Wednesday, September 19, 2007

Bisnes yang tidak dirasai.

KakDah telah melalui beberapa jenis perniagaan. Ia berlaku dengan tidak sengaja tanpa disedari.

1. Zuraidah's Fashion House.

Peralatan;
mesin jahit elektrik Singer UK RM500, mesin jahit tepi Singer RM1,200, mesin jahit Singer manual (just modified to electric) RM950, work table RM200, table lamp RM 55, tali pita RM1.00 , gunting RM25 dan beberapa peralatan lain. Kesemuanya mencecah sekitar RM3,000.

Kelayakan;
Latihan dari emak KakDah dan kelas menjahit Kemas selama sebulan lepas SPM tahun 1979. Selebihnya tenguk, rangka dan cuba.

KakDah menjahit hampir kesemua pakaian KakDah dan anak-anak masa mereka kecil. KakDah menerima tempahan dari rakan-rakan serta rakan kepada rakan-rakan sejak tahun 1987. Cuma akhir-akhir ini KakDah tidak berapa aktif. Alasannya ialah mata tak terang lagi dan mudah lenguh-lenguh. Sekali sekala KakDah tidak menolak tempahan dari rakan-rakan yang rapat.

Antara pelanggan
regular KakDah ;
Seremban: Pn Jun, Hjh Ramlah, Normali, Latifah, Pn Adlan, Normah, Hjh Normala, Mashitah, Pn Ana, dan rakan-rakan mereka. Ada seorang pelanggan KakDah merupakan student mass com Uitm Shah Alam dan kini adalah penyampai berita jam 8 TV3.

KakDah tidak buat akaun secara rapi, tapi KakDah percaya total upah jahit sudah cecah puluhan ribu.

Mereka fesyen dan menjahit masih kekal sebagai hobi utama KakDah.

3 comments:

Pak Ngah said...

:: boleh buka kedai tuu... dapatkan pekerja mahir... tugas tauke cuma menyelia saja... atau boleh disekalikan dengan memotong... cuma menjahitnya serah kat pekerja... ini pun cuma cadangan Mak Ngah je... dan nama kedai... bubuh le nama yang ummmph sikit... pasti terangkat punya... tambah Angah pulak... hehehe.

azlanlin said...

Menarik tu: rasanya akan wujud suatu hari nanti...rasanya boleh dibuat kat sri iskandar...dekat dgn banglo yang sedia menanti di sana tu sewaktu pencen nanti...amcam kak dah?

di seri iskandar ke atau di putrajaya?..buka butik kat Alamanda...hehhehe

arap2 ada respon...

bangchik said...

Cerita bisnes ni menarik.

Tapi KakDah ni, walau macam mana seronok sekalipun menjahit, buka kedai KakDah tak berapa minat. Dah banyak kali bincang.

Ada sekali KakDah naik hot.. jawapan ringkas KakDah ialah "Orang kata tak nak, tak nak la..." Lepas tu BangCik tak tanya dah.

Sebelum serius dengan mereka fesyen dan menjahit, KakDah pernah jual karpet. Karpet dibeli dari kedai di Ipoh, Jalan Kampar. Jualan cara kutu. Tu masa di Ipoh.

Masa di Batu Pahat pulak, balik kampung memang sarat kereta dengan pasu Air Itam.

Bisnes bagi KakDah hanyalah part time dan home based.