Sunday, October 22, 2006

Selamat Hari Lahir.

(ADIDAS: Ayahnye nak bergaya ke negara daun maple)
(Birthday flowers Ayahnye)





Selamat Hari Lahir kepada Bang Chik yang ke..........
semoga panjang umur,
dilimpahi rezeki yang halal, rumahtangga yang dipenuhi dengan kasih sayang dan hidup aman damai hingga keakhirat. Pada 22.10.1957 yang lalu Abang Chik telah lahir kedunia, terima kasih kepada Almarhum Ayah dan Allahyarhamah Mak yang telah membesarkan dan mendidik Bang Chik dengan susah payah hinggalah menjadi seorang insan yang baik didunia ini.

Petang tadi pergi ambil Yop dipelabuhan,
kami berbuka di pelabuhan saja dan terus solat disitu. Pelabuhan kian cantik dan kemas. Sebelum tu Bang Chik, Kak Dah dan Sibongsu gi window shopping kat Center Point nak intai2 kamera (yg lama udah rosak) cadang nak terus beli tapi Bang Chik kata ambil Yop dulu boleh bincang...Sibongsu kata kalau boleh ayah tu nak bawa kakak dan tanya kakak sama....Kak Dah tergelak besar kerana kami udah biasa begitu....mesti tanya semua anak-anak.....
Terlupa yang kakak sudah punya kehidupannye sendiri..

Nampak Bang Chik ceria...
mana tidak anak seorang lagi sudah ada didepan mata sambil tu kakak masih dalam ingatan. Ada dua cadangan samaada nak ambil videocam atau camera, nampak Bang Chik berat nak ambil videocam tu tapi kata Yop dan Bongsu lebih baik ambil digital camera.....jadi yang second tu menjadi pilihan. Jalan-jalan jumpa kedai kasut, Bang Chik kata nak beli kasut ala-ala Fung Kiung, anak-anak punya pasai capai Adidas... nak guna di Canada sebab masa tu nanti winter.

Sebelum keluar kebandar tadi,
kawan Bang Chik hanto siput sudu yang Bang Chik minta 3 ikat tapi dihantonya 5 ikat, kecut dan pedih tangan kami dibuatnye sampai sekarang tak habis lagi rasa....., minta 3 ekor ikan merah tapi diberinye 5 ekor dan tembikai 4 biji. Rezeki raya kalau ada orang datang beraya....

Rumah kami sudah bising semula
apabila adik dan abang sudah ada, ada je yang dicakap, dibincang tak habis- habis dan Bang Chik sudah kepejabat nak bereskan kerja mana yang patut sebelum berangkat.....dan cuti raya.

Kak Dah berhenti disini
dulu sebab nak pasang cangkuk langsir yang dibasuh 4 hari sudah boleh minta tolong Yop dan Bongsu gantungkan. Sibongsu tengah melaram sneakers Bang Chik.........

Ni , Kak Dah paparkan
jambangan bunga dan buah2 yang Bang Chik terima dari kawannye sebagai birthday wish dan kicks (istilah budak2 sekarang ni) yang baru dibeli tadi.
Gambar-gambar diambil dengan kamera yang baru beli tadi SONY DSC-N2.


Semoga bertemu lagi,
Kak Dah.

3 comments:

Pak Ngah: said...

Selamat hari jadi ke-49 untuk Pak Lang. Tahniah.Semoga terus berada dalam keadaan sihat, sejahtera, bahagia dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Nak anto jambangan bunga macam dalam gambo tu, rasa2nya tentu dah kecut miut bila tiba KK. Hehehe.

Tak lupa kami di KCH ni ucapkan selamat berangkat ke Kanada dan selamat kembali ke Malaysia nanti.

Alang kata...banyak le gambo kenangan yang cantik2 dari sana yang akan diambik dik Pak Lang dgn kamera SONY DSC-N2 tu nanti.

....selamat berpuasa bagi Ramadhan terakhir 2006 ni.

azlanlin said...

semoga semuanya selamat dilindungi dan dirahmati olehNya dalam semua tindakan yang dilakukan. Semoga panjang umur, mewah rezeki, peningkatan dalam kerjaya dan segalanya apa yang dilakukan seharian.

Cantik kasut tu... rasanya itu bukan pilihan bang chik sendiri... hehehhe.. Makin lama-makin "mengancam" le...hehehhe

Zuraidah said...

Rasanya BangChik pakai kasut adidas tu kejap je. Balik Kanada tentu dia sarok balik selipar semula macam biasa-biasa.