Sunday, January 28, 2007

Terkunci Dua Jam lewat Malam

Hari Sabtu semalam macam sabtu-sabtu yang lain... Boleh rileks sikit. ... siBongsu keletihan selepas 8 jam bekerja. Yop dirumah dengan kawan dia Shahril. Ayahnye turun kepadang awal-awal pagi. KakDah macam biasa ngurus dan buat apa yang patut.

Malam semalam ada dinner perpisahan untuk dua pegawai. Buatnye di Seafood Restaurant. Nelayan. Orang ngajak jadi KakDah ikut je .... Kereta Yop pakai untuk ambik kawan dia Azim kat Airport. Azim, orang Sarawak, kawasan Serian (rasanye la). Berkumpul kat KK le kirenye, untuk bertolak keLabuan sama-sama pada hari Ahad.

Habis dinner. .... Sampai rumah jam 10.00mlm dan tenguk rumah berkunci. Abang cik telefon Yop, katanya nak pegi ambik kawannye Azim dan nak kerumah Shahril ambik barang lepas tu. Kunci rumah ada pada dia.

KakDah duduk le kat luar berdua dgn Abang cik dari jam 10.00 sampai jam 12.00mlm. Kejap duduk kat kerusi di taman permainan kanak-kanak depan rumah, kejap duduk kat tembuk jalan. Nyembang sambil tampar nyamuk dan agas.

Masa KakDah tulis ni, baru lepas balik dari nganto Yop dan Azim kat terminal bas tepi Parkson. Diaorang naik bas dari KK ke Menumbuk, lepas tu sambung dengan feri ke Labuan. Tinggal le kami bertiga di B-5-6, 88 anak tangga dari aras bumi.

2 comments:

Chef Saiful said...

Askum.. Hai kak dah.... kesiannya terkunci... takpa atleast boleh menikmati keindahan malam ciptaan tuhan di poli.... kak dah.. mau tak kalau saya send resepi di blog ni... atleast we can share some resepi yang saya dan kak dah tahu...

Zuraidah said...

Salam...,Aepul-Chef Saiful....,
menikmati keindahan malam bersama suami amat menggembirakan apalagi bila berborak......tapi apabila menyedut udara bersama 'bauan' yang dibawa angin entah dari mana yang satu poli tahu amatlah tidak menyenangkan.....

Terima kasih kerana mahu kongsi resepi, ianya amat dialu2kan.
KakDah paling suka kek choklat kukus yg resepinya diberi oleh chef Wan Norliana(khabarnye resepi itu dari Aepul)....suami dan anak2 pun suka dan paling mudah untuk disiapkan.

Kalau tak keberatan boleh le Aepul send ke blog ni...ramai yang dapat menafaat.....or any resepi yang mudah dan sedap

Terima kasih sekali lagi.....

KakDah