Sunday, February 03, 2008

Ni Pak Lang yang tulis....

KLIA, awal pagi Ahad.

Yop dan mama dia hantar PakLang ke Putrajaya Sentral. Adik Wan masih lena. Dekat saja, tak sampai 10 minit perjalanan. Dari situ naik kereta api terus ke KLIA. PakLang nak ke Terengganu sebenarnya. Ada majlis pecah tanah di Hulu Terengganu. PM turun. Jadi PakLang pun kena turun la....

Internet di rumah presint 14 masih belum ada. Kata orang TMnet, port belum ada. Awal Februari mungkin boleh katanya lagi. KakDah memang banyak dia nak tulis. Tapi keadaan belum mengizinkan lagi. Sekarang KakDah tengah sibuk dengan langsir-langsirnya.

Hari tu sari suntuk dekat Nilai 3, pilih kain langsir. Upah kedai potong dan jahit sekali. Balik rumah bila gantung, KakDah tak berkenan!!..... sanggup tetas balik penjahit, dan jahit semula mengikut selera dan standard KakDah. Kita ni tenguk dan support je la.

Dengan ikhsan komputer dan internet kat KLIA.

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... tak ke Perkampungan Hadhari... ke Pulau Wan Man... Masjid Kristal... bersama orang2 beso...?

bangchik said...

orang kecik bersama-sama orang2 beso!.. haha.

pB said...

rajin yer ...

tak puas hati , sangup 'tetah' semula ...


tabik ler

PakTeh said...

selamat menceriakan rumah, MakLang & PakLang. memang letih berpindah randah. langsir rum ah lama, selalunya tak fit untuk rumah yg baru.

semoga dapat juga langsir yang berkenan di hati. oh ya, PakLang punya blog tak update ka? hehe.