Wednesday, October 17, 2007

Raya ke Dua

Raya kedua, kami menjelajah ke Papar, Membakut dan Beaufort. Keluar jam 9.30 pagi dan tiba dirumah jam 10.00mlm. Ini termasuklah waktu sesat antara papar dengan Kinarut.

Kami dapat beraya di rumah Dayang, Syima, Bos adik dayang, Nenek Dayang, Sakinah, Mertua Lajim, dan Talip. Rumah-rumah mereka itu, ada yang atas bukit, kawasan pamah, tepi sungai, dan ada juga atas paya bakau/nipah.

Raya ke tiga, awal-awal pagi uruskan Fendi masuk hospital dengan bantuan staf disini. Kakak terpaksa tunggu sejam sebelum kami sampai. Lepas tu beraya di Gayang, Likas dan Kg Rampayan.

Rumah Dayang:
Kawasan berbukit, quarters Ladang kelapa sawit....jalan nak pergi tu lepas tangki air, lepas Tokong Cina kemudian belok kiri.... kawasannya menghijau dengan kelapa sawit sederhana tinggi. belakang rumah penuh dengan orkid.. ada yang berbunga, ada yang yang tidak dan ada yang kering je... Rumah bertiang sederhana tinggi. Ayahnya ada, emaknya orang ulu langat pun ada, serta adik-adiknya. Dayang anak pertama, dan ada juga cerita-cerita tentang Jefri...... Kak Dah tak kisah, kalau orang jemput makan kenduri, insya allah akan pergi.....janji ada orang nak bawak je. Jamuan ada soto, dan pulut dalam daun pulapis (entah ejaannya). Daunnya macam daun lengkuas je... tak berbau... sekali imbas nampaknya macam lepat je.

Rumah Syima
Kawasan kampung orang brunei...jenis lot, rumah besar pusaka datuknya... bila raya barulah di buka untuk adik beradik berkumpul ... macam rumah Tok Wan Lin di Pantai Remis jugakla... Di situ ada nasik! Ayahnya tua sikit dari BangCik je.... Shima pun anak sulung macam Dayang... Udah kawin dan ada 2 anak. Shima pun macam dayang jugak, becuk bercerita........ Tapi kedua diorang boleh tune loghat dari sabah ke loghat standard dengan bersahaja...

Rumah Sakinah

Sakinah baru je keje di PKK..... Rumah tu rumah pesaka ayah suaminya... tepi sungai.. tempat tu nama Membakut. Jalanraya lalu bawah jambatan gantung... sebab kereta kak fazidah tinggi jenis avanza... orang lain kena tolak sikit jambatan gantung tu....... Sakinah jamu laksa sarawak! sebab dia sendiri adalah orang sarawak. Kak Dah tenguk Bang Cik nyembang dengan suami Kak Kiahdan Mahmud sambil tenguk bot dan sungai.... ada le rancangan diaorang tu!!

Rumah Nenek Dayang
Kawasan rumah tak jauh dari paya nipah.... tak jauh dari laut... rumah tinggi

Rumah Bos adik Dayang
Rumah diaorang betul2 ujung jalan.... tempatnya cantik... ada dusun buah-buahan... rumah beso, orang tua asal dari johor, omaknya orang sabah... katanya dia biasa datang PKK... dan berkawan dengan roslan dan yang lain-lain.... katanya lagi roslan pun ada datang rumahnya masa musim buah baru-baru ni... Dia kata lagi, dia biasa tenguk gambo Bang Cik, suami Kak Kiah dan suami Kak Fazidah dalam kalendar dirumah Roslan... dan dia seangkatan dengan Ana Exam di Universiti dulu. Kak Dah tau Bang Cik suka tempat-tempat macam ni.... hijau dan esklusif.... Kak Dah suke bando.. hehe...

Rumah Mertua Lajim

Kg Weston!.... macam nama orang putih... cara nyebutnya ialah " kampung estin" ... masakan nasi, ada udang ada ikan..... rumah ni betul-betul atas paya tepi sungai... dari rumah ke rumah ada jambatan kecil, bersimpang-simpang... kata Lajim, majlis daerah buat dan repair jambatan kecil.... rumah memang tinggi!!... mertua Lajim nama Jaafar sama dengan nama ayah dayang.... kata ayah dayang... dulu diorang satu sekolah masa kecil2.... sekali imbas saiz badan mertua lajim ada imbas Tok Ngah Can... cara jalan pun sama.... Kami keluar dari rumah mertua lajim memang dah nak petang sangat dan terus nak kerumah Talip.

Rumah Talip
Kampung Pengalat Besar..... dekat papar... Masa nak pergi tu, kami tersesat dan terlajak ikut jalan lama ke KK hingga ke Kinarut... Kak Dah pun tak tau macam mana boleh jadi gitu... tapi masa sampai kat satu roundabout sebelum papar , Kak Dah telepon Kak Kiah..."roundabout ni nak beluk kemana?".. Kak Kiah jawab dengan stail "Terus je.. twelve oclock".... Masa tersesat ikut jalan lama tu memang rasa lain macam je.... kawasannya gelap... rumah jarang2...jalan sempit dengan ada lubang2... Tambah lagi pulak kawasan tu line mobile tak ade!!... Akhirnya kami tunggu tepi satu kilang kawasan Kinarut tunggu Talip dan suami Kak Kiah datang ambil.. Dirumah Talip ada nasi, sup kerbau dan asam pedas ikan tinggi... Kak Dah tenguk Bang Cik bersungguh-sungguh makan!... kene seleranya mungkin..... Kak Dah ada nampak gambar kahwin Ayah Talip kat dinding rumah... hitam putih.. Hmmm... interesting couple.

Sampai rumah lebih kurang jam 10 malam.... jangan cerita la letihnya... Kereta Waja bunyi pulak macam tak sedap je... ada kasar-kasar sikit... kat tempat duduk pulak ada bunyi ek ek ek secara berkala.... hahaha. Dulu ada Bang Cik cerita dan tanya-tanya tentang Honda dan Vios... setakat ini statusnya masih pada tahap "tanya-tanya". Anak-anak pulak dah lama tak tanya " Ma, betul ke ayah nak tukar kereta.., bila Ma?".... Haha... Kak Dah bukan sari dua kawin dengan Bang Cik... rasanya Bang Cik nak buat surprise kut!... hehe he.

Lelap dan lena.

No comments: