Friday, September 28, 2007

Kelas Masakan Puspanita.

Salam,
Kak Dah akan perturunkan beberapa resepi Kek dan Biskut yg mudah dan ringkas tetapi sedap.Resepi2 ini kami pelajari ketika aktiviti masak memasak anjuran PUSPANITA PKK pd tahun lalu dan yg terbaharu.

Terlebih dahulu Kak Dah ucapkan banyak2 TERIMA KASIH kepada ajk2 yg menyelaras, Pn WAN Norliana, Cik Dayang Suhaila,Pn Vel, Cik Betsy dan tentunya S/usaha Pn Rokiah. Terima kasih juga kepada tenaga PENGAJAR....Pn Wan Norliana,Cik Halimatul Saadiah,En. Shahir dan EN Syaiful. En Syaiful terima kasih juga kerana meminjamkan cooker dan oven yg canggih tu.

Buat KJ Hospitaliti PN Ngah Khamsiah jutaan terima kasih kerana membenarkan peralatan dari dapur hospitaliti digunakan.

Selamat mencuba.....

Kek Coklat Kukus.
Bahan A
2 cwn gula pasir, 1 tin susu cair(evaporated milk),1 1/2 buku butter- cairkan kesemua dan sejukan.
Bahan B
2 cwn tpg gandum. 1 cwn serbuk koko, 1 sudu teh baking powder, 1 sudu teh sodium bicarb- kesemuanya di ayak.
Bahan c
4 biji telur- dipukul

Cara:Bahan B dimasukkan ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan di kacau perlahan2 kemudian masukkan Bahan C sedikit demi sedikit hingga habis.Masukan ke dlm loyang dan kukus selama 1/2 jam atau hingga masak.

BISKUT ALMOND LONDON

250 gm mentega/butter
130 gm gula aising
450 gm tepung biskut(protein sederhana/gluten) atau 300 gm tpg gandum + 150 gm tpg jagung
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Biji badam yg tlh di panggang
Badam cincang yg tlh di cincang
Coklat masakan(dicairkan-teknik double boiler)

Cara2 :
1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang dan lembut
2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur dan pukul lg selama 2 min
3. Masukkan tpg dan kacau rata
4. Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang dan bulatkan dgn adunan tph. Bentukkan samaada bulat atau bujur.
5. Bakar pd suhu 180 degree C hingga kuning. Apabila sejuk, celupkan biskut ke dlm coklat cair.
6. Masukkan kdlm mangkuk kertas dan taburkan badam cincang untuk hiasan.


CHOCOLAT CHIP COOKIES

Bahan2

1 cwn gula castor 1 sudu teh garam halus
1 cwn gula perang 1 sudu teh cream of tartar
1 cwn butter 1 sudu teh baking powder
1 cwn minyak sayuran 1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur 1/2 cwn chopped walnuts
1 sudu makan susu 2 cwn semisweet chocolate chips
4 cawan tepung serbaguna

Cara:
1. Thoroughly cream sugars, butter,minyak, telur, susu dan vanilla.
2. Campurkan bahan2 kering, nuts dan chocolate chips.
3. Drop by teaspoon onto ungreased cookie sheets.Bake at 175 degree c for 8 to 12 min. Cookies are light in colour when done.

Maaf bahasa yg bercampur aduk..

Biskut Coklat Fancy.

Bahan2:

250 gm butter 1 gelas tpg jagung
1 gula aising 2 gelas tpg gandum(secukup lembut)
2 sudu teh esen oren atau nenas 1 sudu teh serbuk penaik
2 biji kuning telur 1/2 cwn choklat urai

Cara2:

1. pukul butter dgn gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan esen.
2. masukkan tpg, choklat rice dan adun hingga mudah di canai.
3. canai setebal 2 1/2 sm, terap dgn acuan pilihan. Sapukan putih telur keatasnya dan taburkan choklat rice.
4. bakar dlm oven-180 c antara 15 - 20 min.

Resepi ini memang kegemaran Si Bongsu.....rangup dan sedap dari koleksi peribadi Kak Dah.

Lain kali Kak Dah sertakan resepi ROTI PIZZA.....memang yummy!!!!

2 comments:

Rozita bt. Paiman said...

Bagusnya menu cookies yang diberi. Tq Kak Dah. Rasanya lagi best jika ada paparan gambar cookies tu...

Zuraidah said...

Salam.

Gambar memang ada tp tak boleh nak load..... Bang Chik pun cuba jg still tak boleh...something tak betul ngan komputer ni.....