Tuesday, October 03, 2006

menu hari ni

Menu hari ni; kanji, kerabu toge, sambai tomeih ikan curut (org sini kata ikan pasong), ayam masak kicap, kopi kaw buat bang cik, air jarang utk sibongsu, ayaq tembikai kuning dan tentunye buah korma.

Pagi tadi ja, udah 3 kali Bang Cik talipon nakkan menu ni. Kalu nak tukaq kena bagi notis kat dia dulu. Bulan posa ni Bang Cik kalut sikit. Semalam pi keja pukui 7 pagi, balik jam 6 ptg. Kata nak tolong masak....tp terus tolong makan.

Tadi Kak Dah pi SIRIM atas arahan penasihat Puspanita kiranya Bang Cik la tu, dan Kak Dah ni pengerusinya (ISTERI KEPADA KETUA)..pi la dgn setiausaha, dengaq talk amanah raya bab wasiat dan hibah ......penting tu!!. Jadi cikgu2 bolehla panggil amanah raya kat sekolah atau maktab masing2 bagi penerangan sikit. Nanti Kak Dah kena buat benda serupa disini.

Sabtu lepas Puspanita buat demo buat kek dan biskut raya, nasib baik ada chef yg ajaq kalau tidak haru. Bayaq RM2 dpt 4 jenih biskut. Sabtu depan pulak kami (ahli Puspanita) nak buat kanji : 2 jenih, 1 cara Kelantan sbb ramai org Kelantan dan 1 lg ala Kg Sitiawan cum Batu 51 - atas permintaan pengerusinya.

Hanya kanji cam tu ja yg bang cik dan Kak Dah boleh makan. Lepeih tu nak buat hari kanak2 - Nov ni dan akhir tahun ada ladies night. Kiranya Puspanita kami ni aktifla jugak. Sebab pi SIRIM pg tadi Kak Dah miss cerita 'dia' kat Astro dan Princess Lulu kat TV 2, cerita Bawang Putih tak minat sangat. Mak Ngah Serawak kalau dia tenguk Princess Lulu mesti dia suka.

Amera, mama tak masak mee kicap ka...
Zaim adakah Tadarus Quran...
Mak Lang nak masak ni, nanti Pak Lang bising.....jumpa lagi ya!

Kak Dah minta diri dulu..

2 comments:

azlanlin said...

TAHNIAH :
Kini tibalah masanya....bakat kepimpinan yang telah sedia ada dalam diri kakdah mulai dicungkil semula untuk diketengahkan demi kebaikan dan kebajikan masyarakat setempat. Di tambah pulak dengan gemerlapan "aura kepimpinan" bos di sebelah lebih mempamerkan untuk pasangan idealnya. Teruskan, teruskan dan teruskan.... pastinya ia menjanjikan kepuasan dalam diri dengan beberapa pengorbanan yang perlu dibuat. Lebih puas jika bakat kepimpinan dapat diimbangi sama ada di dalam rumah dan di luar rumah... INSYALLAH. Jika yakin, pastinya..apa yang dirancang akan tertunai dengan izin Allah SWT serta gerak usaha kita...INSYALLAH.

Pak Ngah: said...

Orang Kata:
Intan permata yang diselimuti debu, atau yang bersembunyi atau yang terlindung dari pengetahuan ramai, malah tidak berkesempatan dilihat oleh para peminat batu permata, pastinya nilai intrinsik yang dimilikinya itu seolah-olah hanya diketahui dik diri dan pemiliknya sahaja.

Namun bilamana berpeluang dicanai sebaik mungkin, digilap, malah di letak pada tempat yang strategik, dijumpai atau mampu dikesan pula dik peminat batu permata... maka sah dan sohehlah harga dan nilainya berdesup melonjak. Jika dititip serta diikat pada emas atau sebagainya oleh tukang yang serba mahir, diletak pada jari manis yang putih mulus, waduh....terpancarlah kehebatan intan permata tersebut.

Teruskan usaha baik lagi murni itu..