Saturday, November 11, 2006

Kembali menulis.........

Assalammualaikum ! agak lama tidak tidak menjenguk ruangan ini dik kerana kekangan masa dan Kak Dah tak berapa sihat......

Abang Chik setiap hari menalipun kami di KK ni, katanye guna kad di public phone murah dan pagi ni dia ke Niagara Fall...Alhamdullillah dapat jugalah melawat tempat yang sangat hendak dikunjungi tu......boleh le sama2 kita tenguk gambonye bila balik KK nanti.

Semalam jam 11 pagi anto Yop bersama kawannye ke Pelabuhan nak ke Labuah semula, hari Sabtu pagi ada Muet Exam, harap2 dia boleh jawab dengan baik dan lancar. Pagi semalam juga goreng bihun sebab SIBongsu nak bawa ke sekolah ada jamuan kelas, buat sedap2 ye Ma....asyik itu je yang dok disebutnye.

Dua, tiga hari lepas Kak Dah menziarahi seorang pensyarah yang kurang sihat..,alhamdulillah ramai juga kawan2nye yang datang secara bergilir-gilir tolong tunggu dua, tiga hari ni. Maklumle saudara-mara semuanye di Semenanjung. Kak Dah dapat tunggu hanya disebelah pagi dari 6.30 hingga 11.00. Kena balik rumah Yop pula selesema yang agak berat juga, kemudian jenguk disebelah petang lepas ambil SiBongsu balik dari sekolah hingga jam 5.45...rutin dua hari lepas. La ni nampak dia sudah pun bekerja semula.

Orang duduk di hostel ni, bila balik kerumah asyik mengadu lapo tak habis-habis, tengah hari lain dan malam lain menu nya....Dok melayan selera anak-anak walaupun rasa tak berapa sihat.Bila suruh beli dikedai tak mahu...Ma masak le.. Goreng telur pun tak pe...SiBongsu lagile...siap nak mee kari, spegetti., mee sanggul......

La ni badan pun sudah rasa ringan sikit.....masih ada kerja nak mengemas saki baki raya dulu..

Rahim 21.11 ni ada t/duga tenaga pengajar di Politeknik Seberang Prai, doakan agar dia boleh jawab..dan berjaya. Kak Dah suruh dia buat homework sikit dan tanya Kak Ilahnye ape yang patut....prepare untuk t/duga nanti. Dengo cerita Rahman pun sudah nak menamatkan zaman bujangnye....lewat bulan 12 ni....

Berhenti takat ni dulu SiBongsu dah menjerit lapo.....Ma masak la walaupun sejam lepas baru je pekena 2 mangkok mee.

Kak Dah.

4 comments:

Pak Ngah said...

Begitu le keadaan dan kerenah anak2 yang seusia sebegitu..citarasa berbeza..tambahan pula keperluan tumbesaran memang sebegitu.

Ibubapa yang prihatin..akan sentiasa melapangkan masa melayan dan memenuhi kehendak mereka.

...itulah yang dikatakan...hati seorang ibu..kepuasan yang sukar digambarkan apabila permintaan anak2 dapat ditunaikan.

norashady said...

Salam..
Tak sangka dapat jumpa dengan isteri orang yang terpenting di PKK ni..

Mulianya pengorbanan seorang ibu dan isteri..

KakDah said...

Salam...kembali Pn Norashady...semoga di berkati Allah...

Kak Dah nak tanye....Tak joint ke Ladies Night nanti...moh le kita ramei2 pergi...Nexus Karambunai....manatahu dapat cabutan bertuah atau Miss Glamour...he..ee

norashady said...

Oppss..Bukan Pn Norashady, En Norashady sebenarnya.. Isteri saya insayaAllah pegi. Miss Glamour ?? Amin.. (",)