Friday, October 19, 2007

JUMAAT - nak sambut cucu di pelabuhan.

Salam.

Dapat lapuran dari Labuan.... diorang nak balik dengan feri jam 1.00 tengah hari. Dengan 3 jam perjalanan sekitar jam 4 nanti sampai la tu. Dengar ceritanya macam kakak borong disana dan dah jelajah segenap pelusuk pulau Labuan.

Kejap tadi ada message masuk dalam handset Bang Chik;
Salam, kami on d way ke Perlis utk tenguk aman's jr :-) ..Aim

Keluarga kita makin membesar.. Udah tak boleh rasa canggung menyebut diri Opah, Tok, atau TokWan.

Esuk pagi rasanya nak berkelah dekat Karambunai Blue Lagoon, dengan bekal spaghetti. Bang Chik asalnya akan memancing udang galah di membakut, tapi tak jadi sebab sana banjir, lalu tukar plan, sambung semula golfnya.... habis golf Bang Chik akan join kami di Lagoon.

di Kuarters masih lengang.. esuk lusa baru la pakat-pakat balik diorang ni. Semalam jengah Fendi. makin segar dan ceria. Tut tut, doktor kata dia kurang potassium dan mineral tu wujud semula jadi dalam ikan bilis, tomato dan pisang. Kata Mak fendi, itulah makanan yang Fendi tak berapa suka sekali dari kecil....

Kak Dah.

3 comments:

Pak Ngah: said...

:: Selamat bersantai sambil menunggu cucu, anak dan menantu.

Bangchik and Kakdah said...

Patutla rambut banyak putih dari hitam... peringatan tentang usia dan perjalanan hidup.. hehe, ye tak Tok Ngah?

Pak Ngah: said...

:: rambut tu satu cerita... macamana tentang "sakit2 badan"... macamana tentang "gigi luruh"... tentang "mata rabun"... tentang "lupa"... dan macam2 lagi la... dah banyak tanda tu, tak gitu?