Friday, January 26, 2007

Tenguk-tenguk jadual flight.

Hari ni Kak Dah membelek jadual flight di internet. Bukan untuk melancung pun..... Kut-kut dapat rasa makan gulai lembu ternakan sendiri di kawasan Kroh, di utara Perak dan kut-kut boleh dokong cucu Lynn.

Memang hari tu teruja sangat nak balik Perak. Sekarang ni pun hati masih melonjak. ..... Masih teruja...... Masih dan masih.

Yop anto adik dia pergi kerja hari ni. Kak Dah masak nasi beriani, kurma daging, masak sweet sour ikan putih, sayur kubis + kunyit + biji sawi. Kotak kopi Revell dibuka juga tgh ni dan nampak abang cik selesa je dengan kopi jenama baru ni....... Mmmmm.

Terkini: Abang cik beritahu butiran flight. Bertolak 8hb feb jam 7.00am, Balik 12hb feb jam 5.00pm. Terimakasih abang cik...

2 comments:

Pak Ngah said...

:: Sekarang ni teramat le banyak jenama tertentu untuk makanan dan minuman..."3 in 1"..."4 in 1"..."5 in 1"...

:: Sama le tu...."balik kampung + dukung cucu + makan gulai lembu + ............. + ............."

:: begitu le keluarga bahagia... saling memahami.

KakDah said...

Kopi Revell 3 in 1. Ada kopi, ada gula, ada susu....

Balik kampung ni KakDah sorang je. 1 in 1. Abang cik udah sibuk nelefon Kakak n Ramli minta bantu ambik dari Ipoh. Tenguk le macamana.....

Dari KLIA, ada bas TRITON terus ke Ipoh. Tambang RM42.00. Kalau miss yg 9.30am ada yg 12.30tghri.