Wednesday, October 03, 2007

Kueh Tart

Salam,

Tak sangka, bila makin kurang orang kat rumah, makin tak bersungguh pulak nak sambut raya. Patut-patutnya bila orang udah tak ramai, kita ada lebih masa nak buat macam-macam. Masa anak kecik-kecik dulu....kita tumpang seronok keghairahan beraya. Bila anak-anak dah besar, diorang udah tak melompat-lompat nak baju raya... udah tak sibuk mengunjung ke kedai membelek baju sambil bergilir-gilir dengan bangCik mengepung anak-anak supaya tidak hilang dicelah timbunan baju-baju. Kak Dah udah tak ada teman untuk mengadap tepung, adunan, dan berdiang depan oven... Kakak pun sudah ada kehidupan sendiri untuk diuruskan. Kakak kini udah pandai merungut dengan kerenah Lynn. Lebih-lebih lagi sejak Lynn dah tak suka merangkak .

Kak Dah tempah kueh tart seratus bijik dari puspanita pkk. Minggu depan baru Kak Dah nak ke dapur mengadap oven. Weekend ini hajatnye nak mengumpul planta, tepung, telur dll.......

Semalam bincang-bincang apa nak buat...... nasi himpit, kuah kacang...... nasi, masak asam pedas melaka ikan kembung dan pari, dalca...... kueh......air.....buah.....

Tak bersungguh dengan raya ni...rasa Kak Dah lebih kepada keadaan kita yang tak secergas dulu lagi....... Dulu boleh buat 3 kerja serentak... la ni kena buat satu satu.... La ni kena selalu rehat......

Apa pun Kak dah dah mula jadi orang tua....tunggu rumah kalau-kalau anak-anak balik beraya. Dulu kita curi setiap peluang untuk beraya dengan Mak, Ayah dan Abah.... La ni giliran kita pulak menunggu rumah menanti anak-anak berkumpul. Kak Dah usaha juga nampak-nampakan kelincahan, tetapi keadaan memaksa Kak Dah membawa diri sebagai orang tua.... hehe.

Kak Dah

1 comment:

cikgu normali said...

wah...ni kira ada kemajuan ni Datin...knapa tak crite dari dulu ada blog sendiri...kirim salam kat Datuk ya!