Friday, September 28, 2007

Sunat lewat bersahur dan kelamkabut

Salam.


Memang la bersahur lewat ni sunat .. ........... Seboleh-bolehnya kita nak bersahur lewat. Tidor awal, set alarm clock betul-betul dengan harapan ia berdering pada waktunya. Ada masa kita tersedar dan terus bingkas. Ada masa kita tersedar tapi off semula alarm dan lena balik.

Kak Dah teringat cerita dari Arwah Tok...... ........ Ada orang tu tersedar lewat, bila makanan dah siap, waktu imsak pun dah habis...... ....... Tapi dia kejutkan juga anak-anak yang masih kecil untuk bersahur........... Anak-anak kecil yang baru belajar nak puasa memang kena bersahur, kalau tidak esuk tentu nampak tak bermaya,...... meleleh, .........dan merengek-rengek nak makan/minum cepat sebelum tiba waktunya. .............. jadi suami isteri tu adjust semua jam dinding, seolah-olahnya ada lagi setengah jam bersahur.............

Maka makanlah anak2, lepas tu sambung tido dan esuknya bangun macam hari-hari lain..... dan terus berpuasa. .......... Tapi Kak Dah tak ingat sama ada Arwah Tok kata suami isteri tu makan sahur sama atau tidak....... tidak kut.! ............. orang tu ialah Pak Long Cikgu Li dan Arwah Kak Robiah di kampung selekuh pengkalan bharu.

Tadi, kami kelam kabut................ Bang Cik dah janji nak buat nasi goreng untuk bersahur. BangCik tido awal dan bangun sebelum Kak Dah tido. Kak Dah sedar jam 4.00 pagi, terus ke dapo ...... Bang Cik tengah rincik ayam, bawang, sotong dan sayur..... .......... Kak Dah kata "Dan ke ni?" ...... Bang Cik sengih sambil kata " ala.... kejap je buat nasi goreng"...... ...........Kak Dah bancuh kopi dan susun pinggan dan cawan atas meja..... ............. Tepat jam 4.15 nasi goreng dah siap dan kami pun makan tiga beranak....................... waktu imsak disini jam 4.38 pagi.

Sambil-sambil masak, Bang Cik cerita..... katanya jam 3 pagi dia ke IP nak beli apa tah ..... benda yang sama PakTeh dan PakTam mungkin beli tak kira waktu .... racun ikut istilah Bang Cik. Waktu Bang Cik keluar, baru lepas hujan lebat. ........ Katanya dekat roundabout poly banjir dan dekat stesyen janakuasa elektrik pun banjir jugak. Lepas beli racun, on the way balik Bang Cik cuba elak kawasan banjir kat janakuasa elektrik tu, lalu dia ambik jalan dalam KKIP...... Dalam tu dia sesat!...... kehulu kehilir. Nak tanya orang pun takde sapa, Guard kat kilang-kilang tu pun sedap lena......... Sampai rumah 5 minit sebelum pukul 4.00 pagi.

Kawasan dekat janakuasa elektrik tu hingga IP meninggalkan kenangan pahit pada Kak Dah. Di situ jalannya bumpy dan ada lubang, terutamanya sebelah kiri. ........ ....... ......... Suatu hari waktu tengah hari Kak Dah dengan siBongsu driving kat situ, guna lorong kanan. Kemudian polis trafik tahan Kak Dah dan saman terus. ................Katanya kenapa puan bawak slow kat lorong kanan! Bengang!!........... Terbang 150 ringgit...... Entah la..., nasib Kak Dah la jadi pelengkap untuk buku 555 polis berkenaan. Polis tu tak tau kut ...... kereta NBD 4763 bermaksud Ni Bangcik dan kakDah....... hehehe.

Sekian.......... selamat berpuasa. dan jumpa lagi. nak solat subuh kejap.



Kak Dah

3 comments:

Pak Ngah said...
This comment has been removed by the author.
Pak Ngah said...

:: kes saman... mengingatkan Pak Ngah yang pernah disaman oleh pihak JPJ Batu Niah dalam perjalanan nak bercuti ke MIRI pada hujung 2006... yang kisahnya ada dalam blog... kenangan tuuuu.

KakDah said...

Kak Dah biasanya bawak laju jugak.... dekat2 nak cecah hadlaju disitu 90km sejam. Tapi hari tu ternampak polis kat belakang..... Terus pelahankan kereta..... Nak ke kiri jalan bumpy dan berlobang...

Tapi fikir-fikir balik, memang la polis pun manusia biasa. Sapa-sapa pun geram kalau orang lain yang didepan bawak slow dari kita. Tambah lagi kalau nak potong tak boleh....

Denda yang lahir sebab geram ni.... rasa-rasanya ada tak guru yang bagi markah rendah pada murid sebab GERAM atau MARAH?...