Monday, October 09, 2006

Ke Canada...

Bang Chik nampaknya comfirm ke Canada dari 4.11.o6 hingga 18.11.o6 ni.Insyaallah. Jadinya tinggalle Kak Dah dan Sibongsu berdua, harap2 Yop balik ke KK sebaik sahaja habis peperiksaannye...Bukan apa kesian kat Sibongsu.....Hari pertama ambil exam nanti ayahnya dalam perjalanan pulang dari Canada ke KK. Doakan yang pergi selamat sampai dan selamat pulang kepangkuan keluarga.

Kalau tiada aral melintang kami akan balik kampung sekitar 22.12.06 hingga 31.12.06 atau 1.1.07 nanti. Disini Kak Dah menjemput sedara mara di Nenering, Sarawak, Bumi Hijau, Pantai Remis, Sg Batu dan Keluang ke Kg Sitiawan kat rumah Opah kerana ada majlis kendhuri kahwin anak buah Kak Dah (anak Kak Cho- Suri) pada 24 dan 25.12.06.-maaf Kak Dah terlupa tarikh yang tepat(nanti akan diberitahu). Dikampung nanti kami patah kaki.......asyik menumpang kereta je le......Kesian kami ye....

Kak Dah berhenti disini dulu, nak potong baju raya.... sambung balik yang terhenti tadi.....
Assalammualaikum,
Kak Dah.

1 comment:

azlanlin said...

Alhamdulillah..semoga bangcik selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair. arap2 dapat le dipostkan gambar2nya kat sini nanti..

tahniah...semakin banyak dan cun gambar2 yang diletakkan dlm blog kak dah, siap edit lagi... hebattt...uiiii bangganya bila dilihat perkembangan mutakhir berkaitan kemahiran ict kak dah.