Minat KakDah dengan politik setakat mengikuti perkembangan negara dan pemimpin-pemimpin yang ada.... Tidak lebih dari itu. Abang Cik pun cenderung.... tapi macam KakDah jugak. Kami selalu jugak bincang-bincang, cerita-cerita dan kupas-kupas. ... Anak-anak pun perasan aliran pemikiran kami berdua. .. Kadang-kadang mereka pun menyelit ... "Sebab apa Mama dengan Ayah suka sangat pemimpin sekian-sekian".
Dulu kami melekat depan TV tenguk perhimpunan agung UMNO, terutamanya ucapan gulung oleh Presiden. Yang baru lepas KakDah tenguk sorang-sorang je. Abang Cik ke Kanada masa tu... Tenguk sorang-sorang tak berapa seronok sebab takde regu untuk komen-mengomen.
KakDah sentiasa terpesona dengan pemimpin yang kita rasai ketekunan dan kesungguhan yang dipamirkan. Abang Cik pulak suka dengan pemimpin yang kelihatan cerdas dan tangkas melakar laluan negara untuk berpuluh-puluh tahun kedepan.
Setakat itu saja yang KakDah nak coretkan........
Saturday, January 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment