Update: Jumaat 22hb Februari 2008, jam 7.41 mlm.
Kenapa huruf jadi kotak2 je?.. Heran..
Salam,
Malam lebih kurang pukul 8.30...Abang Chik dan KakDah keluar dari rumah ....guna kereta Naza Suria hijau menuju ke selatan....Melaka. Bang Chik ada meeting...dekat pukul 12 mlm baru kami sampai di Equatorial Hotel...letak beg dan turun semula ke seberang jalan... pekena kuawteaw goreng, nescafee dan kopi. Bilik ditingkat 12, Equator Club...itu je yg kosong...memang boleh tahan harganya...ia lumayan la juga...senget dibuatnya...hujung2 bulan begini....
Ni Bang Chik udah gi meeting di Politeknik Kota....meeting berkenaan program org2 yg nak naik ke jusa c katanya....nak propose ape pun Kak Dah tak tahu....kat tempat sarapan ni ada internet free tu yg tak lepas peluang tu.....ptg ni atau esuk nak jenguk SiBongsu...ikut kelapangan Bang Chik tang mana dia ada masa...nak antar barang2 yg dia pesan.Ptg semalam minta tolong jiran yg berkongsi dinding rumah tolong siram pokok2 dan rumput.....
Hotel ni dari tigkat 21 tempat Kak Dah sarapan boleh nampak sekolah2 dan bebudak senaman dan himpunan pagi...disekelilingnya banyak tempat membeli belah dan tempat makan...Bang Chik pesan supaya tak membeli....hujung bulan ni...ingat2 katanya...hehehe...iala baru pindah banyak duit habis...nak kena kumpul semula...pulak tu bayar duit muka kereta boleh tahan juga....supaya hati tak memendam rasa lebih baik Kak Dah memerap dalam bilik je...selamat...
Lewat pagi semalam Pn Norazura dari PKK called...katanya dia ada di KL meeting...persatuan bekas penuntut2 Poly...katanya lagi dia rindu pada Kak Dah hehehe kalau boleh nak jumpa tp tak da peluang,dia sekarang ni udah jadi ketua biro kebajikan untuk Puspanita....Dia dan beberapa kawan2nya sedang berkira2 nak beralih angin ke Semenanjung dalam setahun dua lagi...
Kak Dah renti kat sini dulu...ada masa sedara mara dan rakan taulan sila la berkunjung ke Putrajaya Prinsint 14 B1 ya......
Kak Dah.
Thursday, February 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
:: salam... PakNgah terasa yang PakNgah kena baca pelan2... tak boleh laju seperti biasa... kenapa ye...
rasanya2nya..mcm nak dpt keyboard baru jer...
Kita pun kena bertekun baru dapat ikut apa Mem tuliss.... hmmm.
atau mata kita sensitif dengan jenis font tertentu kot.. ni pun bertekun jugak. atau mata makin merabun sesuai dengan menurunnya usia, hehe.
Post a Comment