Sunday, October 28, 2007

Selasa, 23.10.2007

Salam,

Pukul 6 am...kejutkan Kakak...nak bersiap2 ke airport..terbang jam 9.45 am. Bang Chik pulak ke Putrajaya...ade post kabinet meeting ...terbang jam 11 am...jadinye semua bergerak sekali dari rumah.Jam 7 am kami turun dr rumah sesudah pastikan Sibongsu tidak lelap kembali...Kak Dah dan Bang Chik bergilir2 pegang cucu..Lynn...ia la dia udah nak balik....pesan Kakak tinggalkan baju Lynn tapi dia bagi bantal busuk Lynn...hehehe..

Ramli dan Kakak check in....Kak Dah kelek Lynn lagi....Lynn ceria bila tenguk orang ramai kat airport...Bila tiba masa, Kakak , Ramli dan Lynn beratur nak masuk ke balai berlepas...air mata Kakak dan kak Dah mula merambu...

Lepas tu anto Bang Chik ke Mas Airport pulak....,masa nak balik minta Asleh (pemandu) singgah kedai buat name tack...Kak Dah tempah 6 keping yg biasa dan 2 keping yg istimewa sikit....Rm 65 tu....kenapa?...sbb Bang Chik selalu lupa....masa di Seremban ada 10 keping...hanya tahan 1 tahun saja....mana pegi Kak dah tak tahu.....

Kak Dah minta Asleh sekali lagi berhenti di Indah Permai..cari makanan ...lunch untuk SiBongsu...Sampai rumah...mengemas.....hati tertanya2 kenapa 019 2523836 tak berbunyi...buka h/beg....la ..tak de.....sibuk le Kak Dah call sana sini kat mana singgah tadi tp tak de juga..Si Asleh lelah mencari dalam kereta dan kat kedai...tak dpt juga....hadiah hari raya la nampaknya pd siapa yg dapat.....walau pun urat h/phone tu rosak sikit tp masih boleh guna dan pemberian dari bang Chik tu.....la ni dok pakai LG yg beli satu free satu...waktu depa buat promosi kat poly dulu...

Berehat buat seketika dulu.....

Kak Dah.

Saturday, October 27, 2007

Kisah pada tarikh ISNIN 22.10.2007.

salam,

Kak Dah, Lynn, Kakak dan Ramli bertolak ke Rasa Ria, Dalit......nak tengok orang utan....best tu. Sejak awal pagi Bang Chik kerap talipon suruh ready kesitu. Tempat udah dibooked.Malaysian RM 10 sorang dan pelncong asing RM 30 sorang. Seronok tengok telatah 'orang tu'......memanjat pokok sambil membawa batu kemudian dihumban kebawah,, bergayut dari pokok kepokok...buang air kecil dan besar....kemudian melompat ke arah Lynn dan Ramli....ketika tu Lynn sedang menyusu...'orang tu' teringin nak menyusu sama...Kakak sedang ambil video.....kemudian terdengar dia jerit mama!!!!! sepantas kilat Kak Dah ambil botol susu dari mulut Lynn....harap2 Kakak dapat muat turun gambar2nya nanti.


Kemudian kami lajak ke bando...., Bang Chik called suruh patah balik ambil dia ...nak joint lunch sekali....habis lunch Bang Chik ada hal ...hal kejanya...kami berpisah di Likas......Kakak nak beli barang2 nak bawa balik...dia seronok sbb dpt menawar dengan harga yg dikehendaki....hehehe..Kak Dah tumpang tengok dan tolong mana yg patut...sikecil Lynn tak meragam langsung....

Lepas tu, kami ke Wisma Merdeka .....Kak Dah ada hal.... membeli belah kat situ.....beberapa helai baju dan seluar lengkap ngan tali pinggang sekali....Bang Chik ada tika merungut beltnya udah tak berapa eluk baju2 dan seluar juga nak lusuh....4 helai baju, 2 seluar, 1 slack dan 1 talipinggang.....Dlm pada tu Bang Chik dok called berkali2....ia la sbb dr pagi hingga ke senja tak balik2...hehehe.....

On the way nak balik...menyinggah pulak di King Fisher....beli kek...Ramli beli bihun goreng tapau......sampai kat poly suruh SiBongsu turun tolong bawa barang2....Lepas solat magrib Kak Dah goreng cempedak dan Kakak kemas rumah...ade tamu.....

No,Pozi dan anak2nya datang beraya....sambil sembang2 Kak Dah anggokkan kepala pd Kakak dan SiBongsu.....kakak keluar sambil menyanyi...happy b day to Ayah...Bang Chik nampak tekejut...hehehe Lynn. Amira dan adiknya seronok.....Amira tolong tiup lilin untuk Atok(Bang Chik)....dia dan Atok sama2 potong kek..hehehe...Lynn tak pandai lg nak tolong....

Kakak tunjuk barang2 dia beli pd No.....hehehe.....Lynn pulak suka usik anak kecil No yg sebaya ngan dia....Amira pandai mempertahankan siadik....hehehe...rumah jadi riuh....No kata ni baru 3 org cucu.....gamat..

Tetamu pulang...Kakak sibuk kemas barang2 nak balik esuknya....

.......Kek Bang Chik....disorok dalam kotak beso dan di bawa masuk ke bilik Kakak...tak bagi Bang Chik nampak....hehehe...

'SELAMAT HARI JADI SUAMI KU', 'SELAMAT HARI JADI AYAH', 'SELAMAT HARI JADI TOK AYAH'.....Yop ialah orang pertama yg wish Bang Chik.......

Cerita tamat buat tika ini....nanti sambung semula.hehehe.....Kakak nanti tolong muat turun gambo2...komputer ni masih tak dpt buat lg.....



Kak Dah

Friday, October 26, 2007

SELASA - cucu pun pulang

Salam.

Isnin menyibukkan diri lagi. Kami, maksudnya Kak Dah dan kakak pergi ke bandar KK. Lewat petang baru balik. Hari isnin 22hb Oktober adalah hari istimewa.

Kemudian Hari Selasa awal pagi kami hantar Kakak, Ramli dan cucu ke airport. Kak Dah memang tak tahan... mencurah-curah.

Nanti Kak Dah sambung lagi... lelah ni.

Sunday, October 21, 2007

AHAD - seronok borong di Tuaran.

Dalam pukul 6.40 am, Kak Dah, Kakak, dan Lynn dah ready dalam kereta waja NBD 4763. Bang Chik drive.

Kak Dah dan Kakak puas borong barang-barang diTuaran. Bang Chik tolong jaga cucu.

Petang ni nak ke KK pulak!!

SABTU- berkelah ikut darat.

Awal pagi Sabtu, cerah-cerah tanah, bang chik udah turun ke karambunai golf course. Semalam, bang chik sibuk ngemas barang-barang dia, kasut, stokin, topi, bola, tuala dan golf set.

Kak Dah pun turun awal, pagi ni. Tapi ke dapur je..., siapkan kuah mee dan rebus mee besar. makanan untuk berkelah ke karambunai lagoon. Tempat tu tak jauh dari golf course. Ada hotel besar, nama Nexus Karambunai. Dari simpang nak ke lagoon tu, Kak Dah nampak macam diaorang sedang bina challet berpuluh-puluh biji.... betul-betul kat tepi laut.

Karambunai ni ada cerita sedih. Bagaimana tanah yang luas terjual, wang berjuta habis dimeja judi konon ceritanya. Kalau bersembang dengan orang karambunai, diaorang boleh bercerita panjang lebar. Sebab tempat ini adalah tempat keturunan mereka, tanah dianugerah oleh Kesultanan Brunei sebelum orang Inggeris datang kesini lagi. Ramai orang boleh kelabu mata dengan wang berjuta..hingga tanah boleh tergadai dan hidup menumpang di tanah sendiri atas ikhsan orang...

Masuk dalam lagoon, kena bayar RM20..harga istimewa sebab Kak Dah bising. Geram jugak sebab tahun lepas baru sorang RM5... tiba-tiba kali ni dia nak kira RM10 seorang.... Dua kali ganda namanya!

Pukul 11.30 bang chik join... makan mee besar berkuahkan kuah sphagetti. Situ ada 3 kanak-kanak dari kampung gayang, singgah selepas puas berdayung dari kampung mereka. Kampung Gayang betul betul depan lagoon. Jambatan dekat tariyong pun nampak jelas sebelah kanan sikit. Sini air dia betul-betul jernih... boleh nampak anak ikan bolos. Lynn sempat bergambar dengan hero-hero kampung gayang sambil kaki kodek-kodek main pasir...

Lynn suka betul main air dan pasir...

Petang kami letih dan rehat sahaja.

Friday, October 19, 2007

JUMAAT - nak sambut cucu di pelabuhan.

Salam.

Dapat lapuran dari Labuan.... diorang nak balik dengan feri jam 1.00 tengah hari. Dengan 3 jam perjalanan sekitar jam 4 nanti sampai la tu. Dengar ceritanya macam kakak borong disana dan dah jelajah segenap pelusuk pulau Labuan.

Kejap tadi ada message masuk dalam handset Bang Chik;
Salam, kami on d way ke Perlis utk tenguk aman's jr :-) ..Aim

Keluarga kita makin membesar.. Udah tak boleh rasa canggung menyebut diri Opah, Tok, atau TokWan.

Esuk pagi rasanya nak berkelah dekat Karambunai Blue Lagoon, dengan bekal spaghetti. Bang Chik asalnya akan memancing udang galah di membakut, tapi tak jadi sebab sana banjir, lalu tukar plan, sambung semula golfnya.... habis golf Bang Chik akan join kami di Lagoon.

di Kuarters masih lengang.. esuk lusa baru la pakat-pakat balik diorang ni. Semalam jengah Fendi. makin segar dan ceria. Tut tut, doktor kata dia kurang potassium dan mineral tu wujud semula jadi dalam ikan bilis, tomato dan pisang. Kata Mak fendi, itulah makanan yang Fendi tak berapa suka sekali dari kecil....

Kak Dah.

KHAMIS - Cucu ke Labuan.

Bangun awal pagi, macam zaman ngantar siBongsu ke sekolah di Likas atau ke kedai Orange masa dia buat part time dulu. Terus ke Pelabuhan Kota Kinabalu. Cucu nak ke Labuan ditemani oleh Ummi dan Babah dan Ayah Wan. Ferry departed at 8.30am.

Kami berserapan di pelabuhan. Nasi lemak sorang satu, adik wan dua! Kat Jetty utama ada kapal besar macam star-cruise berlabuh. Seminggu ni ada "international book fair" di situ. Kawasan pelabuhan ada gelanggang Futsal indoor, ada macam-macam gerai makan. Malam pun buka kalau nak rasa dinner di bawah neon dan bintang....

Tinggallah kami berdua dirumah.

Wednesday, October 17, 2007

Rabu.... Yop Balik

Salam.

Hari ni yop balik... kak dah dengan bang cik nganto awal-awal pagi. Jam 5 udah mula bergerak. Kak dah macam ibu lain-lain le... sibuk ngingat tu ngingat ini...

nanti sampai sana, terus pegi tempat bas triton ke ipoh...
kalau bas tak ada, fikir alternatif..
ke Hentian Putra ke...ke Puduraya ke...
Kirim salam pada opah dengan orang lain2...
jaga duit tu...
Passport dah ade?...

Jam 7.25 am yop terbang dengan Airasia... sekaligus, tanpa retime macam pakngah itu hari..

On the way back, beli laksa sarawak di kedai JAVA depan kedai orange tempat adik keje dulu...

Kakak nak ke Labuan
Kami tanya kakak dan ramli..., kalau2 diaorang ada plan nak kemana-mana. LABUAN kata mereka..... Bang Cik pun telefon Sara Hotel Labuan booking satu malam.... Kakak ngajak adik wan sekali...... Apa lagi Wan pun sengih la!!.... So hari ni diaorang pakai kereta waja dan Bang Cik cuti rehat... So hari ni ramli ke pelabuhan beli tiket feri untuk ke Labuan..... kak dah n bang cik tak ikut....

kak dah, bang cik dengan adik wan udah 2, 3 kali kesana, masa yop belajar disitu dulu. tempatnya panas... kedai banyak.. sesuai orang macam kak dah yang suka shopping.. hehe. Dulu masa kami kesana ronda-ronda pulau pakai kereta Awangku Ali, kawan bangcik. Awgku Ali la ni jadi Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan. Sekali tu kami pinjam kereta Haji Lakat seorang kenalan....

Ramli rupa-rupanya nak snorkelling..... bidang tu di luar pengetahuan kak dah...dan juga bang cik. Jadi Kak Dah syorkan diorang pegi tanya sendiri kat pelabuhan....disana banyak agensi yang organise snorkelling trip.

Kak Dah

Raya ke EMPAT.

bang Cik pergi keje.... Kami semua berehat je dirumah. Dapat le Kak Dah, nyembang-nyembang dengan kakak. Dan main dengan cucu Lynn.... tengah hari Bang Cik pegi workshop nguruskan kereta waja... katanya tukar minyak gearbox dan spark plug. bang Cik sambung lagi..." sedap sikit bunyi kereta".... Hmmm... kalau Bang Cik kata macam tu, maknanya lambat lagi le nak rasa naik honda atau vios!!... hehe.

Dik Wan beraya di papar rumah Pian...best friend dia dari Teknik Likas lagi dan sekarang sambung belajo kat PKK kursus mekanikal....

Petang sikit, Makcik bawah telefon katanya fendi dah nak discharge, dah boleh jalan-jalan.... alhamdulillah.

Malam sikit, tetiba Kak Dah dapat telefon dari Puan Ngah.... "nak nasi beriani?".... haha rezeki tu.... Kak Dah jamah sikit je... tapi Kak Dah tenguk Bang Cik dengan Ramli pulun habis..... sambil makan Bang Cik berkali-kali kata..."Ini macam Beriani Mat Shah Batu Pahat!".... haha. Pak Tam tentu masih ingat beriani batu Pahat, gerai lepas sungai, yang dimasak dengan kayu api berkawah2.....

LYNN
Kak Dah tenguk cucu sorang ni tak suke duduk diam.... ada je benda nak dicapai...ada je benda nak dibuat..... dia suke ayah yopnya... kemana je yop pegi dia mesti toleh dan gelak... tapi dengan orang lain dia tak berapa hirau. Umi dia tak lupa bawak CD katun kegemarannya.... hehe. kak dah dapat tenguk cucu sekejap kejap je... apa nak buat.

Lynn badannya kecik, kurus dan kering..., tapi tangkas... sebijik macam umi dia dulu..... Senyum pun murah... tapi bila buat keje dengan benda-benda yang boleh dicapainya, muka bukan main serius dengan berkerut-kering kening... Moga-moga Lynn membesar jadi pandai cerdik dan berbudibahasa....

sari dua ni, bang cik sibuk cerita nak buat rumah kat Sabah.... Lagi Kak Dah risau!!

Raya ke TIGA

salam aidil fitri.

Selepas sari suntuk ke Beaufort dan Papar, memang malam tu tidur lelap!.. Yop dengan adik wan tak ikut, tunggu rumah je... Katanya dia tutup langsir dan grill, seolah takde orang.

Pagi raya ketiga Mak Fendi telefon Kak Dah, katanya Fendi tak sihat... dan tak boleh bangun. Kak Dah dan BangCik turun tenguk.... rumah fendi ni 2 tingkat dibawah kami. Fendi terbaring je atas katil... Kak dia dan Abang Iparnya pun ada..... dah ada 2 anak sedara.

Fendi
Bang Cik sibuk nguruskan keadaan... telefon Hj Radzi suruh datang dengan orang2 dia... telefon Sari ambik kereta Ninja...telefon juga hospital. Tapi memang Kak Dah tau, ambulan hanya datang kalau betul2 emergency... macam accident ke, atau antara hidup dan mati. So setuju untuk bawak dengan kereta Ninja je... Hj Radzi dan Jason papah fendi turun tangga, sampai ke kereta. Mula-mula pergi Hospital Likas, then ambulan hantar ke Queen Elizabeth Hospital Kota Kinabalu.... Masuk Wad 7. Kesian fendi kerana dia masih muda.... Konon cerita, dia kekurangan garam. Alhamdulillah, dalam keadaan emergency, orang masih boleh berkumpul untuk ambil tindakan.

Ambil Kakak
memang dah tau kakak akan landing sekitar jam 10 pagi.... tapi pada waktu itu kami baru boleh turun rumah selepas nguruskan Fendi..... Tentu Kakak dah jangka kami siap sedia tunggu kat airport sambut kedatangan diorang... Kak Dah boleh bayangkan rupa kakak dan ramli bila keluar dari airport dalam ramai-ramai orang ayah, dan mama tak ada..... hehe sori kakak.

sejam kemudian baru kami sampai.... Kak Dah terus meluru sambar Lynn dari umminye, peluk dan cium puas2....... bang Cik relek je tunggu kat kereta. Kami dah bagitau kakak, balik rumah ni rehat kejap je.... sebab nak pegi jalan beraya!.

Imran, Kampung Gayang
Jam satu lebih, kami sekali lagi dengan Kak Kiah dan Kak Fazidah ke Kg Gayang.... tepi depo petronas..... kawasannya berpasir..., mengingatkan Kak dah dengan Pantai Remis dan Sitiawan... Masih banyak pokok gajus dengan pucuk kemerahan... sedap kalau buat ulam tu!... tuan rumah nama Imran. Dia bukak kedai runcit di kawasan kuarters kami..... keturunan campuran brunei dengan bajau... isterinya orang Filipina. Orang tuanya masih ada, baru 6 tahun pencen, dulu jadi guru beso sekolah disitu... Dijamunya kari kerbau!!

Tajol di Likas
Kemudian Lajak ke rumah Tajol di Likas.... bungalow beso. kata tajol, rumah tu dulunya si Pawzi duduk masa PKK masih di Likas.... Kak Dah geram tenguk rumah tu... terus teringat bungalow kami di Seri Iskandar, Perak, yang sehari pun kami tak bermalam..... Situ ada Laksa Johor. tajol ada anak ramai.... Mertuanya tinggal sana, tak berapa sihat....duduk atas kerusi roda.... Kata isteri tajol, di Kota Kinabalu senang.... hospital pun dekat, tak jam jalan... dan orang hospital layan orang semenanjung dengan baik.... Hmmmm...

laman rumah tu ada pokok duri..... yang masa kita kecil-kecil dikampung dulu orang suke bubuh kulit telur ayam di hujung daunnya!..

Isteri tajol kata, kawasan situ memang jam bila musim sekolah..... kawasan tu penuh dengan sekolah2...... bila jem jalan, diorang nak keluar rumah pun susah, sebab orang tak kasi can. Dulu katanya orang depan rumah diorang pernah bertumbuk sebab ada orang parking kereta depan rumah. Orang tu tak boleh keluar kereta.... then bergaduh dan bertumbuk.... hehehe. Ye la..., kalau orang ada hal, emergency ke ape ke, nak ke airport ke.... bila kereta tak boleh keluar tentu geram. Apatah lagi kalau driver kereta yang blok jalan tu entah kemana!... hehe..

Orang Kuat kolej Antarabangsa
lepas rumah tajol, kami lajak ke rumah orang kuat Kolej Antarabangsa. Suami Kak Kiah kata orang tu kawan dia masa di US dulu..... Kak Kiah dan suaminya konon cerita kawin muda, zaman belajo kat US... zaman bercinta bagai nak rak... (sori Kak Kiah)...hehehe.

Bungalow beso, di atas tanah setengah ekar. KG RAMPAYAN. Kawasan ni dulunya tanah sawah.... dia beli tanah tahun 80an dulu seekar 40,000 kongsi dengan abangnya.... kawasan hijau, ada reban ayam kat belakang rumah dan rumah burung. Situ kami dijamu dengan pelbagai juadah.

Orang tu cerita, masa musim banjir beso yang Telipok pun tenggelam tu.... rumah dia pun tenggelam paras pinggang.... habis ikan dalam kolam depan rumah terlepas... Tapi yang dia sayang sekali ialah ikan Patin. Katanya "udah panjang ni...", sambil tunjuk lengannya....

Sepanjang beraya hari raya ketiga Kakak, ramli dan Lynn ikut sekali... Kak dah nampak diorang letih je... maklum le baru buat long distance travel.... Tapi tak kan la, bila mari dari jauh nak memerap di rumah je.... hehehe.

On the way back beli pampers dan susu Lynn kat Giant Indah Permai... Then kami pun balik untuk menutup tabir raya ke tiga.

Kak Dah.

Raya ke Dua

Raya kedua, kami menjelajah ke Papar, Membakut dan Beaufort. Keluar jam 9.30 pagi dan tiba dirumah jam 10.00mlm. Ini termasuklah waktu sesat antara papar dengan Kinarut.

Kami dapat beraya di rumah Dayang, Syima, Bos adik dayang, Nenek Dayang, Sakinah, Mertua Lajim, dan Talip. Rumah-rumah mereka itu, ada yang atas bukit, kawasan pamah, tepi sungai, dan ada juga atas paya bakau/nipah.

Raya ke tiga, awal-awal pagi uruskan Fendi masuk hospital dengan bantuan staf disini. Kakak terpaksa tunggu sejam sebelum kami sampai. Lepas tu beraya di Gayang, Likas dan Kg Rampayan.

Rumah Dayang:
Kawasan berbukit, quarters Ladang kelapa sawit....jalan nak pergi tu lepas tangki air, lepas Tokong Cina kemudian belok kiri.... kawasannya menghijau dengan kelapa sawit sederhana tinggi. belakang rumah penuh dengan orkid.. ada yang berbunga, ada yang yang tidak dan ada yang kering je... Rumah bertiang sederhana tinggi. Ayahnya ada, emaknya orang ulu langat pun ada, serta adik-adiknya. Dayang anak pertama, dan ada juga cerita-cerita tentang Jefri...... Kak Dah tak kisah, kalau orang jemput makan kenduri, insya allah akan pergi.....janji ada orang nak bawak je. Jamuan ada soto, dan pulut dalam daun pulapis (entah ejaannya). Daunnya macam daun lengkuas je... tak berbau... sekali imbas nampaknya macam lepat je.

Rumah Syima
Kawasan kampung orang brunei...jenis lot, rumah besar pusaka datuknya... bila raya barulah di buka untuk adik beradik berkumpul ... macam rumah Tok Wan Lin di Pantai Remis jugakla... Di situ ada nasik! Ayahnya tua sikit dari BangCik je.... Shima pun anak sulung macam Dayang... Udah kawin dan ada 2 anak. Shima pun macam dayang jugak, becuk bercerita........ Tapi kedua diorang boleh tune loghat dari sabah ke loghat standard dengan bersahaja...

Rumah Sakinah

Sakinah baru je keje di PKK..... Rumah tu rumah pesaka ayah suaminya... tepi sungai.. tempat tu nama Membakut. Jalanraya lalu bawah jambatan gantung... sebab kereta kak fazidah tinggi jenis avanza... orang lain kena tolak sikit jambatan gantung tu....... Sakinah jamu laksa sarawak! sebab dia sendiri adalah orang sarawak. Kak Dah tenguk Bang Cik nyembang dengan suami Kak Kiahdan Mahmud sambil tenguk bot dan sungai.... ada le rancangan diaorang tu!!

Rumah Nenek Dayang
Kawasan rumah tak jauh dari paya nipah.... tak jauh dari laut... rumah tinggi

Rumah Bos adik Dayang
Rumah diaorang betul2 ujung jalan.... tempatnya cantik... ada dusun buah-buahan... rumah beso, orang tua asal dari johor, omaknya orang sabah... katanya dia biasa datang PKK... dan berkawan dengan roslan dan yang lain-lain.... katanya lagi roslan pun ada datang rumahnya masa musim buah baru-baru ni... Dia kata lagi, dia biasa tenguk gambo Bang Cik, suami Kak Kiah dan suami Kak Fazidah dalam kalendar dirumah Roslan... dan dia seangkatan dengan Ana Exam di Universiti dulu. Kak Dah tau Bang Cik suka tempat-tempat macam ni.... hijau dan esklusif.... Kak Dah suke bando.. hehe...

Rumah Mertua Lajim

Kg Weston!.... macam nama orang putih... cara nyebutnya ialah " kampung estin" ... masakan nasi, ada udang ada ikan..... rumah ni betul-betul atas paya tepi sungai... dari rumah ke rumah ada jambatan kecil, bersimpang-simpang... kata Lajim, majlis daerah buat dan repair jambatan kecil.... rumah memang tinggi!!... mertua Lajim nama Jaafar sama dengan nama ayah dayang.... kata ayah dayang... dulu diorang satu sekolah masa kecil2.... sekali imbas saiz badan mertua lajim ada imbas Tok Ngah Can... cara jalan pun sama.... Kami keluar dari rumah mertua lajim memang dah nak petang sangat dan terus nak kerumah Talip.

Rumah Talip
Kampung Pengalat Besar..... dekat papar... Masa nak pergi tu, kami tersesat dan terlajak ikut jalan lama ke KK hingga ke Kinarut... Kak Dah pun tak tau macam mana boleh jadi gitu... tapi masa sampai kat satu roundabout sebelum papar , Kak Dah telepon Kak Kiah..."roundabout ni nak beluk kemana?".. Kak Kiah jawab dengan stail "Terus je.. twelve oclock".... Masa tersesat ikut jalan lama tu memang rasa lain macam je.... kawasannya gelap... rumah jarang2...jalan sempit dengan ada lubang2... Tambah lagi pulak kawasan tu line mobile tak ade!!... Akhirnya kami tunggu tepi satu kilang kawasan Kinarut tunggu Talip dan suami Kak Kiah datang ambil.. Dirumah Talip ada nasi, sup kerbau dan asam pedas ikan tinggi... Kak Dah tenguk Bang Cik bersungguh-sungguh makan!... kene seleranya mungkin..... Kak Dah ada nampak gambar kahwin Ayah Talip kat dinding rumah... hitam putih.. Hmmm... interesting couple.

Sampai rumah lebih kurang jam 10 malam.... jangan cerita la letihnya... Kereta Waja bunyi pulak macam tak sedap je... ada kasar-kasar sikit... kat tempat duduk pulak ada bunyi ek ek ek secara berkala.... hahaha. Dulu ada Bang Cik cerita dan tanya-tanya tentang Honda dan Vios... setakat ini statusnya masih pada tahap "tanya-tanya". Anak-anak pulak dah lama tak tanya " Ma, betul ke ayah nak tukar kereta.., bila Ma?".... Haha... Kak Dah bukan sari dua kawin dengan Bang Cik... rasanya Bang Cik nak buat surprise kut!... hehe he.

Lelap dan lena.

Saturday, October 13, 2007

Raya Pertama

Salam.....,

Buat kali kedua kami sekeluarga beraya di Sabah. Sini memang lengang, sebab raya jatuh pada waktu cuti semester 2 minggu. Maka tinggallah yang sarat nak bersalin, yang ramai anak pinak saja. yang bujang rata-rata dah hilang awal-awal cuti.

Kak Dah tak balik tahun ni sebab anak2 menantu dan cucu nak beraya disini. Puan Ngah pun beraya sini sebab anak menantu berkunjung kemari. PakCik dibawah pun beraya sini, berkumpul dengan anak cucunya. KakDah sedar tak sedar sudah masuk tahap usia senior....yakni bersimpuh depan pintu tunggu anak2...kejap-kejap belek handset kut sapa-sapa nak hantar message raya... Memang la begitu sebab kita dah lama pada peringkat junior...
Senior= Opah,Atuk,TokWan, TokAyah.
Junior= Kak, Makcik. Abang, pakcik.

Kak Dah tengah tarik nafas sekejap. Dari semalam kehulu kehilir di dapur, menyiapkan juadah raya. Pagi tadi siapkan masak asam pedas melaka dengan ikan kembung dan tenggiri. Rendang dengan nasi himpit dah siap semalam lagi.

Awal pagi lepas sembahyang raya, jiran dan kawan mula berkunjung. Mula-mula anak-anak Sari. Sari ni istimewa, sebab anak beliau ramai, 21 jumlahnya. Kejap tadi yang datang baru lapan orang. Sari ada 12 orang cucu. Dan umur dia muda dari Bang Cik.

Lepas itu diikuti pula oleh Ricky, Jason, Kak Kiah, Kak Fazidah sekeluarga. Lepas dia orang balik, ada lagi yang datang termasuk Raja dua beradik dengan anak dan suami. Mazudi dengan anaknya pun ada. pakCik bawah pun datang kemudian sikit.

Ni, Kak Dah tengah tarik nafas dan merawat sengal-sengat.

Tadi Bang Cik ada cerita, katanya saudara di Sarawak tak dapat balik sebab flight retime banyak kali.....


Kak Dah..., Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin, panjang umur bersua lagi.

Monday, October 08, 2007

Rancangan Ringkas Raya (3R)

Rancangan Ringkas Raya kali ini adalah:-

12hb. Masak dan Buat Kueh
13hb. Raya pertama di rumah
14hb. Raya ke dua di Beaufort
15hb. Ambil Kakak, Ramli dan Lynn
Raya di Karambunai/Gayang/Tariyong
16hb. Jalan-jalan ke Muzeum/Berungis
17hb. hantar yop balik
18hb. ke Cultural Village
19hb. tak tau lagi.
20hb. Pantai Mimpian Jadi/Tuaran
21hb. Gaya Street Sunday market

Butiran Lanjut, kena tunggu kakak kut........ kemana-mana diorang nak jalan.

Saturday, October 06, 2007

Ibu Tunggal di Tuaran

Salam.,

Baru-baru ni keluar berita seorang ibu tunggal dengan seorang anak berumur 17 tahun. Azura bergerak pantas...... telefon Berita Harian sabah dan satu derma kilat segera dilancarkan dikalangan ahli puspanita. Selain wang tunai, ada juga dermawan yang sudi menghulurkan beras gula dan biskut. Kami bertolak pagi tadi dengan coaster pada jam 8.00 tadi ke Tuaran. Zura bawak anak kecilnye sama ...... Pemberita Berita Harian siap sedia menunggu kami di sana bersama sebuah keluarga malang dan sebuah rumah senget di Kampung Air di Tuaran.......... Tadia Diasin 75 tahun dan seoarang anak gadis berusia 17 tahun.

Kehidupan ini terlalu relatif. Bila-bila masa ada saja orang yang terpaksa mengharungi kehidupan yang lebih perit dari kita....... Selepas rumah Tadia kami dibawa pulak ke rumah seorang lagi ibu tunggal di kawasan itu. Beliau berusia 42 tahun dengan 5 anak dan kehilangan suami setahun lalu akibat kanser hati. Dengan kesempitan hidup, dua anak lelakinya tidak dapat meneruskan persekolahan.......

Memang, setiap kali kita rasa susah, rupa-rupanya ada lagi yang susah dari kita.

Masa menulis ni Kak Dah baru selesai berbuka.... simple dan ringkas saja untuk kami bertiga. Patutnya bangCik kena ke Dewan Undangan Negeri untuk berbuka beramai-ramai dengan Perdana Menteri. Tapi Yop turun flight malam ni jugak..., manakala Kak Dah pulak tak lepas drive malam-malam ke airport. Kejap lagi kami bertiga akan ke Airport, menunggu seorang lagi ahli keluarga dalam rangka persiapan menyambut hari raya aidil fitri... sedangkan di Kuarters ini keadaan semakin lengang...., seorang demi seorang mula bergerak ke kampung halaman masing-masing.....

Update: jam 11 malam

Baru sampai rumah...... ambil Yop kat airport tadi. Dia naik Airasia jam 6.20ptg di KLIA,... tak boleh bawa makanan.....dan dia turun jam 9.25 malam dengan tak berbukak lagik. Dari jauh nampak dia heret beg dengan muka COM, kelihatan letih dan lapo.....

Selamat Meneruskan puasa dan menyambut aidilfitri semua!



Kak Dah.

Wednesday, October 03, 2007

Kueh Tart

Salam,

Tak sangka, bila makin kurang orang kat rumah, makin tak bersungguh pulak nak sambut raya. Patut-patutnya bila orang udah tak ramai, kita ada lebih masa nak buat macam-macam. Masa anak kecik-kecik dulu....kita tumpang seronok keghairahan beraya. Bila anak-anak dah besar, diorang udah tak melompat-lompat nak baju raya... udah tak sibuk mengunjung ke kedai membelek baju sambil bergilir-gilir dengan bangCik mengepung anak-anak supaya tidak hilang dicelah timbunan baju-baju. Kak Dah udah tak ada teman untuk mengadap tepung, adunan, dan berdiang depan oven... Kakak pun sudah ada kehidupan sendiri untuk diuruskan. Kakak kini udah pandai merungut dengan kerenah Lynn. Lebih-lebih lagi sejak Lynn dah tak suka merangkak .

Kak Dah tempah kueh tart seratus bijik dari puspanita pkk. Minggu depan baru Kak Dah nak ke dapur mengadap oven. Weekend ini hajatnye nak mengumpul planta, tepung, telur dll.......

Semalam bincang-bincang apa nak buat...... nasi himpit, kuah kacang...... nasi, masak asam pedas melaka ikan kembung dan pari, dalca...... kueh......air.....buah.....

Tak bersungguh dengan raya ni...rasa Kak Dah lebih kepada keadaan kita yang tak secergas dulu lagi....... Dulu boleh buat 3 kerja serentak... la ni kena buat satu satu.... La ni kena selalu rehat......

Apa pun Kak dah dah mula jadi orang tua....tunggu rumah kalau-kalau anak-anak balik beraya. Dulu kita curi setiap peluang untuk beraya dengan Mak, Ayah dan Abah.... La ni giliran kita pulak menunggu rumah menanti anak-anak berkumpul. Kak Dah usaha juga nampak-nampakan kelincahan, tetapi keadaan memaksa Kak Dah membawa diri sebagai orang tua.... hehe.

Kak Dah