chik beli dengan stockist masih dalam kotak, belum berbuka! ...Nampak tadi abang chik nyembang lama jugak dengan PakNgah. KakDah faham sikit-sikit je.

Itu hari ada Yop kata ... Yop tak akan kecil hati dan rasa apa-apa .. Yop tak kisah ... Yop rasa lebih baik Ma belikan kereta untuk adik ..... sebab motosikal rasanya lebih bahaya ... Yop sendiri pun takut, bila membonceng dengan kawan. KAKDAH TERDIAM DAN TERLOPONG!! Entahlah..., si Abang nampaknya cuba memberi pandangan terhadap rengekan si adik nak kan motosikal. Setakat ni Kak Dah masih berjaya dengan jawapan yang standard "Dapatkan lesen kemudian pi bincang dengan ayah".

Hari pertama sibongsu kerja.
Nampak OK je. KakDah hantar dan ambik. Rasanya gaji dia esuk lepas le kos petrol pergi balik nganto ..... Ingat hati biarla dia rasa tanggungjawab dan komitmen disebalik kerja. Harap-harap dia mengerti erti kerja, hidup, berjimat dan bersyukur.... Suatu masa dulu, masa bulan puasa, dia ada belikan Laksa untuk KakDah, buah melaka untuk yop dengan duit belanja sekolahnya tanpa diminta...... Alhamdulillah. Dimasa-masa depan KakDah taktau le macam mana....

Menu hari ni ringkas je..... kari daging, sambal tumis ikan kembung, dan sayur. Itu le menu tengahari dan itu le menu malam! Tadi masa balik ambik sibongsu, singgah makan sate 4 beranak kami kat Anjung Selera dan beli 2 biji durian!!

KakDah teringat macam-macam dalam sari dua ni. Melihat anak-anak memanjat usia, dan perubahan-perubahan mereka dari setahun kesetahun, KakDah tahu, akan datang suatu masa nanti mereka akan terbang meninggalkan sarang dan kita terus berdoa kesejahteraan kehidupan mereka.

1 comment:

Pak Ngah: said...

:: Tahniah untuk TokWan kerana lulus PTK tu...dan rasa2nya kejayaan tu telahpun diraikan di Anjung Selera semalam. Alhamdulillah. Dengan bancuhan kopi yang "kaw-kaw" itulah sebenarnya yang menjadikan ide buat assignment tu datang mencurah2...ertinya ada jugalah sumbangan opahnya atas kejayaan itu.

:: Apa2pun kita sentiasa mengharap dan berdoa agar kehidupan kita dan anak2 kita serta keturunan kita sentiasa selamat sejahtera, dirahmati serta diberkati Allah....di dunia dan di akhirat. Amin....