Wednesday, October 25, 2006

Hari Raya AidilFitri 2006.

Cerita sehari sebelum raya.

Selamat bertemu kembali, setelah berehat seketika dari menulis(bukan kerja-kerja lain ), kini Kak Dah kembali membuka cerita. Hari last puasa, Kak Dah masak nasi tomato, gulai kambin, ayam goreng dan siput sudu yang dimasak dengan kulitnye sekali (resepi Bang Cik), kesiankan Yop......selalu tanye Ma masak ape apabila dia called siBongsu.....dan siBongsu pula bom semacam......

Lepas solat Magrib, cadang nak berlunjur kaki kejab sementara tunggu Isyak kemudian nak kedapur semula masak rendang pedas. Mobile phone Kak Dah dan Bang Cik tak henti2 berlagu dengan ucapan dan sms Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin , antara yang kami terima sms berbunyi begini "Apa kata kami kerumah pengarah bertakbir raya dan terus buat tahlil".Terpempan sekejab sambil mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadrat Allah......tanpa disangka begitulah rahmat Allah......Katanye nak sampai jam 8.30mlm.

Bang Chik dan anak-anak cepat-cepat bentang kapet dan menyusun atur perabut rumah supaya selesa kepada tetamu dan Kak Dah pula kedapur buat ape yang patut. Malam raya goreng keropok....Buatkan teh dan kopi serta masukkan biskut raya kedalam balang. Rupa-rupanya mereka sampai jam 8 mlm cepat 30 min. Nasib baik sempat. Bila takbir bergema dirumah secara live....tak tahu macammana nak digambarkan......Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka semua, semoga Allah memberkati anda semua.
Tamat cerita sehari sebelum raya.

Dalam minda KakDah memang ada macam-macam nak tulis mengenai Hari Raya tahun ini 2006. Nantila sari dua lagi, bila ada masa, dan mood raya pun reda. Semua gambar-gambar dalam post terdahulu, siBongsu yang snap, dia minat. Upload gambar dalam blog BangChik yang buat kerana KakDah belum mahir lagi, nantila sebulan dua kedepan, bolehla kut, nampak macam senang je BangChik click sana click sini.

Sekali lagi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
dari kami sekeluarga di Kota Kinabalu Sabah.

(Dengan jiran, staf dan beberapa orang yang lain buat takbir dan tahlil pada malam raya tempuh hari .............................)


(nanti sambung lagi.......)


KakDah





No comments: