Saturday, October 13, 2007

Raya Pertama

Salam.....,

Buat kali kedua kami sekeluarga beraya di Sabah. Sini memang lengang, sebab raya jatuh pada waktu cuti semester 2 minggu. Maka tinggallah yang sarat nak bersalin, yang ramai anak pinak saja. yang bujang rata-rata dah hilang awal-awal cuti.

Kak Dah tak balik tahun ni sebab anak2 menantu dan cucu nak beraya disini. Puan Ngah pun beraya sini sebab anak menantu berkunjung kemari. PakCik dibawah pun beraya sini, berkumpul dengan anak cucunya. KakDah sedar tak sedar sudah masuk tahap usia senior....yakni bersimpuh depan pintu tunggu anak2...kejap-kejap belek handset kut sapa-sapa nak hantar message raya... Memang la begitu sebab kita dah lama pada peringkat junior...
Senior= Opah,Atuk,TokWan, TokAyah.
Junior= Kak, Makcik. Abang, pakcik.

Kak Dah tengah tarik nafas sekejap. Dari semalam kehulu kehilir di dapur, menyiapkan juadah raya. Pagi tadi siapkan masak asam pedas melaka dengan ikan kembung dan tenggiri. Rendang dengan nasi himpit dah siap semalam lagi.

Awal pagi lepas sembahyang raya, jiran dan kawan mula berkunjung. Mula-mula anak-anak Sari. Sari ni istimewa, sebab anak beliau ramai, 21 jumlahnya. Kejap tadi yang datang baru lapan orang. Sari ada 12 orang cucu. Dan umur dia muda dari Bang Cik.

Lepas itu diikuti pula oleh Ricky, Jason, Kak Kiah, Kak Fazidah sekeluarga. Lepas dia orang balik, ada lagi yang datang termasuk Raja dua beradik dengan anak dan suami. Mazudi dengan anaknya pun ada. pakCik bawah pun datang kemudian sikit.

Ni, Kak Dah tengah tarik nafas dan merawat sengal-sengat.

Tadi Bang Cik ada cerita, katanya saudara di Sarawak tak dapat balik sebab flight retime banyak kali.....


Kak Dah..., Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin, panjang umur bersua lagi.

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: cuma kena 3 kali retime je... tapi sedikit menyiksakan... terutama bagi yang ada anak2 kecik... ibu2 yang mengandung dan orang tua2... kesian... dari pagi hingga ke pagi esoknya... bagi yang transit tu dapat le hotel free... macamana pulak yang bermula dari Kuching... tapi bukan orang asal dari Kuching... hotel kena tanggung sendiri... lari budget wooo... tapi yang penting tu ialah bertambah le pengalaman... iaitu pengalaman yang bukan menyeronokkan bagi kebanyakan orang...

Bangchik and Kakdah said...

Tak pe la... pengalaman yang tiada tolok bandingannya.

Tiket yang open tu, bila nak guna?.. kalau kena haribulan kita boleh join sekali. Kami pun sudah cukup edah untuk tambang percuma ni.