Thalatha ialah Selasa mengikut ejaan lama. Isnin pula dieja dengan Ithnain. Bang Chik tak ingat tahun bila ejaan lama ditukar kepada ejaan baru yang terpakai sekarang. Dulu syak wasangka ditulis shak wasangka. Zaman itu kita sebut Port Weld, Province Wellesley, Port Swettenham, Telok Anson, Telok Batak dan Jesselton.
Honda CG dengan nombor plat PAA 227, Bang Chik beli dari Charles, seorang kenalan Peace Corp di Ipoh. Harga $700, tunai. Itulah kenderaan pertama. Honda CG kemudiannya turun pula kepada Pakndak dan PakTeh waktu mereka masih belajar. Bang Chik tak pasti PakTam sempat guna atau tidak. Akhirnya Honda CG berteduh bawah anjung rumah di Pantai Remis. Foto diambil dengan kamera Canon AE1 di sekitar Ipoh, tahun 1982.
~ Bang Chik
8 comments:
Pastinya entri THALATHA dalam NOSTALGIA akan menjadi satu entri yang dinantikan...
Juga lebih menarik dimuatkan entri ini dalam Bangcik (http://bangchik2121.blogspot.com/) utk menimbul kesan khas dalam blog tersebut... jeng..jeng..jeng..
:: emmmm... wisel dah berbunyi... langkahan dah bermula... lepas ni apa lagi... pecut le... diharap tidak berhenti di pertengahan jalan... teruskan...!!!
:: suatu cadangan yang baik daripada azlanlin@paktam tuuu... tapi kalau nak berkongsi pun... OK pe... dari tiada langsung... kahkahkah...
motor CG110 tu memang best. dulu2 biasa berulang dari UM ke Pantai. bunyi dia, fuuh VROOM VROOM. Kategori bunyi memang menang. Lagi satu, jenis Honda tanpa 2T ni, makin lama bawak, makin laju. Kalau di UM dulu, saja buh parking di kawasan area Yamaha RXZ, Suzuki Panther & Kawasaki Ninja. Glamour apa.. sbb orang lain tak pakai.. haha. Masa tu tangki mintak dicat sendiri warna biru muda. 'Meghelit'!
Biasa jugak ber'spiderman' dgn motor tu.. apabila lenguh duduk saja. hehe. kawasan favourite.. antara simpang Ayer Tawar dgn simpang Gunung Tunggal.
Hari ni cuti.... sebab dah janji untuk golf di Bukit Unggul. Tak jauh dari UKM bangi. Tu kawasan PakNgah belajo dulu ek?... Habis, udah boss ngajak dan dia kata "u ambik cuti."
Sari dua ni kongsi blog je la.... dengan Kak Dah. hehehe...
Minta PakTeh define "aksi spiderman"... Bang Chik bawa sopan santun pun tertungging jugak, dekat corner antara Bruas dengan Air Tawar jalan balik ke Pantai. Sampai rumah MakNjang tegur "rumput apa di topi keledar?".
Sampai la Bang Chik heran macam mana boleh jatuh. Ingat terlelap kut. pakTeh pulak dengar cerita terlelap jugak sampai perdu pokok nyior dan terlelap masa tunggu lampu hijau traffic light.
Herannya sampai la ni, Bang Chik tetap tak berlesan Motor.
lesan = lesen
aksi spiderman tu, cam mat rempit la ni la. dua tangan kat handle motor, badan pulak macam meniarap atas seat. bukan tujuan nak race, sebab masa tu memang sorang2 saja & nak rehatkan badan yg asyik posisi duduk saja. badan renjong tapi motor tak besaq, hehe. lagipun masa ber-spiderman tu waktu subuh di area lepas Ayaq Tawaq nak sampai Pantai. Time sampai rumah biasanya waktu Tok Che Mah pi lau ayam di awal pagi. Saja bagi dia terkejut.. hehe.
Yg tersondoi perdu nyioq tu bukan motor, tapi kereta Iswara Aeroback putih ACL - kereta 1st. Ngantuk di bulan puasa. Lepas makan soq di Lekiaq terus pi sekolah buat penilaian prestasi dgn Hj Khazali. Masa tu pegang GKP. Buat sampai petang - pukui 6pm pi Taiping pulak, MakTeh dah pesan utk belikan ubat di Farmasi Kota. Ngantuk woo - sampai la ni, petang bulan puasa, takut nak drive.
tentang lesen pulak, PakLang bawak PAA takdak lesen. PakTeh pulak dulu bawak ACL tadak lesen kereta 3 tahun.
Mula ambik bila Tok tak bagi pi hantaq PakTam menikah di Melaka (masa tu PakLang takdak - (pi Jepun kot), 'rahsia' tu Tok tau dari MakTeh. terus tekad ambil lesen, dan syukur lulus - dalam tempoh 3 minggu selepas amaran Tok Che Mah. dan berjaya juga ke Melaka dengan berlesen. 'dasar ketegaq'. hehe.
Kejap tadi round2 dipresint 15, layan KakDah makan pasembor!.... dan tentu sekali bawak kereta hijau... hmm baru 476km.
Post a Comment