Saturday, October 06, 2007

Ibu Tunggal di Tuaran

Salam.,

Baru-baru ni keluar berita seorang ibu tunggal dengan seorang anak berumur 17 tahun. Azura bergerak pantas...... telefon Berita Harian sabah dan satu derma kilat segera dilancarkan dikalangan ahli puspanita. Selain wang tunai, ada juga dermawan yang sudi menghulurkan beras gula dan biskut. Kami bertolak pagi tadi dengan coaster pada jam 8.00 tadi ke Tuaran. Zura bawak anak kecilnye sama ...... Pemberita Berita Harian siap sedia menunggu kami di sana bersama sebuah keluarga malang dan sebuah rumah senget di Kampung Air di Tuaran.......... Tadia Diasin 75 tahun dan seoarang anak gadis berusia 17 tahun.

Kehidupan ini terlalu relatif. Bila-bila masa ada saja orang yang terpaksa mengharungi kehidupan yang lebih perit dari kita....... Selepas rumah Tadia kami dibawa pulak ke rumah seorang lagi ibu tunggal di kawasan itu. Beliau berusia 42 tahun dengan 5 anak dan kehilangan suami setahun lalu akibat kanser hati. Dengan kesempitan hidup, dua anak lelakinya tidak dapat meneruskan persekolahan.......

Memang, setiap kali kita rasa susah, rupa-rupanya ada lagi yang susah dari kita.

Masa menulis ni Kak Dah baru selesai berbuka.... simple dan ringkas saja untuk kami bertiga. Patutnya bangCik kena ke Dewan Undangan Negeri untuk berbuka beramai-ramai dengan Perdana Menteri. Tapi Yop turun flight malam ni jugak..., manakala Kak Dah pulak tak lepas drive malam-malam ke airport. Kejap lagi kami bertiga akan ke Airport, menunggu seorang lagi ahli keluarga dalam rangka persiapan menyambut hari raya aidil fitri... sedangkan di Kuarters ini keadaan semakin lengang...., seorang demi seorang mula bergerak ke kampung halaman masing-masing.....

Update: jam 11 malam

Baru sampai rumah...... ambil Yop kat airport tadi. Dia naik Airasia jam 6.20ptg di KLIA,... tak boleh bawa makanan.....dan dia turun jam 9.25 malam dengan tak berbukak lagik. Dari jauh nampak dia heret beg dengan muka COM, kelihatan letih dan lapo.....

Selamat Meneruskan puasa dan menyambut aidilfitri semua!



Kak Dah.

3 comments:

azlanlin said...

Nampak gayanya, bahang sambutan hari raya bersama anak-anak semakin tersa... Tentunya perancangan demi perancangan telah dibuat, "kena" pulak PakLang dan MakLang memang pasangan yang bijak merancang, Insyaallah.

Selamat Hari Raya, mohon ampun dan maaf daripada PakTam sekeluarga...

Cikgu Hakim said...

sori tak dapat join raya ngan paklang maklang sekeluarga. tak tahan rasa nak beraya di kampung :)
dari akim, selamat hari raya aidilfitri buat maklang sekeluarga, maaf zahir dan batin

KakDah said...

akim balik kampung jugak?