Masa berbuka semalam adik cakap calculatornya hilang. Sudah 3 kali tahun ni calculatornya hilang.Samaada dikebas atau tersalah letak Kak Dah tak tahule. Dia minta duit nak beli masa balik sekolah nanti. Minggu ni trial exam SPM, kalau balik sekolah pi bandar kemudian balik rumah mahu jam 6 petang baru sampai. Buka puasa disini jam 6.11 pm. Letihnye tak tau nak cakaple nanti. Lepas tu macammana nak ulangkaji.......
Semalam masa Bang Cik hantaq Iwan kesekolah Kak Dah pesan isikan minyak, Bang Cik kata minyak ada lagi.Petang, Kak Dah jemput Iwan dari sekolah, masa nak balik tu tenguk minyak udah...............Dalam hati ada sedikit geram sebab duit tinggal mangga tu la, ingat nak beli barang dapur sikit... tu la tu...Bang Cik pula bila nak guna duit baru pi withdraw. Adui....bank pulak takla dekat...Pak Ngah tau la berapa jauhnya dari rumah kebandar.
Terima kasihla bebanyak kepada Pak Ngah dan Pak Tam sebab memberi semangat dan galakkan untuk berpersatuan, sebenarnya Kak Dah sudah pi meeting dan bengkel belanjawan sebanyak 2 kali dah. Nun diKL. Dapat duduk seorang satu bilik lagi tapi bila malam ajak kawan teman tidoq, takut. Adala 2 malam 3 hari diKL. Tapi tula Bang Cik asyik talipon tanya bawang kat mana dan banyaklah lagi kat mananya...
Kepada Pak Ngah dan Bang Cik begitulah rencah kehidupan....membuatkan kita lebih matang dalam menghadapi dunia hari ini....Pengalaman itu adalah pedoman untuk hari esuk. Bila Bang Cik cerita hal Pak Tam kecik dulu....Yop dan adik cakap, biasala ayah, bongsukan.......Begitula adanya.
Wednesday, October 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
:::: Bang Cik kata minyak ada lagi.
:::: Bang Cik pula bila nak guna duit baru pi withdraw.
Apabila permaiSURI berkata-kata, hmmm.... tercucuk kalbu...
Sebagai ketua keluarga..biasanya punya tugas rasmi di pejabat dan tugas rasmi dlm keluarga. Kekadang kedua2 tugas tu bercampur baur dan bertindan tindih. Kekadang bebanan tugas di pejabat menjadikan ada masa dan ketikanya kita terlepas pandang terhadap sesuatu hal atau perkara..menjadikan permaiSURI kita memendam rasa dan termengkelan.
Namun, dengan adanya sikap dan semangat saling bertolakansur, bekerjasama, saling memahami dan saling mengerti antara ahli keluarga yang dijadikan amalan selama ini, insyaAllah banyak masalah, kerumitan dan kekusutan dapat diurai, dirungkai dan diatasi.
Selalunya...keheningan, ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan kita berumahtangga mampu dijelmakan bilamana dua jasad berpadu seolah2 punya hanya satu nyawa...saling lengkap melengkapi.
Post a Comment