Sunday, September 09, 2007

Jalan-jalan tapi belum makan

Kami berdua keluar dah lewat, dekat jam 10 am. Minum air dan makan apa-apa yang ada je. Halanya ke Kingfisher. Situ berenti kejap, Kakdah makan nasi lemak dan Bangcik makan nasi berlauk.

Kemudian lajak ke Likas sebelum terus ke Luyang. Kawasan Luyang memang kami tak mahir sebab jarang ke sana. Dari situ nak ke Damai pulak tapi tak tahu jalan. Mula bertanya dengan salesgirl di kedai top-up. Dia tak tahu, tapi dia ambil berat pergi tanya orang di kedai sebelah. Masa itu jugak ada pelanggan singgah di kedai top-upnya dan dia minta kami pergi ke kedai sebelah. Jarang-jarang sekali dapat peluang menerima panduan jalan yang cukup lengkap dan panjang lebar. Pekedai itu namanya Chin, lukis rajah dalam satu kertas A4. Setiap simpang traffic light di highlightnya. Nama kedai-kedai yang boleh jadi landmark pun dicatatnya seperti; Pizza Hut, 7 eleven dan supermarket. Chin sebenarnya mengendalikan kedai asesori penapis air bersih. Masih ingat segaknya merchandise kedai tersusun. Harga 3 filter air RM10 masih terlekat dikepala.

Akhirnya kami sampai juga di tempat yang hendak dituju. Terimakasih Saudara Chin.

2 comments:

Pak Ngah said...

:: bagus le tuuu... jika malu berkayuh perahu akan hanyut... jika malu bertanya, sesat jalan le kita... tapi... bagaimana kalau kita ni... bisu... ?

bangchik said...

En Chin jenis manusia yang kalau nak terang sesuatu, dia akan terang sampai habis. Hari tu tanya jugak dia, sama ada dia cikgu. Katanya tidak.