Friday, October 20, 2006

Kenangan

Semalam rindu dengan kenangan silam, cari cd Kakak Farah wedding, jadi layan diri masa dua tahun dulu.....Maka nampakle geng-geng di STTJ, tetamu-tetamu yang datang merupakan kenalan Kak Dah dan Bang Cik juga adik beradik yang lain terubatle juga hati ni.

Dalam bulan yang mulia ini dan Syawal yang kian menjelma......apabila melihat gambar-gambar Opah dan ALmarhum Tok Ayah beserta dengan terdengar suara-suara mereka aduh....Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya....

Kalau dulu sebelum balik kampung Kak Dah dan Bang Cik sibuk mencari dan memilih buah tangan untuk Arwah Mak Bt. 51, Arwah Tok Ayah dan kini untuk Opah sahaja......
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Arwah Ayah, Arwah Mak dan Arwah Tok Ayah dimana ketika mereka menghembuskan nafas terakhir kami tiada disisi.

Semalam Kakak Farah kata nak buat Biskut Candy Mary tapi tak tahu resepi, kalau dekat bolehle Kak Dah buatkan. Ini udah jauh nampaknye cuma boleh emailkan resepinye saja. Kesian pula.... itule hati mak....
Kalau nak dipos bila sampai alamat belengasle...silap-silap tak boleh makan.

Kepada Pak Tam yang hantar email via sms tu pasai biskut raya..............takut hancur bila sampai Kluang nanti. Tu yang jemput datang beramai-ramai beraya ke KK nih.

Ok, Kak Dah stop kat sini dulu, nak masak kari kepala ikan atas permintaan Bang Cik dan mesti lengkap dengan bendi, tomato, cili belah dua, sambal belacan, ikan goreng, toge goreng dan pastinye SiBongsu monyok kerana dia tak berapa suka kari....dan air masih tak ade lagi....kalut...

Kak Dah.

4 comments:

Cikgu Azizul said...

akim salute ngan maklang pasal macam paktam kata, semakin hari semakin menguasai ilmu IT. kalu xde blog maklang, sure lagi taktau le perkembangan orang 'sabahan'. pesan kat iwan, study betui2.. insyaallah, keluarga di nenering sentiasa mendoakan kejayaan iwan. nak tanya, yob la masuk form 6 @ kat kolej?

azlanlin said...

cd farah akan cuba paktam bikin yang baru... bagi nampak real sikit.. itupun kalu ada kelapangan d hujung cuti bulan 12 nanti..

Pak Ngah said...

Laungan takbir dari siaran RTM, masjid dan surau sempena Aidil Fitri (24.10.2006: Selasa)sentiasa menjadikan hati kita mudah sayu, pilu dan mudah tersentuh hati nurani. Diharap Pak Lang, Mak Lang, Yob dan Iwan berjaya melalui detik2 itu.

Pak Ngah dah semacam lali melalui semua itu. Namun, sejak akhir2 ini, hati mudah tersentuh dan suatu macam perasaan penuh kehibaan cepat menyelinap ke dalam diri...bilamana teringatkan arwah ayah dan arwah mak...mungkin inilah yang dikatakan hati "orang tua" bilamana semakin menghampiri usia 52 tahun pada Disember nanti.

KakDah said...

BangChik sambil sembang-sembang tadi ada tanya "Ya ka Pak Ngah dah 52?... Rambut hitam banyak lagi la". BangChik bergurau ke apa ke KakDah tau.... Masa BangChik kata tu, dia ada gelak-gelak sikit. Dia gurau kut gamaknya.