Saturday, October 28, 2006

Raya keDua dan Ketiga

Salam sejahtera kepada semua yang melayari blog ini!!! Se-awal jam 8.30am lagi kami telah serang jiran yang duduk dibawah sekali, kemudian kerumah Tim. Peng, makan laksa Pinang, dengan 3 keluarga ini, kami pergi pula kerumah orang Manong/Terengganu- sudah jadi 4 keluarga terus bergerak kerumah ketua Jabatan Perdagangan, disitu kami makan bihun kari---kemudian Bang Chik kata perutnya mula meragam......SiBongsu pula sudah berkali-kali called kata kawan-kawannya datang, jadi tergendalale aktiviti beraya kami. Setiap rumah yang kami lawati semuanya ada kopi, kata mereka "bos , kopi ada kalau nak....., kopi cap Hang Tuah."

Bang Chik tak berapa gemo kopi Sabah, tak biasa katanye. Kami disini memang susah nak dapatkan Kopi Cap Hang Tuah, kena import dari Semenanjung......begitu juga kopi Kapal Api(ade beberapa tempat je yang jual). Maka berhimpun le penggemar-penggemar kopi ni sambil sembang-sembang bab kopi.......

Kak dah dan Bang Chik balik rumah sebab nak layan kawan-kawan SiBongsu.SiBongsu kata tak payah buat apa -apa special, jamu je biskut raya. (kali ni demand dia kurang sikit, tak macam selalu). Perut Bang Chik masih meragam,penangan rendang pedas siput yang memang pedas kut.....Kak Dah memang jaga perut betul-betul sebab serik tahun lalu.....

Raya kedua ni tak banyak aktiviti, masih melayan tetamu hingga malam.

Raya ke Tiga.

Jam 6.30 pagi, kami berempat ke Pelabuhan nak hantar Yop balik ke Labuan. Jalan raya lengang, orang ramai masih bercuti lagi. Sambil tunggu kawan Yop tu, Kak Dah dok perati gelagat orang ramai, tapi yang banyaknye budak-budak baye Yop dan SiBongsu- rase-rasenye bebudak Matrik yang nak balik ke Labuan . Macam-macam perangai mereka tu.......ai tak taule pulak macammana perangai anak-anak Kak Dah bila tak nampak dimata. SiBongsu, Kak Dah perati sedang kumpul cincin silver hingga tak cukup jari......Bang Chik dok geleng kepala nampaknye....tak henti-henti bagi nasihat.

Lepas Yop naik feri, kami tiga beranak cari tempat nak sarapan, tak banyak yang buka....kalau adepun bercampur dengan yang menjual arak, masuk restoran Mamak, tak nampak orang melayan pun dan sedikit kotor, kami keluar, pusing -pusing bandar, baru jumpa restoran masih tak tahu Halal atau tidak, tinjau punya tinjau baru ternampak ayat-ayat Qur'an dan sorang dua bertudung makan disitu. Jadinye kami settle disitu, Kak Dah dan SiBongsu makan Laksa Sarawak dan Bang Chik makan Koayteaw goreng.

SiBongsu , hari ni nak beraya kerumah kawan-kawannye, jadi kami hantar dia kat bas stop dan kawannye sudahpun tunggu kat situ. Balik rumah terasa sunyi sangat, Bang Chik kata tak payah masak tengahhari, rilek je. Bang Chik kepejabat walaupun ambil cuti....masih banyak kerja....nak kena buat visa ke Canada la pulak....Tengah harinye Bang Chik pergi menobeh (istilah orang noghori) rumput yang tak panjang....bawa cangkui tumpul (tak bawa sabit)......tinggal le Kak Dah sorang... Orang nak datang raya ..tak jadi sebab Bang Chik takde.....Malamnye adele lima...enam orang datang.....

Hari ni masih ade jemputan tapi kami tak dapat pergi--Perut Bang Chik masih meragam..... Jemu makan daging, ayam dan siput, kami sarapan dengan mee sanggui, lunch- maggi mee dan dinner-roti canai--SiBongsu pekena dua keping roti telor, balik rumah mengadu lapar semula.......

Cerita SiBongsu, setiap rumah yang dilawatinye diKK ni, semuanye menjamu air tin dan air botol (air bergas), tak de le macam kita di Semenanjung ade sirap ais, sarsi yang dibancuh sendiri, kopi, teh atau nescafe.... Balik rumah perut dia pulak meragam sampai la ni. Kak Dah dan Bang Chik belum lagi pi kerumah Orang Sabah jadi tak tahu le air camne yang dihidangkan...... belum berkesempatan sebab Bang Chik tengah sibuk nak hujung tahun ni... Sabahan di Poly ni semuanye balik kampung...... agak jauh juga.....

Petang Ahad, bang Chik ke KL nak buat visa, hari Isnin baru balik KK, harap-harap siaple sehari katanye. Bab nak ke Canada ni, banyak le juga belanja..... + pulak hari raya dan nak balik kampung lagi hujung tahun ni, nasib baik tiket free.....

Kepada semua, Kak Dah sekali lagi menjemput ke kenduri kahwin anak buah Kak Dah di Kampung Sitiawan rumah Opah pada 24.12.06--sekeluarga ye!

Nak undur diri dulu.......nak kejan SiBongsu tenguk-tengukan bukunye.........

Kak Dah.

3 comments:

Pak Ngah: said...

Mak Ngah kata le...insyaallah kami akan hadiri kenduri tu...itu pun jika kami balik ke Pantai le......

azlanlin said...
This comment has been removed by the author.
azlanlin said...

alhamdulillah.. tentunya ada kemeriahan tersendiri bila beraya ditempat org. Yg penting bagaimana kita merayakanya bersama org setempat. Kak dah sekeluarga dah pasti boleh "masuk" ngan org2 di sabah krn pengalaman merantau yg cukup "HEBAT' dlm diri... tambahan pulak jd pengerusi persatuan di poly. tentunya kehadiran ke rumah kengkawan diraikan... bestnya.. Mana le tau, akan2 datang akan beraya di PUTRAJAYA pulak. Boleh le kami numpang semangkuk kerana dah dekat sikit.. bila nak ke putrajaya haaa????? hehe