Sunday, January 07, 2007

Hari Ahad ke 2375...

Ini ada gambar cucu.... menantu anto email tadi..... malam baru KakDah boleh buka....









Hari ini Ahad muncul lagi. KakDah buat sedikit congak dan mendapati kesemuanya 2375 hari Ahad yang KakDah telah tempuhi dari kecil hingga sekarang. Belum pasti, berapa lagi hari Ahad yang akan muncul dalam hidup KakDah.... Pastinya selepas 2375 kali menempuhi Ahad, cucu baby pompuan akan berubah wajah, se tua KakDah juga.....
Hari ini, tiada api, bekalan putus. Kabarnya sekitar kawasan KKIP saja, kerana kerja pembaikan. Jadi selepas zohor, kami pergi shopping di Centre Point. Bukan beli ape pun.... DVD player je.... Tak sempat jalan dan belek puas-puas, kerana BangCik dah set time... "whatever, by 4pm, we go home".

............................................................... tengah test suara kot..............................................




3 comments:

Pak Ngah said...

:: Tahniah le...dah ada le nanti orang akan panggil Tokwan/opah.

:: Tok Teh Man ada hantar gambar2 cucu dll melalui MMS kat hp Ahmad Ashraaf (Anjang). Terima kasih le Tok Teh...

KakDah said...

Tq Tok Teh... dah terima gambo via Adik Wan. KakDah belum reti bab2 ni, walaupun handset Nokia jenis lipat tu boleh terima dan send gambo...

Dengo cerita farah dan ramli tengah pening kepala nak pilih nama, banyak sangat suggestions.

Ape-ape je la yang sesuai dan baik. Panjang-panjang sangat pun tak muat dalam IC nanti. Nak cari nama sependek LIN pun susah jugak.

Tapi ni nak cakap jugak... Opah Dah sarankan nama LYN SAZYANA atau LIN SAZYANA.. Tadi umminye sms nama NurElina Sazyana ok ke?..... apa-apa pun terpulang pada Ummi dan ayahnye la...

Sudahnye kita nak panggil Kakak atau Along je.......hehe.

Cikgu Azizul said...

tahniah buat farah dan ramli. waa, bila la nak ada bin azizul hakim ni.. hehehe