Awal pagi Sabtu, cerah-cerah tanah, bang chik udah turun ke karambunai golf course. Semalam, bang chik sibuk ngemas barang-barang dia, kasut, stokin, topi, bola, tuala dan golf set.
Kak Dah pun turun awal, pagi ni. Tapi ke dapur je..., siapkan kuah mee dan rebus mee besar. makanan untuk berkelah ke karambunai lagoon. Tempat tu tak jauh dari golf course. Ada hotel besar, nama Nexus Karambunai. Dari simpang nak ke lagoon tu, Kak Dah nampak macam diaorang sedang bina challet berpuluh-puluh biji.... betul-betul kat tepi laut.
Karambunai ni ada cerita sedih. Bagaimana tanah yang luas terjual, wang berjuta habis dimeja judi konon ceritanya. Kalau bersembang dengan orang karambunai, diaorang boleh bercerita panjang lebar. Sebab tempat ini adalah tempat keturunan mereka, tanah dianugerah oleh Kesultanan Brunei sebelum orang Inggeris datang kesini lagi. Ramai orang boleh kelabu mata dengan wang berjuta..hingga tanah boleh tergadai dan hidup menumpang di tanah sendiri atas ikhsan orang...
Masuk dalam lagoon, kena bayar RM20..harga istimewa sebab Kak Dah bising. Geram jugak sebab tahun lepas baru sorang RM5... tiba-tiba kali ni dia nak kira RM10 seorang.... Dua kali ganda namanya!
Pukul 11.30 bang chik join... makan mee besar berkuahkan kuah sphagetti. Situ ada 3 kanak-kanak dari kampung gayang, singgah selepas puas berdayung dari kampung mereka. Kampung Gayang betul betul depan lagoon. Jambatan dekat tariyong pun nampak jelas sebelah kanan sikit. Sini air dia betul-betul jernih... boleh nampak anak ikan bolos. Lynn sempat bergambar dengan hero-hero kampung gayang sambil kaki kodek-kodek main pasir...
Lynn suka betul main air dan pasir...
Petang kami letih dan rehat sahaja.
Sunday, October 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment