Saturday, September 08, 2007

Cerita BangCik pindah.

Cerita pindah bukanlah cerita yang baru. PKK adalah tempat ke 7 bangcik bertugas, dan kakdah dengan anak-anak mengekur je kemana-mana ditempatkan.

Baru-baru ni kakdah dikejutkan dengan desus desas bangcik kena PINDAH. Kalau tanya bangcik, dia selalunya tanya balik, sapa yang bagitau. Kemudian dia sengih menjawab "Kalau orang tu yang sign surat arahan pertukaran, baru boleh percaya cerita".

NOTA: Hidup kita ni penuh dengan cerita sahih dan kabur. Kakdah dah tak heran..... hahaha.

2 comments:

Pak Ngah said...

:: tahniah awal... jika berpindah dalam waktu terdekat ni... sebab nampaknya orang Putrajaya tu sedang melambai2...

KakDah said...

Rasa-rasanye cerita tu tak sahih kut... duduk sabah pun ok... rasa seronok duduk sini pun belum luntur... banyak lagi tempat yang belum di lawati. Sepiluk, Tenom, Keningau, Beaufort, Gunung Emas, Pulau Gaya, Pulau Sipadan dan banyak lagi belum sampai.

Bangcik kata, duduk Sabah sampai pencen pun tak de hal ... Macam orang di Sarawak jugak la.