Wednesday, October 17, 2007

Raya ke TIGA

salam aidil fitri.

Selepas sari suntuk ke Beaufort dan Papar, memang malam tu tidur lelap!.. Yop dengan adik wan tak ikut, tunggu rumah je... Katanya dia tutup langsir dan grill, seolah takde orang.

Pagi raya ketiga Mak Fendi telefon Kak Dah, katanya Fendi tak sihat... dan tak boleh bangun. Kak Dah dan BangCik turun tenguk.... rumah fendi ni 2 tingkat dibawah kami. Fendi terbaring je atas katil... Kak dia dan Abang Iparnya pun ada..... dah ada 2 anak sedara.

Fendi
Bang Cik sibuk nguruskan keadaan... telefon Hj Radzi suruh datang dengan orang2 dia... telefon Sari ambik kereta Ninja...telefon juga hospital. Tapi memang Kak Dah tau, ambulan hanya datang kalau betul2 emergency... macam accident ke, atau antara hidup dan mati. So setuju untuk bawak dengan kereta Ninja je... Hj Radzi dan Jason papah fendi turun tangga, sampai ke kereta. Mula-mula pergi Hospital Likas, then ambulan hantar ke Queen Elizabeth Hospital Kota Kinabalu.... Masuk Wad 7. Kesian fendi kerana dia masih muda.... Konon cerita, dia kekurangan garam. Alhamdulillah, dalam keadaan emergency, orang masih boleh berkumpul untuk ambil tindakan.

Ambil Kakak
memang dah tau kakak akan landing sekitar jam 10 pagi.... tapi pada waktu itu kami baru boleh turun rumah selepas nguruskan Fendi..... Tentu Kakak dah jangka kami siap sedia tunggu kat airport sambut kedatangan diorang... Kak Dah boleh bayangkan rupa kakak dan ramli bila keluar dari airport dalam ramai-ramai orang ayah, dan mama tak ada..... hehe sori kakak.

sejam kemudian baru kami sampai.... Kak Dah terus meluru sambar Lynn dari umminye, peluk dan cium puas2....... bang Cik relek je tunggu kat kereta. Kami dah bagitau kakak, balik rumah ni rehat kejap je.... sebab nak pegi jalan beraya!.

Imran, Kampung Gayang
Jam satu lebih, kami sekali lagi dengan Kak Kiah dan Kak Fazidah ke Kg Gayang.... tepi depo petronas..... kawasannya berpasir..., mengingatkan Kak dah dengan Pantai Remis dan Sitiawan... Masih banyak pokok gajus dengan pucuk kemerahan... sedap kalau buat ulam tu!... tuan rumah nama Imran. Dia bukak kedai runcit di kawasan kuarters kami..... keturunan campuran brunei dengan bajau... isterinya orang Filipina. Orang tuanya masih ada, baru 6 tahun pencen, dulu jadi guru beso sekolah disitu... Dijamunya kari kerbau!!

Tajol di Likas
Kemudian Lajak ke rumah Tajol di Likas.... bungalow beso. kata tajol, rumah tu dulunya si Pawzi duduk masa PKK masih di Likas.... Kak Dah geram tenguk rumah tu... terus teringat bungalow kami di Seri Iskandar, Perak, yang sehari pun kami tak bermalam..... Situ ada Laksa Johor. tajol ada anak ramai.... Mertuanya tinggal sana, tak berapa sihat....duduk atas kerusi roda.... Kata isteri tajol, di Kota Kinabalu senang.... hospital pun dekat, tak jam jalan... dan orang hospital layan orang semenanjung dengan baik.... Hmmmm...

laman rumah tu ada pokok duri..... yang masa kita kecil-kecil dikampung dulu orang suke bubuh kulit telur ayam di hujung daunnya!..

Isteri tajol kata, kawasan situ memang jam bila musim sekolah..... kawasan tu penuh dengan sekolah2...... bila jem jalan, diorang nak keluar rumah pun susah, sebab orang tak kasi can. Dulu katanya orang depan rumah diorang pernah bertumbuk sebab ada orang parking kereta depan rumah. Orang tu tak boleh keluar kereta.... then bergaduh dan bertumbuk.... hehehe. Ye la..., kalau orang ada hal, emergency ke ape ke, nak ke airport ke.... bila kereta tak boleh keluar tentu geram. Apatah lagi kalau driver kereta yang blok jalan tu entah kemana!... hehe..

Orang Kuat kolej Antarabangsa
lepas rumah tajol, kami lajak ke rumah orang kuat Kolej Antarabangsa. Suami Kak Kiah kata orang tu kawan dia masa di US dulu..... Kak Kiah dan suaminya konon cerita kawin muda, zaman belajo kat US... zaman bercinta bagai nak rak... (sori Kak Kiah)...hehehe.

Bungalow beso, di atas tanah setengah ekar. KG RAMPAYAN. Kawasan ni dulunya tanah sawah.... dia beli tanah tahun 80an dulu seekar 40,000 kongsi dengan abangnya.... kawasan hijau, ada reban ayam kat belakang rumah dan rumah burung. Situ kami dijamu dengan pelbagai juadah.

Orang tu cerita, masa musim banjir beso yang Telipok pun tenggelam tu.... rumah dia pun tenggelam paras pinggang.... habis ikan dalam kolam depan rumah terlepas... Tapi yang dia sayang sekali ialah ikan Patin. Katanya "udah panjang ni...", sambil tunjuk lengannya....

Sepanjang beraya hari raya ketiga Kakak, ramli dan Lynn ikut sekali... Kak dah nampak diorang letih je... maklum le baru buat long distance travel.... Tapi tak kan la, bila mari dari jauh nak memerap di rumah je.... hehehe.

On the way back beli pampers dan susu Lynn kat Giant Indah Permai... Then kami pun balik untuk menutup tabir raya ke tiga.

Kak Dah.

No comments: