Friday, September 21, 2007

Kenduri Kahwin anak sedara.

Masa kenduri kawin Aman KakDah dapat sama-sama raikan... Masa bertunangnya orang sabah wakilkan pada sibongsu,.... masa tu sibongsu pulang dengan tambang percuma dari Kerajaan Malaysia.

Ni, untuk kenduri kawin Akim pulak...., takde sapa-sapa offer tambang pun.... Hmmm.. tapi semalam ada BangCik congak2 dengan program dia. Catatan berikut adalah copy dari comment di Blog Akim.

Semalam ada PakLang susun2 program dia. Katanya dia boleh turun ke semenanjung pada hari Jumaat. Kemudian terus ke Nenering, tidur semalam. Hari Sabtu, masa hari kenduri tu, pada jam 2.00 ptg pakLang kena turun balik ke Melaka sampai 5hb Disember.

Tapi PakLang tengah pening nak atur transport dari KLIA ke Nenering dan balik ke Melaka. Ada sapa-sapa nak bantu?. Katanya lagi "only one passenger"

MakLang tolong sampaikan je......

7 comments:

Pak Ngah said...

:: kalau sorang penumpang pun... tak dak sapa nak bagi respon... apatah lagi... jika tujuh orang dari bumi kenyalang... tambah2 pulak jika untuk hari raya... semua orang nak guna kereta... patah kaki la nampaknya... dan mungkin antara puncanya ialah samy vello pun belum buat jambatan lagi... ye le... nak sambungkan Borneo ke Malaya... senang le sikit... sapa yang nak pi... sapa yang nak mai... tak gituuuu...

bangchik said...

Dalam keadaan tertentu, dapat juga memahami erti kata "patah kaki".

Mari kita hayati Sajak ini.

Jentayu
(Usman Awang)

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku


InsyaAllah, ada la penyelesaian tu nanti. Tak ada kereta, bas ada.

azlanlin said...

Komunikasi : Kita biasanya mengharapkan orang faham terhadap apa yang kita perkatakan. Keadaan ini membuatkan kita resah menunggu agar ada yang menyambut....

Mudah : Jika kami pulang ke Perak pada hari Jumaat untuk terus ke Grik. Maka mudah untuk menyinggah di KLIA. Jika kami pulang awal untuk membantu di Grik, bas juga yang boleh salah satu laluan untuk menyelesaikan masalah.

Pandangan : Haji Man dah dihubungi utk membaca blog ini agar ada tindakan yang diambil bagi urusan BangCik dari Grik/Ipoh ke KL/Melaka. Masih menunggu responnya!

ALTERNATIF: Ramai yang boleh membantu, jika tidak "kekok" menaiki bas.....

azlanlin said...

RESPON BangMad: sukar dapatkan respon jika mengharapkan orang membaca coretan ini untuk mengambil tindakan. Rasanya menelefon lebih mudah! Ramai yang tidak membaca dripada membaca. Ada pandangan?

Sesetengah mengharapkan orang menyebut untuk difahami daripada membaca untuk memahami.... ada respon?

KakDah said...

Menurut BangCik....,
Dia bagitau awal tentang hajat nak pergi kenduri Akim bukan apa.

Cuma untuk nyatakan hasrat. Indication of intention katanya.

Lagipun lama lagi. Itu awal Disember. Sekarang baru nak masuk awal Oktober.

bangchik said...

Menyebut tentang Bas ni, heran macam mana seloka ini boleh wujud dan jadi sebutan kanak-kanak suatu masa dulu.

Pin Tok Abas,
Pi Tepein Naik Bas.

bangchik said...

Terbaca dalam blog Akim, katanya kalau klia jauh sangat. Kalau dari Ipoh boleh juga atur-aturkan. Aman pun ada 2 kereta tambahnya.

Hmm... terimakasih. PakLang ambil maklum. Kira macam booking la ni, detail perjalanan PakLang dua minggu sebelum kenduri baru confirm.

Jangan lupa raya Mari Sabah ye Akim.