Wednesday, October 18, 2006

Menjelang Hari Raya

(Gambar lama Yop rilek2 dalam LRT dengan kawan-kawan dia di KL, selepas SPM 2005, dan gambar ni sibongsu yang snap. Masa sebulan musim periksa SPM tu, KakDah, Yop dan sibongsu tumpang rumah Cikgu Raden, Seremban)

Lama dah KakDah tak tulis apa-apa dalam ni. Sari dua ni sibuk sikit, buat kueh raya.
Sabtu lepas, Kak ikut rombongan kaum ibu politeknik ke kedai Bake With Me, di Luyang, beli bahan-bahan kueh raya, dan Bang Chik hari tu tinggal dirumah je dengan sibongsu. Dapat la KakDah merasa naik coaster politeknik (bas pendek). Bergendung-gendung la bawa balik bahan-bahan untuk buat kueh raya. Kalau beli kueh tunjuk pun boleh sebenarnya, tapi tak pueeehhhh laaa. Naluri isteri dan ibu tetap meninggi untuk hidangkan hasil tangan sendiri.

Yang dah siap baru dua jenis; biskut kacang dengan biskut almond london. Akan muncul ada banyak lagi. KakDah teringat beli kueh raya borong hari last puasa di kompleks PKNS dan Plaza Masala di Shah Alam suatu masa dulu.

Pagi ni buat kueh Tart Nenas. Yang ini khas untuk layan selera anak-anak, kegemaran mereka. Rasanya untuk raya nanti nak buat nasi himpit dengan rendang siput sudu. BangCik dah order siput sudu dari kawan dia yang ternak siput tu kat Tariyong, 5 Km dari rumah kami. Bab mengopek siput sudu KakDah serah pada BangCik je la, sebab dia suka.

Petang nanti BangChik akan kePutrajaya. Katanya Ketua Pengarah nak jumpa berkaitan dengan trip ke Kanada. Ada le tu, benda-benda yang nak dipesan dek KP tu. Keesukannya baru BangCik balik.

Ini je la yang KakDah nak tulis. Senang nanti sambung lagi. Penutup kata dari kami sekeluarga "Selamat berpuasa dan bersiap-siap untuk Raya". Tahniah pada cikgu akim kerana blognya pun dah muncul.


Dari Negeri Bawah Bayu

2 comments:

Pak Ngah: said...

Mak Ngah kata, kita nampaknya setiap tahun le..cuma kuih tunjuk. Lain le Mak Lang, handal dalam hal2 kuih muih, masak memasak dan jahit menjahit.

Kami sekadar bercadang lemang tunjuk dan rendang je untuk raya ni. Tak tau le...kut2 lain pula jadinya atau berubah fikiran bila semakin dekat nak beraya nanti.

PAKNGAH tak berapa gemo lemang atau ketupat di pagi raya...sebab mudah dapat demam...maka di pagi raya cuma pekena nasi...supaya tak demam...tapi kalau dah nak demam tu...demam jugak le.

Zuraidah said...

Kueh raya terhenti setakat 3 jenis saja. Hari ini bekalan air terputus di kawasan kami, sepanggar dan menggatal. Jadi malehla rasanya nak sibuk-sibuk kat dapur, rehat-rehat je la.

Bekalan air pulih nanti, insyaallah ke dapur semula!!