Monday, January 01, 2007

Raya Haji: hari kedua.

[ ][ ] - Korban dan Akikah di Kampung Karambunai Baru
Hampir semua staf disini balik kampung masing-masing untuk beraya, sebab sekarang ni tengah cuti. Ada la tinggal beberapa kerat. Korban dan Akikah turut dijalankan, bukan di poli, tapi di Kampung Karambunai Baru. Majlis ni juga berkait dengan usaha berapat dan berkenal dengan masyarakat sekitar. Majlisnya ringkas, sembelih kerbau, lapah, masak dan makan. Daging juga diagihkan untuk orang kami dan orang kampung. Jadi abang Chik pun kena la berucap dalam surau kampung tu........ Kak Dah sibuk didapur, nolong-nolong.....
PS (gambar ni di grabbed dari blog staf/rakan kami, dengan izin...hehe..tq en fauzi suami pn rokiah)

Dalam surau Kampung Karambunai Baru.
Bang Chik tengah sembang-sembang dengan Pengerusi JKK Kampung Batangan Baru dan Imam muda Kampung Karambunai Baru. Cerita hal-hal biasa saja........

Kak Dah nolong-nolong di dapur surau.....

Bang Chik serah cenderamata pada Ketua Kampung Karambunai Baru En Killi b Jaafar
Bang Chik kena berucap dalam surau... cakap-cakap biasa, terimakasih, nak bersedara, gitu gini..... (bukan ceramah politik/agama!!)
Sedikit cerita kampung karambunai baru:
Sebuah kampung tepi sungai dan tak jauh dari kuala. Tanah disitu berpasir, macam pantai remis jugak. Pokok janggus banyak. Pokok kemunting masih ada. Karambunai adalah sebuah daerah dibawah naungan kerajaan kesultanan brunei masa dulu, dan diketuai oleh seorang Pengeran.... Tapi dengan pembangunan pesat kawasan sekitar, masa depan kampung-kampung disini adalah mencabar...................

Antara nama-nama penting:

Ketua kampung karambunai baru: En Killi bin Jaafar
Tuan Imam: Tuan Hj Risin b Hj Diasin
Pengerusi JKK Kg Karambunai Baru: Awang Hashim b Awang Hassan
Pengerusi Surau: Mat Slee b Hj Kassim
Timb. Pengerusi JKK Kg Karambunai Baru: En Abd Rashid b Saidin
Ketua Kampung Batangan Baru: En Yahya Salleh
Pengerusi JKK Bantangan Baru: Awang Bongsu



1 comment:

Pak Ngah: said...

:: Alhamdulillah, demi mengeratkan silaturrahim dgn masyarakat setempat, di samping berkorban sempena Hari Raya Korban/Aidil Adha.

:: Kami cuma tumbangkan 2 ekor lembu je pada pagi semalam (1.1.2007). InsyaAllah akan menyusul dalam blog akan datang.